Saturday, September 25, 2010

SEMPERIT LAYU

BAHAN-BAHAN:- 250 gm butter 1 cwn gula 1 biji kuning telur 1/2 sudu kecil vanilla sedikit pewarna kuning 1 cwn tepung jagung 1/2 cwn tepung kastad 4 cwn tepung gandum 1 sudu serbuk penaik HIASAN:- ceri cincang CARA-CARANYA:- 1-Pukul butter dan gula sehingga kembang 2- masukkan telur. pukul sekejap 3- masukkan vanilla dan pewarna kuning. 4- masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh 5- terap menggunakan acuan semperit dan hias dengan ceri 6- bakar sehingga masak pada suhu 180 selama 10-15 minit 7- sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara p/s:- >jika adunan lembik tambah sedikit tepung gandum >semua tepung harus diayak bersama

PISTACHIO AMERICA

BAHAN-BAHANYA:- 170 gm mentega 60 gm gula aising 160 gm tepung gandum 80 gm tepung jagung 35 gm tepung ubi 20 gm bijan 1/2 sudu kecil serbuk penaik 1/4 sudu kecil garam sedikit pewarna hijau HIASAN:- coklat putih kacang pistachio kacang tanah CARA-CARANYA:- 1- Putarkan mentega, garam dan gula sehingga kembang 2- masukkan bijan dan pewarna hijau. Putar sekejap 3- masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 4- terap memanjang dan bakar sehingga masak pada suhu 180 selama 8-10 minit 5- cairkan coklat putih (double boil) 6- celup salah satu hujung coklat, kemudian celup kedalam kacang yang dikisar. 7- sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara p/s:- > doh biskut ini sangat lembut > kacang pistachio dan kacang tanah dibakar sekejap sebelum di kisar > biskut ini rapuh dan cepat patah

Friday, September 24, 2010

ALMOND LONDON

BAHAN-BAHAN:- 1 cwn mentega 3/4 cwn gula halus 2 biji kuning telur 3 cwn tepung gandum 1 sudu kecil serbuk penaik 50 gm serbuk badam 200 gm badam 1 sudu kecil esen vanila HIASAN:- 50 gm badam cincang 700 gm coklat masakan CARA-CARANYA:- 1- Pukul mentega dan gula sehingga kembang 2- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi 3- Masukkan serbuk badam dan tepung sedikit demi sedikit 4- bentukkan biskut dan masukkan kacang kedalamnya 5- bakar sehingga masak selama 10-15 minit dengan suhu 180 6- cairkan coklat masakan (double boil) 7- celupkan biskut yang telah masak dengan coklat dan masukkan kedalam kertas acuan 8- hias dengan badam cincang tadi dan sejukkan sebelum simpan di dalam bekas kedap udara p/s:- > badam mestilah dibakar selama 5 minit sebelum digunakan > badam cincang juga boleh dibakar sekejap supaya lebih sedap > saiz biskut jangan terlampau besar atau panjang kerana ia akan kembang bila masak

CORNFLAKES BERMADU

BAHAN-BAHAN:- 150 gm butter 90 gm gula kastor 5 sudu besar madu 250 gm cornflakes 100 gm badam cincang 100 gm buah-buahan campur sedikit kelapa kering CARA-CARANYA:- 1- Panaskan gula, madu dan butter sampai cair 2- Masukkan semua bahan lain 3- bulatkan dan masukkan dalam acuan kertas 4- bakar pada suhu 170 selama 8-10 minit p/s:- > bahan campuran boleh dimasukkan mengikut citarasa anda

BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:- 2 cwn mentega 1 cwn gula halus 1 biji kuning telur 1 cwn tepung jagung 1 cwn tepung gandum 1/4 serbuk penaik sedikit esen vanila manik untuk hiasan CARA-CARANYA:- 1- Pukul mentega dan gula sehingga kembang 2- masukkan kuning telur dan esen vanila kemudian pukul sekejap 3- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang dikehendaki 4- simpan doh didalam peti sejuk selama 20 minit 5- Parut doh tadi kedalam bekas kertas serta ditabur manik urai. Bakar sehingga masak. 6- sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara p/s:- > suhu oven 180 selama 5-10 minit dan begantug kepada saiz adunan > Biskut jangan terlalu banyak kerana ia akan kembang

TAT NENAS GULUNG

BAHAN-BAHAN:- 250 gm butter 1 cwn gula halus (kurangkan jika tidak gemar manis) 1 biji kuning telur 1/2 sudu kecil vanilla 1 cwn tepung jagung 4 cwn tepung gandum 1/2 cwn tepung kastad 11/2 sudu kecil serbuk penaik jem nenas sedikit pewarna kuning CARA-CARANYA:- 1- Pukul butter, gula halus sehingga putih 2- Masukkan kuning telur, vanilla dan pewarna kuning. Pukul sekejap 3- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh 4- Terap menggunakan acuan dan gulung bersama jem nenas 5- Sapukan kuning telur diatasnya kemudian bakar sehingga masak 6-Sejukkan biskut dan simpan didalam bekas yang kedap udara p/s: > semua tepung harus digaul sebelum dimasukkan kedalam adunan sedikit demi sedikit. Jangan terkejut jika terlebih atau terkurang tepung td. > adunan jangan terlalu keras kerana akan menyulitkan kerja untuk menerap nanti. jika terlalu lembut sehingga melekat ditangan, hanya perlu menambah tepung gandum sahaja. > suhu adalah 180 selama 10-15 minit. Biskut akan masak bergantung kepada saiz yg dibuat, berhati-hati ketika mengawal masa.

Tuesday, September 21, 2010

Maaf

salam dr C_K.. utusan salam dari aku yang masih lagi belum nk tdo.. mata yang degil & fikiran yang xleh nk lari dr menconteng sesuatu kat blog nie... maaf juga aku kirimkan kepada teman2 yang dah 'terjanji' nk story mcm2 kat cini.. maaf jika terlewat khabarkan sesuatu kat sini.. pic raya masih dlm proses mengedit.. 1-pada zana:- resepi biskut raya dah ader tp pic tgh edit.. nk show kat sini pun cam segan coz xda la best sgt.. biskut zana adda dah suruh kak yah poskan.. insyallah this week dpt la... 2-pada shee:-story g sabah tu nk citer detail panjang kot.. maybe adda show pic je k.. insyallah~~~~ 3-pada yang lain:- khabar raya tahun ni masih dlm proses.. pic yg bnyak nk kena pilih & edit.. story pun mgkin xbnyak tp dimeriahkan dgn gambar la k... harap MAAP....

Tuesday, September 7, 2010

Sudah kira belum?

salam semua~~~
malam ni xdapat nk tido.. bila dah dekat nk raya ni mula la kira ape yang ader, ape yg dah siap, ape yg xcukup lg, ape yang kena beli & macam2 lagi la...
tahun ni kerajinan membuat biskut raya amatlah memberangsangkan, buat pun xbnyak tp semangat yg kuat tu penting.. buat banyak tak pe coz ummi suka kasi makanan kat sape datang umah.. maner yg rase bnyak dia kan kasi, so.. biskut pasti akan habis jua.. walaupun mabuk wat biskut sampai orang dah sound2, "nak niaga biskut ke sampai kul 4 pg masih wat lg?" "nampaknyer xpayah la kiter makan nasi tahun nie sebab biskut dah bertimbun" "biskut kak dah tahun ni berhasil dari yang lepas2" aduh! pedih je bunyi tp aku cam biase la, baik aku pekakkan telinga jer abis cerita.. ala bukan bernanah pun klo dengar, sound2 manje adik beradik baru la kenangan raya xpernah lupe~~~~
tahun ni mungkin ketupat & tapai xda kat umah coz ummi ckp xnk buat.. "ummi nk wat tupat & tape bilo??" dia geleng jer... "merajuk sebab Dah guna dapur ker?? hahaha" dia senyum & angguk..
ummi...
ummi..
tgk la, esok2 da la tu beras pulut, daun palas, santan and ragi.. cam xkenal... td petang pun pantang je sebut karipap kecik, cakap xyah buat tp maghrib tu dia bg tau "tu sambal ikan nk wat karipap kecik" hah!! amek kau, segala ape yang kuar kat mulut semua nak wat... raya tahun ni dah macam over lak.. smua nak wat, mentang2 la dah pro sikit...
okeh, now check list tok raye tahun nie..
  1. baju raya (hampir siap)
  2. kasut raya (tgk bajet, klo bajet kurang pakai je selipar jepun.. xpon kebas je yg kat umah)
  3. tudung raya (esok g beli kat KB)
  4. biskut raya (95% siap)
  5. beg raye??? (------>xperlu)
  6. adiah raya tok ummi (tgh survey)
  7. duit raya (tggu org kasi pagi raya nanti.. hihihihi)

Monday, September 6, 2010

Suara Takbir------> P.Ramlee

Dengar beduk berbunyi Sayup bergema di subuh sunyi Memanggil kepada muslimin Segera berbakti kepada Illahi Suara azan menyahut Terdengar sayup memecah sunyi Memohon restu dengan bakti Kepada Illahi Tuhan Maha Suci Terdengar suara takbir Memuji nama Illahi Rasa dalam kalbu Tenteram dan aman selalu Kini tiba masanya Hati gembira di Hari Raya Bertemu sanak dan saudara Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

syukurkah kamu??

aku kenyang dengan setiap makanan..
aku senang dengan segala kemewahan.. aku selesa dengan setiap deruan angin.. aku lena dengan malam yang dingin... aku bersih dengan air yang mengalir.. aku riang dengan kicauan bunyi burung.. aku masih hidup dengan nyawa yang DIA beri... tetapi... begitu banyak dugaan hidup.. begitu banyak godaan syaitan.. begitu kuat nafsu jahat.. sesungguhnyer.. aku insan yang lemah.. punya hati yang rapuh.. iman yang belum kukuh.. kuatkah untuk ku tempuh?? apakan daya... bangun berdiri sudah pun penat.. baru selangkah sudah ditolak.. ingin berjalan terus disergah.. cuba berlari terus ditarik.. lalu aku rebah tersungkur... namun.. jgn fikir 'kau' sudah berjaya?? bersorak huraay tanda 'kau' menang.. menawan aku dalam genggaman.. kenape perlu aku risau?? umiabah ajar aku agama.. abang contoh buat aku.. kakak2 pula saling berpesan.. adik2 sama mengingatkan.. saudara mara mengambil berat.. para pendidik banyak membantu.. kawan2 berganding bahu.. seharusnya 'kau' yang perlu risau, KERNA!!! aku punya DIA yang maha melihat.. aku punya NABI sebagai contoh.. aku punya AGAMA sebagai pegangan aku punya SUNNAH sebagai ikutan.. aku punya AL-QURAN sebagai rujukan.. aku punya IMAN sebagai perisai.. aku punya AKHLAK sebagai pedang.. aku punya AQIDAH sebagai pelindung..
bersyukurkah kamu dgn ape yang di beri?? bersyukurkah kamu dgn ape yang ader?? bersyukurkah kamu dgn segalanya?? bersyukurkah kamu??
coretan minda:- C_ K p/s:sila tinggalkan komen di blog saya jika ader sebarang cadangan

sila maafkan saya~~~

bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum.....
dimulakan dengan bismillah, disudahi dgn alhamdulillah, begitulah sehari dalam hidup kita.. mudah- mudahan dirahmati Allah.. (sila ulang lagi k) masih ingat lagu ni, lagu nyanyian kumpulan nasyid malaysia----> RAIHAN apehal tetiba nyanyi nasyid lak ni?? dah tukar topik sempena ramadhan ke??? hihihi... anda nampak permulaan ayat ini?? sebenarnya aku yg tidak berape nk terer 'it' ni nk tulis dalam jawi.. nampak la cantik cikit, tp almaklumlah... buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolok kan, aku nie budak br belajar, kalo salah tolong tunjukkan... kau, apehal plak berpantun bagai dalam blog ni... ish3.. aku nk bg tau yg aku xpandai nk wat bismillah ikut jawi.. harap maap la kalo tersalah eja or ape2 yg silap.. yang pasti smua yg membaca mesti betul k... insyallah akan di perelokkan lagi di lain cerita k.. insyallah... sempena bulan ramadhan yg mulia ni... tanpa kita sedar berape hari je, syawal bakal menjelma.. selama 10 ramadhan terakhir ni, pasti ramai mengejar malam 'lailatulqadar'.. solat terawih kat masjid pun dah makin ramai... sebut pasal solat terawih, bagi kaum wanita, pernahkah anda terpijak, terduduk, tertarik or ter' yg boleh membuat kan mereka disebelah kamu senget kepalanya?? klo solat kat surau, selalu aje aku akan buat drama kat sana.. pasti da org sebelah yg akan condong kepalanyer ke kanan.. (melebih2 condongnyer) bukan niat atau sengaja, tapi xtahu la... malam ni lak melampau2.. setiap kali macam tu gak... 1- adakah kain telekung dia terlampau labuh/panjang sampai masuk ke garisan aku?? (ader lain ke dalam saf) 2- adakah sebab kain telekung dia terlampau cantik sampai aku dengki?? (bukan yer) 3- adakah aku terlampau rendah sampai terduduk kat atas telekung dia?? (no komen) 4- adakah aku terlampau rapat sampai xda ruang langsung?? (iyer ke?? imam cakap rapatkan saf) atau 5- memang macam tu bila kite rapatkan saf?? (btui3) see.. aku pun dah bnyak kali fikir.. cuba jauhkan sikit, nanti cam xrapat saf lak.. teringat ummi pernah tarik aku 'dah! saf xsame ni.. xbaik, berdosa'.. imam pun slalu ckp b4 solat.. 'betulkan saf, rapatkan saf'.. bila difikirkan2 balik.. bagus jugak terpijak kain ni... ader sebab setiap kejadian ni.. bila kiter terpijak or wat orang sebelah condong kepalanya.. kiter mst pandang dia.. senyum... n cakap "slalu jer terduduk atas kain.." hihihhi (sengih manje mintak simpati) last skali " maap la"... senyum balik.. cuba bilang klo dah sehari solat terawih berape kali aku senyum?? kan banyak sedekah tu.. pahala lagi DIA kasi kan?? dapt lak eratkan silaturrahim... bagus kan?? akak, acik, adik... maap yer terduduk atas kain~~~ raya nanti jemput datang umah... (>____<) SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...