Friday, May 27, 2011

itu perlu aku tahu

 menghargai seseorang yg 'sudah' menjadi milik kita adalah lebih BAIK daripada menghargai seseorang yg 'belum' pasti kita miliki~~~

Monday, May 16, 2011

Surat Cinta buat Aishah

Assalamualaikum..
Ni page depan surat cinta Buat aishah...
 minggu lepas aku lepak umah makcik kat Cheras... cam biase tlg dia kemas umah. bila time nk buang sampah kitorang jumpe satu surat yg dah 'lebu' pown.. berkedut seribu..
makcik aku cakap anak laki dia slalu jadi abang 'posmen'.. kami baca surat tu tergelak2.. bdk skolah rendah pun dah pandai bercinta skarang.. selepas di selidik kami tahu siape si pakwe & siapa Makwenyer...

jom same2 tgk ape yg dia tulis...
Dik, lain kali taru bedak kasi wangi yer~~~
 Bagi yang bercinta mungkin ini yang anda rase....
tatkala mata memandang, lidah pasti terkelu..
saat minda celaru, jiwa mula bergelora..
hati pula bergetar, telinga turut memohon..
bisikan rindu buatku...
luahan cinta darimu...
BUAT SEMUA YG SEDANG HANGAT BERcint0~~~~
Nota Conteng: tetiba teringat Kad C.I.N.T.A yang aku dapat dulu.

Wednesday, May 11, 2011

dak sukan dah 'lemau'

Assalamualaikum...

Last week da netball games.. lawan rumah sukan.. aku yang dah lame tak main memang la semput berlari..
lagi2 kalau xdapat rest langsung.. makcik2 yang main semua terer gile, mencicit je lari.. laju dowh!!! penat aku kejar...


group aku dapat no 3.. ok la dapat beg free...


entry ciput sebab xda feel nak citer~~~

Monday, May 9, 2011

Betul Ke Perayaan Hari Ibu Dari Agama Kristian?

Assalamualaikum...


 

Aku buka je FB rmai yg ckap pasal ni.. tgk plak blog terjumpe info yg bagus untuk dikongsi.. "sharing is caring"

 Assalamualaikum ustaz.

Mintak pandangan Ustaz tentang sambutan Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun iaitu pada Ahad kedua bulan Mei( hari ini 8 Mei 2011 ), kerana saya terbaca satu artikel yg mengatakan sambutan hari ibu itu bagi mengenangkan "mother of church" satu perayaan bagi agama kristian. Sememangnya kita sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu, tetapi jika tarikh tersbeut dijadikan tarikh khusus untuk sambutan hari ibu tanpa niat untuk menyambut perayaan tersebut cara orang kirstian...apakah hukumnya?

Minta pandangan Ustaz..

Sekian,terima kasih.
Jawapannya

Sebelum ini saya tidak berani untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan Hari Ibu ini sebab segala dakwaannya belum jelas dan sahih lagi. Baru-baru ini saya cuba mencari artikel-artikel yang berkaitan Hari Ibu kebanyakkannya mendakwa perayaan tersebut adalah daripada upacara Agama Kristian.

Perayaan hari ibu ini adalah berasal dari pada budaya masyarakat greece sebagai penghormatan mereka terhadap Rhea iaitu ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Peranan Sebagai Umat Islam

Tidak perlu kita tunggu Perayaan Hari Ibu barulah waktu itu kita terhegeh-hegeh untuk membelikan hadiah dan berbuat baik kepada mereka, selepas hari ibu habis semua, kembali balik kepada asalnya iaitu tidak pernah menanyakan khabarnya, tidak balik ke kampung untuk menziarah mereka, kasar dengan kedua ibu bapa dan sebagainya. Pelakuan sebeginilah yang dilarang oleh Islam, Perayaan Hari Ibu bagi Islam ini adalah pada setiap hari dan setiap masa. Sebab ini adalah tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga mereka.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang menghormati kedua ibu bapa pada bila-bila masa, bukan hari atau masa yang tertentu sahaja kita menghargai ibu bapa kita. Di antara firman Allah yang bermaksud :
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Isra : 23-24)

Sebagai seorang anak yang baik dan beriman kepada Allah, maka dia hendaklah menjaga dan menghormati kedua ibu bapanya jangan sesekali menyakiti hati mereka. Menderhakai kedua ibu bapa merupakan kejahatan yang paling besar dan paling dibenci oleh Allah. Di antara balasan yang dikenakan Allah kepada orang yang menderhakai kedua ibu bapanya ialah :
Segera Mendapat Balasan Allah

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya, akan disegerakan Allah balasannya tanpa ditangguh-tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Setiap dosa mungkin ditangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Segala Amal Ibadatnya Sia-Sia

Amalan baik yang kita lakukan akan menjadi kosong dan sia-sia, tidak diterima Allah sekiranya melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa. Hal ini dapat difahami melalui sepotong hadis yang bermaksud :
"Tiga hal yang menyebabkan sia-sia amal iaitu menyekutukan Allah, menentang kedua ibu bapa dan melarikan diri daripada medan perang." (Hadis riwayat Tabrani)

Tidak Akan Masuk Syurga

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk Syurga. Perhatikan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga dan tidak akan merasakan kenikmatannya iaitu, orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka kedua orang tuanya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Kesimpulannya

Pendapat saya yang serba kekurangan ini, lebih baik kita hindarkan diri dari menyambut Perayaan tersebut, kerana dikuatiri ia melibatkan perayaan Agama Kristian dan hal ini saya masih belum menjumpai mana-mana fatwa yang dikeluarkan lagi oleh pihak yang berwajib. Mungkin telah ada fatwa tetapi saya masih belum menjumpai maklumat tersebut. Tidak perlulah kita buat kebaikan pada masa-masa tertentu sahaja untuk berbakti kepada kedua ibu bapa, kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita sejak dalam kandungan lagi sehinggalah kita digelar sebagai seorang bapa dan ibu. Tidak terhitung segala pengorbanan yang mereka berikan kepada anak-anak mereka sebab terlalu banyak.

Perayaan ini juga ada kaitannya dengan akidah, takut-takut apa yang kita buat itu boleh merosakkan akidah kita tanpa disedari, ini sangat bahaya dan perlu diawasi. Masyarakat Islam sekarang khususnya di Malaysia ini banyak yang jahil dan suka menerima apa-apa perkara secara bulat-bulat dan tidak menyelidikinya terlebih dahulu. Bila telah melakukannya baru disedari bahawa selama ini apa yang telah dilakukan adalah bercanggah dengan Agama Islam.

Lebih baik kita menghindarkan diri dari menyambutnya, kerena ini lebih baik dan ia juga belum terbukti lagi adakah ia sebahagian acara Agama Kristian atau bukan. Istilah mudah yang boleh digunakan dalam masalah ini ialah ragu-ragu atau syubhah. Tindakan yang baik adalah terus meninggalkan perayaan tersebut kerana ia lebih selamat. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
"Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Riwayatkan AI-Bukhari dan Muslim)


Nota Conteng:- credit to ustaz noramin

Nota Conteng:- untuk 

nasib Mesin bukan orang

Assalamualaikum..




tadi lunch aku check duit.. gaji dah masuk. okeh.
1- tekan 'Pengeluaran'
2- tekan duit nk kasi kat ummi..
3- xcukup..
4- try lagi skali.. OK
5- kad keluar
6- amek duit simpan dalam-kocek
7- amek resit <----- 'penting'

aku senyum sensorang (aku masih W.A.R.A.S)

nak tekan RM150, tp tertekan RM1500. nasib baik itu mesin xda tangan. kalau tak dia dah ketuk kepala adda & sound baik punyer "ko ingat ko kaye sangat ker nak mintak banyak2"

Cik lemah gemalai tersenyum sipu..

Nota Conteng:- Bila gaji aku nk naik??

Friday, May 6, 2011

-bulan May, aku anak terharu-

Assalamualaikum....

Sedikit merah dipipi aku conteng ini pagi.
dengan yakin aku toreh mata kaler 'dark brown'.
Penuh teliti debu2 'natural' bertempek di muka.

lalu berpusing mencari baju. xberkedut. berbau wangi. lantas aku pakai. terasa hangat dan selesa.
sedang muncung aku betulkan tudung. -cik sopan-santun- mengetuk pintu.

dah siap adda?

angguk aku tersenyum manis

baju adda macam.... baju korporat UiTM la...

hahaha da jugak yang kenal..

yup, baju UiTM. tahun 2003 lg tau 

bangga aku. baju ni dah lama gile tapi masih nampak baru. aku sayang baju ni sebab dia selesa.
paling aku suka ialah baju ni Ummi beli, jahit & pos ke S'wak untuk aku... terharu nya.. sob.sob.sob

Lagi satu baju yang ummi beli & jahit untuk hadiah besday aku ummi kasi bila aku balik cuti semester. Ramai yang puji & aku bangga mengaku "Baju hadiah hari jadi ummi kasi"


Nota Conteng: MAY adalah hari menghargai Ummi lebih banyak dr hari lain. Ingat itu!!

Pesan aku

Assalamualaikum..

Susunlah hidup kamu seperti puzzle yang paling indah kamu impikan..
Serikan hari kamu seperti bola kristal yang tak pernah gelap tanpa cahayanya..
Ceria & riang lah jiwa kamu seperti music box yang takkan sunyi tanpa alunan lagunya... DAN
Pintalah harapan kamu kepada Dia yang tak pernah cuba untuk melupakan kita~~~

Thursday, May 5, 2011

soalan yang buat aku terkedu

Assalamualaikum...

kasut merah itu tanda hati aku gemuruh..
lenggang aku dengan lenggok yang kiut td tergendala sebab da 'lelaki' itu pandang aku...
okeh... itu saje kasi iklan supaya korang bersemangat nk baca cerita ini.... hua3..

sambung. lenggang aku dengan lenggok yang kiut td tergendala dengan panggilan telepon dari Maharani K.A.M.I..

ops!! dia miskol rupenyer.. aku tgk jam, 1.00 Pm. Adik aku tak blik sekolah lagi.. amboi.. dah pandai telepon yer. dulu ummi tahu -tekan ijau- je.. pastu dah terer sms. skung Miskol2 plak~~~

tetiba H0me$we3th0me calling lagi sekali. aku angkat..

assalamualaikum. amboi, dah pandai tepon..

(ketawa) w'salam. sebenarnya ummi nk tepon Na. tertekan Dah..

owh.. xpe la. tepon Na la, nanti abis kredit (aku kedekut mmg cam ni)

tak po la.. Aina bla bla bla ---> dirahsiakan

ummi dah nk gi perak jun ni..

wat gapo??

member kawin..

lambat lagi bulan jun.. kite bila lagi??

hhuuuwaaaaaa<---------xsabar dah ni nk suh anak dia kawin?


Nota Conteng:- tetiba ingat kat k.yah punya statement---> 'ummi penat dah ke jaga, nak suruh kawin?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...