Sunday, December 26, 2010

Anak Saya Sunat, nak cepat

Assalamualaikum..

ini bukan kisah kucing


Ketika menulis n3 ini hati aku geli bagai digeletek. Bibir terpamer sengih buruk.. hihihi. Bila diingat kembali kejadian petang tadi. Aku keluar beli barang dapur bersama makcik dan 2 orang anak perempuannya. Dengan pakaian yang simple dengan niat meneman sahaja tapi ternoda dengan kedai tersebut so, aku pun join la diorang.

Ronda2 beli
1-Febreze
2-Halia
3- Clorox
4- Patung mainan
5- USB External Hard Disk
6- PS 3 Audio Video Cable

Okeh, sesaje aku nk panjangkan n3 sebab tu aku list barang tu semua. Sorry.
 Then, kitorang keluar nk balik umah. Makcik bercerita kat dalam keta,


“ni jalan salah, tp klo kite pusing lambat nanti, xde orang ok la. Jangan sampai da polis sudah la”

Aku senyum.. “Abg  _ _ _ _ xikut sini ke??”

“dia mana lalu, xbuat salah. Ari tu pun dah kena marah” ketawa senang ati

“Ya Allah! Da polis. Cepat pakai tali pinggang. Nak cakap ape ni? Melayang RM300 aku, sure balik kena marah”  Gelabah gila dia bila tengok abang guard kat depan.

“cakap je anak sakit” mengajar lak aku. Nak selamat beb. Tapi tangan still kaku nk tarik sit belt. Jangan tak tau, mata polis ni bahaya. Mesti dia perasan kitorang pakai sit belt x..

Dengan penuh gaya perkasa Abang tu datang.

Dup dap dup dap, macam ni kot makcik aku rase sebab bila bang polis tu ketuk cermin kasi turun, dia tekan2 sampai cermin tu xturun. 30 saat baru cermin tu turun.Salah tekan memang la. Adoi!!!

“tahu tak jalan sini salah? Nape ikut sini, klo ada kereta tadi mcm mane?” garang suara dia. Sesuai jadi polis.

Makcik angguk2 je.


Sambil senyum2.


“Maaap cik, aanaak saya suuunat, kat umaah sorang- soorang. Nak keena cepaat” terketar2 je bunyi dia. Cian makcik, aku lak nak tergelak2..

“senyum pulak. bagi lesen” garang lagi. Waduh. Ni sah nk kena saman. Xpe relak2..


“saya saman ni. Nak tak? ” boleh lagi main2 abang polis ni.


“tak nak” aku jawab sambil sentuh makcik.


“xnak cik, tak nak. Lain kali xbuat lagi. Betul cik. Xbuat lagi”  sayu je dengar suara makcik.

Polis tu pegang buku saman. Pen dah bukak tudung dia. “lain kali jangan buat lagi” terus dia blah bila bagi lesen.


Kami gelak dalam keta. Makcik urut2 dada dia “alhamdulillah. Klo x melayang la 300, kena marah lagi” lega.

Aku pandang abang polis tu naik motor. Nampak side mirror dia. Cis!! Boleh lak dia gelak, main2 ye bang. Kami kena tipu ngan polis. Dah cam wakenabeb~~~

“mak itut situ nape? tan dah tatap ari tu tak boleh. Tan dah tena nan polis. Nanti tena marah cam mana? Ha! Ha! Aimie tat tahu.” Bebel lak budak kecik belakang aku. Dia memang garang. Cakap pun kekadang kasi sedekah air liur kat kami. Hik3


“mak wat salah. Lain kali aimie jangan wat salah macam tu tau. Tak elok. Nanti aimi jangan bagi tahu sesiapa tau. Nanti abah marah mak, cian kat mak. Aimi xsuka abah marah kan. Cian mak”. Nasihat aku. Budak2 kena ajor elok2 baru paham. Menipu sesikit xpe janji untuk kebaikan semua.


“aimi tecik lagi, dah besor tite xnak wat salah”

“nasib si amirul sunat. Xda la menipu tadi” iyo lah makcik. Nasib baik selalu ade.


Nota Conteng:  ini bukan sitcom wakenabeb..

Friday, December 24, 2010

Karangan 'terbaik' pelajar darjah 4


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometetr dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar  lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu Nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helicopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helicopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahas Inggeris.


Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.


Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emaksaya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Nota Conteng : saya suspek tajuk dia “kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat” tapi saya keliru samada yang menulis ni dia atau hantu dia??

Thursday, December 23, 2010

MAAF dari cahaYa_keBahag!an

Assalamualaikum...
pesanan dr saya


salam maaf dr saya buat yang masih menunggu entry :
1) Review tentang novel Bicara Pedusi
2) Angin rindu Puteri gunung Ledang
3) Cerpen 99 hari kisah  klasik kita

and lain2 story akan di publish nanti.. INSYALLAH

maaf dr cahaya_kebahagiaan~~~

Nota Conteng:- baby, u tunggu story i k... (buat Family tersayang)

Memilih yang terbaik


Assalamualaikum..
Setiap orang pasti pernah merasa saat kesukaraan untuk memilih sesuatu perkara. Dilema yang terpaksa memilih yang mana 1. Jika pilihan untuk memilih hanya 1, xperlulah nak menghadapi perasaan dilema, serba salah dan keliru ni. Tapi andai pilihan itu lebih dr 3. 
Aduh… terasa sukar..

Saya perlu membuat pilihan untuk memilih yang terbaik buat diri saya. Bukan suatu keputusan yang amat berharga bagi saya tetapi keputusan yang dibuat akan saya hadapi selama 1 tahun.
Diri terasa sukar sekali memilih antara diri sendiri dan sahabat yang keberangkalian juga pasti akan menjerat saya sekali. Saya semakin keliru kerna pilihan ini pasti akan mengganggu hari2 saya pada akan datang. Memikirkan perasaan yang bersalah andai berpaling tadah terhadap sahabat yang baru saya kenali. Juga takutkan mulut2 yang pastinya tak dapat saya tutup andai ada cerita yang akan memberi populariti pada diri ini.

Hati juga terasa diasuk nafsu untuk memilih menjaga diri ini. Nafsu untuk kepentingan diri sendiri lebih kuat menyokong jiwa saya, kerana memikirkan kesenangan saya bakal hadapi jika saya menjauhi mereka yang saya kenali. Juga melarikan diri dari cerita2 yang bakal di war2 kan pada setiap telinga yang berminat tanpa mengenal hati budi saya sendiri.

Kini, diri saya mula memikirkan jalan yang terbaik buat saya juga buat semua yang mengenali. Andai saya memilih untuk menjauhkan diri serta takut untuk menghadapi gosip2 yang belum tentu lagi akan didengari. Saya pastinya seorang yang ‘penakut’ untuk menghadapi reality dan hanya hidup dalam dunia saya sendiri.

Dan jika saya memilih bersama sahabat ‘baru’ itu, pasti MEREKA akan kenal saya seadanya. Tidak perlu dia mendengar kata2 ‘si penghasut’ serta mulut2 yang hanya pandai ‘memuji’ kecantikan dalaman serta luaran orang lain tapi tidak pernah untuk mencuba mengubah diri sendiri supaya menjadi lebih HEBAT dr yang sebelumnya.

Saya bukan seorang yang kolot untuk menjadi seorang yang hebat seperti kamu, tetapi saya masih kolot dengan batas2 yang saya jaga untuk diri sendiri dan keluarga saya. Terima kasih buat ‘nasihat’ manis kamu itu kerna ia benar2 mengubah kepercayaan dan pandangan saya terhadap kamu. Tak perlu kamu ubah saya kerna saya tahu membezakan yang baik dan buruk serta saya boleh ‘make up’ diri saya sendiri. Ape2 pun terima kasih atas nasihat berharga itu..

Nota Conteng: Aku budak kampong, Kamu pula Nak jadi orang bandar.. selamat berkenalan~~

Sunday, December 12, 2010

Kesyukuran Berganda-Ganda

Assalamualaikum...
bonus hari gembira

Aku gembira hari ini. Ape yang aku harapkan akhirnya aku dapat. Sesuatu yang amat bersyukur. Malah kesyukuran ini berganda2 pula  datangnya. i/view yang aku hadapi aku dapat. Bukan 1 tetapi 3. Alhamdulillah. Tapi bukan semua aku boleh terima, terpaksa memilih yang mane 1.

Masih ingat PUNB dulu. Alhamdulillah aku dapat, menunggu tempat Mentor yang sesuai. i/view ke2 di kuala lumpur juga saya perlu lapor diri pada 1 dis 2010. Alhamdulillah. i/view ke3 di Johor. Alhamdulillah aku juga diterima.

Setelah Tanya pendapat mereka yang lebih berpengalaman serta memikirkan yang terbaik buat saya, akhirnya saya telah membuat keputusan tanpa paksaan dan dengan kerelaan hati.
Semoga ia adalah pilihan terbaik yang ditentukan olehNYA buat saya. Amin 

Nota Conteng:- Pilih yang terbaik antara yang baik.

Saturday, December 11, 2010

Kesedihan Berganda

Assalamualaikum...
Salam mesra dan salam sayang dari saya. terkedu lidah ini bila nk memulakan story sebab dah lama saya tak meluahkan aper yang bermain diminda dan masalah yang berlagu dihati ini. Lama duduk 'tercongok' (pandai2 paham la k) depan pc memikirkan ayat permulaan untuk n3 kali ni.
1stly, saya nk mintak maaf andai ader yg tertanya2 saya masih 'wujud' untuk menghidupkan akubdkkampong. bukan tidak ingin menulis ape2 luahan tetapi masa yang agak terhad untuk saya. N3 ini sepatutnya dipublish pd november lalu tetapi kerana masa dan bantuan 'tenet' yang xdapat dielakkan.
saya sedih umpama hujan yang lebat
saya kecewa hari itu.. kecewa sebab Azlan Iskandar kalah dalam squash. tetapi adat bertanding, bila ada yang menang pasti akan wujud la yang kalah. apa2 pun tahniah berjaya bg Malaysia 'silver'.


saya nk nangis jap.. huhuhu.. huhuhu.. huhuhuuuuuuuuuuuuuuuu
 .
.
.
.
.
Petang hari 25 November 2010..
"Cik Nurussaadah, tadi ader terima panggilan dr kami? Diminta hadir untuk sesi temubual esok petang sebelum daftar diri pada 1 dis nanti"


"Yup, ada terima tapi saya kena balik Kelantan esok pagi. Dan MAAF saya terpaksa tolak tawaran ni sbb dah dapat tawaran kerja yang lain"

"Betul2 nak tolak ke??"

"Maaf sangat2, sbb surat tawaran sampai kat rumah tadi. Insyallah, pasti ada yang lebih layak dari saya untuk jawatan itu. Maaf"



Kekecewaan saya itu makin menjadi2 apabila saya terpaksa menolak tawaran kerja di Johor atas sebab2 tertentu. Ya Allah, saya berasa sangat serba salah dan terase ingin hentikan masa supaya saya xperlu kecewakan sesiapa.. debaran dijantung ketika menyatakan hasrat saya sangat berdebar2 mengalahkan nak akad nikah je (pengalaman dr yg sudah nikah ye). Andai saya diberi peluang untuk menerima kedua2 tawaran itu pasti akan saya lakukan. tapi, apekan daya saya terpaksa membuat cabutan bertuah untuk pemilihan kali ini.

okeh, jgn sedih2 (untuk saya je).. jom tgk 'pakwe' baru saya...
macho man
no komen!!!
  Nota conteng:- saya sedih campur gembira (tggu next story k)

Friday, December 10, 2010

BICARA AKU PADA MALAM---> Bintang yang tak bisa digapai

Laila Solehah & Ammar Firdaus
Seorang anak kecil berbaju kurung merah jambu sedang asyik mendongak ke atas. Kelihatan rambut tersikat rapi dihiasi dengan pengepit juga berwarna merah jambu. Dia memandang pada langit yang tinggi nun jauh disana. Langit yang tak bisa dia capai. Apakah dia tahu bahawa langit itu tak dapat dia capai. Apakah dia tahu betapa luasnya langit itu. Apakah yang dia tahu. Kanak-kanak yang hanya pandai melihat dan berfikir. Mempersoalkan pelbagai kemusykilan tanpa mengetahui jawapan sebenar. 

Indah sungguh langit itu. Detik hati kecil ini. Alhamdulillah, masih dapat diri ini menikmati keindahan malam yang gelap. Gelap pada langit malam itu tetap menarik hatiku. Walaupun gelap tetapi indahnya malam dihiasi kerlipan bintang-bintang di dada langit. SubhanAllah. Maha kuasa Mu Ya Rabb. Walaupun langit yang kau pamerkan dimalam hari ini gelap, tetapi Kau masih menerangi ia dengan kerlipan bintang. Sesungguhnya Kau lah Maha Pencipta sekalian alam.

Aku melihat lagi anak kecil itu, tangan ditunjukkan ke langit sambil digerakkan satu persatu seolah-olah dia sedang membilang bintang-bintang itu. Tahukah mu adik berapa banyak bintang itu? Dapatkah kau mengira semuanya? Comel kelihatan anak itu membilang dijari kerdilnya. Mungkin sudah beribu-ribu, mungkin juga baru ratusan dikira, atau mungkin baru sahaja puluhan bintang. Atau dia keliru dan membilang berulang kali. Kepala yang tak gatal digarunya. Ah.. sudah pasti dia keliru.

Tak perlulah kamu menyiksa diri dik. Biarkan bintang itu. Duduklah kau memandang ke langit. Kita menikmati ciptaan tuhan ini bersama-sama. Andai kamu berdegil juga, tidak mengapalah mungkin ini sifat mereka, kanak-kanak yang cuba mengenal nikmat dunia. Biarlah…  seperti aku tidak mengerti, ‘bukankah dulu kau pun begitu?’ Tersenyum sendiri mengingatkan kenangan lalu..

Januari 1990
“Sumayyah sayang, kenapa macam ni? Sakit kepala nanti. Duduk elok-elok sayang, ibu betulkan ye?” tegur ibu lembut sambil tersenyum. Manisnya senyuman ibu buat hati aku riang. Manisnya senyuman ibu tanda dirinya riang. 

Aku mengelengkan kepala. Lalu suara lembut ibu berbunyi lagi ditelingaku. “sumayyah tengok langit ye sayang? Bukankan sumayyah boleh baring disini sambil tengok langit itu. Kenapa mendongak, sakit nanti?” aku senyum tanda mengerti, lalu ku baring sambil memandang wajah ibu. “ibu, kenapa langit ini hitam? Tadikan sumayyah boleh nampak biru, nampak awan, ada warna putih, ada warna biru. Tapi sekarang semua warna hitam. Kenapa ya bu?”

Ibu memandang mukaku, seolah-olah memohon jawapan. Sambil tersenyum dan mulut mengherot kekiri dan kanan seperti memikirkan cara terbaik memberi jawapan. “owh, sumayyah hairan kenapa langit ini hitam. Bila malam datang langit pasti hitam. Tadi sumayyah nampak langit biru sebab ianya siang. Dan putih yang sumayyah tengok itu adalah awan. Baru sehari belajar dah pandai anak ibu ni”. Lalu ubun-ubunku dicium mesra. 

“Tapi kan bu, walaupun gelap sumayyah suka tengok. Cantik. Ada bulan dan ada sinar-sinar, itu bintang kan bu?”. Tanya aku lagi ingin kepastian. “iya sayang, walaupun malam hari langit itu gelap, tapi indah bila dipenuhi dengan bintang-bintang. Ada yang sinarnya terang, ada yang sinarnya pudar. Bulan pun indah di langit sana kan sayang. Sebab itu lah kita kena bersyukur pada yang mencipta alam ini. Sayang ibu bersyukur tak?” anak kecil itu tersenyum manja 

“mesti la sumayyah syukur ibu. Tadi Ustazah Aisyah cakap balik nanti tengok langit, lepas itu mesti sebut doa tapi sumayyah lupa. Tanda syukur pada tuhan yang mencipta alam”. Cuba diucap tapi sukar sekali. Anak kecil yang masih keras lidahnya. Jelas terlihat air muka yang kecewa. “ikut ibu ye, itu doa tanda kita syukur pada kejadian tuhan”. Angguknya sambil mulut terikut-ikut doa itu.

“hari itu kita balik rumah opah, hujan baru je berhenti, lepas tu baba tunjuk pelangi bu. Cantik sangat, kak laila dengan abang amar pun ada jugak. Esok ada pelangi tak bu, sumayyah nak tengok lagi la bu. Tapi kelmarin xda pun pelangi. Kenapa ya bu?” pintanya seakan-akan sudah matang dan memahami segalanya. 

Dan persoalan itu harus dijawab dengan teliti. “sumayyah, dengar kata ibu sayang, sumayyah minta doa dengan pencipta, semoga esok ada pelangi. Kenapa kelmarin tak ada pelangi, ibu cerita nanti. Bila sayang ibu dah besar, mesti akan faham. Masuk tidur ya, esok nanti nak sekolah. Kak Laila dan abang amar pun dah nak tidur. Jangan lupa ambil wuduk’ ya sayang. Cuci muka dan gosok gigi”. Sambil belakangku dibelai penuh kasih. Pesan ibu penuh teliti.walaupun sudah hafal dengan semua pesanan itu tapi tak pernah terasa bosan kerana aku tahu niat ibu itu mulia.

“yea, esok nanti su nak jumpa Alia, ibu bekal nasi goreng lebih sikit ye. Nanti su baca doa tidur dengan kak Laila dan abang amar. Sayang ibu” lantas pipi mulus itu kucium dan berlari pergi. Kenangan itu, kenangan anak kecilku bersama persoalan yang bermain diminda.

Kini, aku bukan lagi seperti budak itu. Aku sudah tahu kenapa hari itu ada pelangi. Aku sudah tahu kenapa kelmarin itu pelangi tidak muncul. Aku sudah tahu bacakan doa itu. Aku juga sudah tahu kenapa ibu berkata begitu ‘bila sayang ibu dah besar, mesti akan faham’. Aku toleh mencari anak berbaju kurung merah itu. Sudah pergikah dia. Tak mengapalah. Bukan rezeki dia mendengar cerita ku. Bukan peluang aku berkongsi cerita ibu. Tertanya dihati, sudah selesaikah dia mengira bintang? Lantas hati ini ingin tahu apakah jawapanya. Aku geleng dan tersenyum. Anak itu benar-benar mencuit hati ku.

Tinta dari ibu:- “ Sumayyah anakku sayang, tuhan menjadikan semua perkara berpasang- pasangan. Malam pasangannya siang, bulan pasangannya bintang, lelaki pasangannya perempuan dan ibu pasangannya baba”

Persoalanku ketika ini:- ya, ibu pasangannya baba, kak Laila pasangannya abang muaz. Kak Nor mungkin pasangannya abang Ammar. Lalu,  siapakah pasangan sumayyah ibu?

Nota conteng:- sentuh bintang dengan cermin (^__^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...