Thursday, September 29, 2011

ketika cinta bertasbih 2

Assalamualaikum..


Sambungan Ketika Cinta Bertasbih.. 


Sinopsis Ketika Cinta Bertasbih 2:


KCB2 bercerita mengenai kisah hidup Azzam setelah menyelesaikan pendidikannya di Universitas Al-Azhar Mesir. Masih ada Kholidi Asadi Alam berperan sebagai Abdullah Khaerul Azzam. Oki Setiana Dewi sebagai Anna Althafunnisa dan Alice Sofie Norin sebagai Eliana Parmesthi Alam.  Berikut ini trailer, sinopsis serta production still (foto) diambil dariSembilan tahun berpisah dengan ibu serta adik-adiknya membuat kepulangan Azzam dari Kairo memiliki sensasi yang luar biasa. 

Kerinduan yang meluber dari dadanya begitu menggelegak. Rindu kepada keluarga, rindu kepada negeri tercinta, rindu kepada senyum-senyum yang kerap semringah dari penduduk negerinya, meski dalam keadaan paling menderita sekalipun, membuatnya bergairah melangkahkan kaki di lantai bandaraLulus S-1 dari sebuah perguruan tinggi yang memiliki pengaruh wibawa kealiman, tidak menyebabkan Azzam mendapat kemudahan dalam segala urusan. Dia bahkan gamang untuk mendapatkan pekerjaan yang pas. 

Belum lagi cibiran tetangga yang mengira bahwa lulusan Al-Azhar University otomatis menjadi kyai atau ulama besar. Itu kenapa Bu Malikatun, sang ibu menjadi gelisah, bahkan menyuruh adik Azzam, Husna untuk mencarikan pekerjaan, apa saja yang penting asal kesannya bekerja, keluar dari rumah.Dengan latar belakang pengalaman berwirausaha selama di Mesir, Azzam pun tidak patah semangat untuk membangun usahanya sendiri. Tetapi bagaimana dengan menikah, hal yang selalu disinggung oleh ibunya.

Wanita yang ia dambakan, Anna Althafunnisa telah dipinang sahabatnya sendiri. Sedangkan dengan Eliana yang jelas-jelas menaruh hati padanya belum bisa ia terima, karena ia masih mendambakan wanita muslimah. Azzam pun berusaha mencari tambatan hatinya, walaupun cukup banyak hambatan yang ia hadapi, yang kemudian membuatnya hampir putus asa.Bagaimanakah kelanjutan perjalanan cinta dan hidup Azzam? Lalu bagaimana nasib pernikahan Anna & Furqon, mengingat Furqon masih menyimpan rahasia besar dalam hidupnya. Akankah Eliana tergerak hatinya untuk menjadi wanita muslimah seutuhnya dan mendapatkan cinta Azzam ?

Itulah sedikit resensinya. Film yang digarap oleh Chaerul Umam ini pengambilan gambarnya dilakukan di Indonesia. Semoga lebih baik pengerjaannya daripada KCB 1 yang sebagian besar pengambilan gambar dilakukan di Mesir. Setidaknya kesan sinetron bisa lebih ditanggalkan. Namun apabila melihat trailernya masih banyak menggunakan pengambilan gambar ala sinetron yaitu close up wajah dan kamera diam.

Ketika Cinta Bertasbih adalah film dengan cerita yang sangat bagus dan membangun. Namun sebuah film tidak hanya jalan ceritanya saja yang harus bagus. Melainkan gambar dan editingnya juga harus cantik. Secantik para pemain-pemainnya :D

Yang pasti di KCB 2 ini Anda tidak akan dikecewakan dengan To Be Continued karena seluruh kisah akan berakhir sesuai novelnya.

Wednesday, September 28, 2011

ucapan yang ikhlas dari hati

Assalamualaikum..
 .
.
.
.
.

--------------------------- gambar untuk cerita ini hanya dalam hati KAMI----------------
.
.
.
.
.

Selamat Hari Lahir buat dia yang saya sayang
Selamat Hari Lahir buat dia yang sentiasa dihati
Selamat Hari Lahir buat dia yang sentiasa disisi

Ucapan ikhlas dari hati saya
walaupun tak dapat didengar andai saya menjerit sekuat hati.. 
walaupun tak dapat peluk & cium hari ini..
tapi kata ikhlas ini terucap melalui bait2 doa

agar sampai buat dia disana
agar bahagia dia disana
agar setia menanti kami ke sana..
SELAMAT HARI LAHIR abah..


Nota Conteng: KAMI sayang ABAH

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #7

Assalamualaikum....



Nota Conteng: Poning kpala...

Monday, September 26, 2011

awek jepun tak kiut ker??

Assalamualaikum...


Hari ini mood warna coklat.. tudung coklat, baju coklat. kain coklat. kasut coklat. tetiba rasa cam pokok bergerak kat opis..
g surau-nak-solat-zohor
tanggal selipar
buka kerongsang
buka tudung
melenggang nak amek wuduk
rasa pelik mcm semua pandang..

ops!! luper..
dalam hati saya jerit...
Lupe nak report kat Permaisuri..
"Ummi, Dah potong rambut.. pendek giler.. dorang cakap dah macam org jepun & cina, tapi KIUT"
sori statement berbau perasan
Nota Conteng: budak baru mmg baik.. dah lelame baru nampak tocang dia...

Friday, September 23, 2011

Khazanah:- Sayang mereka yang sayang saya

Assalamualaikum...

Sayang saya buat kamu yang sayang saya. Perasaan rindu pada kenangan lama menjelma.

saya sayang pada dia yang sayang saya
saya sayang pada dia yang 9 bulan xpernah tinggalkan saya
saya sayang pada dia yang melahirkan saya
saya sayang pada dia yang mandikan saya
saya sayang pada dia yang dodoikan saya
saya sayang pada dia yang suapkan saya
saya sayang pada dia yang besarkan saya

Terima kasih buat dia yang besarkan saya
Terima kasih buat dia yang sekolahkan saya
Terima kasih buat dia yang ajarkan saya
Terima kasih buat dia yang menjadi guru saya
Terima kasih buat dia yang marahkan saya
Terima kasih buat dia yang tak pernah abaikan saya
Terima kasih buat dia yang sentiasa menyokong saya

Terima kasih buat semua yang sayang saya. 
Saya sayang siapa yang sayang saya.
saya sayang kamu, walau hanya tertulis disini,
walau hanya berbisik ditelinga,
walau hanya terbit dibibir,
namun ia tetap 'terpalit' diminda
lalu saya simpan didalam hati
semoga ia 'membeku' dalam jiwa
agar khazanah ini 'hidup' selama-lamanya...

'tidak perlu malu untuk melafaskan cinta & rindu kamu pada dia. tidak perlu ego untuk kamu pamerkan kamu sayang dia selagi dia masih kekal bernyawa. selagi dia masih kekal di depan mata'

Nota Conteng:- 'dia' adalah keluarga saya

ISU HANGAT HARUS BACA:- Malang tidak berbau..

Assalamualaikum....

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! [KISAH BENAR!! AWAS]

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan.

Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.

Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam.

Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. 

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! 

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan!Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! 

Jadikan amalan : 
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

Nota Conteng: email dr member MukaBuku saya... sekadar berkongsi

Thursday, September 22, 2011

sedih & kecewa tp saya redha

Assalamualaikum...
haTi xSelalunyE (er!a, 
j!wa xseLalunyE tenang, 
Hidup x $elaluNye !ndah, 
diRi x$elalunYe canTik &
duNia xseLalunYe amaN...
 Nota Conteng: mood sedih & kecewa

Wednesday, September 21, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum...


Nota Conteng: Pakai cantik, Makan Banyak, Senyum Manis, Hati Girang, itu KAMI

Monday, September 19, 2011

-JANGAN LUPA NAMAKU -

 JANGAN LUPA NAMAKU

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......


Lagu & lirik oleh POMPA BENSIN



Thursday, September 15, 2011

Ramai si~kiut2 makin Kiut bila pakai kain yang chumil nie

Assalamualaikum...

ini adalah cerita paling pantas saya buat kerna banyak lagi kerja lain nk buat. Dok Office tak kan saya nk berblog pulak kan, lain la kalau boring xda kerja atau mo0d otak menggelegak dengan kerja yang tak sudah2. ok! berhenti membebel!!!!!!!!!!!!!


Pic ini saya ambil ketika ramadhan dulu. Tujuan utama untuk Putri Hang Li Po di rumah sebab dia betul2 suka dengan kain cotton cam ni. sweet17 la katakan. disebabkan corak dia ala2 melintang, dot-dot-pokodot dan bunga2 bertaburan dijalanan kalau pakai, pasti cantik. Lagi chumil la kan?? sapa tak mau adik dia chumil? sure gen tu akak dia pun ader rite?? -guling-guling-macam-tenggiling

RM 67.00
kain 4 meter (cukup sepasang kurung yang sopan)
RM 110.00--> Baju kurung siap

So, saya tag pic ni di FB, supaya adik saya boleh pilih kain mana dia suka. Rupenya ramai yang nk jugak. bilai ramai yg tanya dan nk order, naik semangat pulak nk membantu si gadis - sigadis kiut & ibu-ibu c0mel diluar sana tu dengan harapan diorang bertambah chumil.. Hari ni saya ambil pic terbaru, banyak yang xda myb rmai dah sambar...

RM65.00
Kain 4 meter
*RM 80.00--> Baju kurung siap (corak kain sama)
*RM 90.00--> Baju kurung siap (corak kain berbeza)

*Limited Size
 







Nota Conteng: Maaf gambar tak menarik sebab guna Phone cap  ayam je..TQ

Wednesday, September 14, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum...



Nota Conteng: Masih belum sempurna sepenuhnya...

Monday, September 12, 2011

telur manusia ke telur ayam

Assalamualaikum..

Siapa kat sini suka makan telur -sila-angkat-tangan. Okeh! tak perlu angkat sebab saya tak nampak pun~~~
hari ni bercerita pasal telur. Hujung minggu hari sabtu hari tu teringin nk makan ruski-tomyam taruk telur-sosej-sayur and cili kasi kaw2 punyer. saya bersama geng akrab cik seputih salju telah sepakat masak.

panaskan minyak
.
.
tumis bawang
.
.
masukkan air
.
.
agak2 dah didih masukkan rencah ruski
.
.
lalu campak maggi
.
.
bila sampai bab nak campak telur dalam kuali, saya basuh dulu.. terketak2 je rupe kulit telur tu. bentuk dia pun senget-tak sekata-tak licin.. terus rasa cam telur ni pelik sbb smua yang ada rupa & saiz dia tak sama. tertanya2 jugak, kes telur buatan manusia yang hot dulu sampai saya nk makan telur pun takut mula terlintas dikepala. terus amek pic telur tu. hairan...



Nota Conteng: Macam pengkaji telur hari tu ambil mudah je hal ni.. tetiba curiga dengan kerja diorang

Saturday, September 10, 2011

lepak klia adalah cara terbaik untuk mata dan fikiran anda

Assalamualaikum...

agaknya macam ni la riangnya saya malam semalam. saya dan cik seputih salju keluar jenjalan di KLIA. dah lama tak kesana.. niat hati nk release tension dan penat otak sepanjang minggu bekerja.

kami jenjalan sambil makan mc'flurry dan sundae strawberry, jagung manis dan air oren/lemon tea.. sangat relax sebab tiada gangguan dari mana2 manusia yang pelik2 sebab tak da orang akan g lepak kat sana -tidak unik macam saya yang lepak di KLIA- hahaha

kepada sesiapa yang rasa nk legakan fikiran yang berserabut. saya sarankan ke KLIA or airport berdekatan. nikmati kesibukan orang menarik troli, tepuk tampar dan peluk sayang, borak2 dan tangkap gambar b4 check in, naik lift pat 5 kali, ronda2 setiap penjuru.

cucilah mata anda sebaiknya bila ke sana. jangan terlampau terburu2 berjalan takut tak perasan ada orang -kiut-ensem depan mata. hayati keadaan disana yang sentiasa berbeza orang dan situasinye.

jangan risau akan lapar dan dahaga sebab kat sana da orang jual makanan. walaupun agak mahal tapi bukan selalu menikmati keadaan macam tu. saya syorkan ke airport sebelah malam. kitorang ke sana selepas solat maghrib dan balik bila kaki dah lenguh berjalan.

p/s: teringin nak g 'dating' d KLIA... best x?

Nota Conteng: jangan lupa tempat parking anda, kerna takut sejarah mungkin berulang cam saya~~~

Thursday, September 8, 2011

creative x?

Assalamualaikum..

tengah kemas2 folder dalam PC, terjumpa la video2 yang saya download tp dah berkurun xtgk.. Hari ni nk share satu video.. tapi lupa amek kat mana..

Wednesday, September 7, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum...


Nota Conteng: Rindu saat lepak bersama family---> penyakit selepas balik kampong

Monday, September 5, 2011

hari raya tapi belum ada cerita raya

Assalamualaikum....


Sila abaikan tajuk n3 ini. cerita hari ini tiada kaitan dengan hari raya. tiada kaitan dengan gembiranya makan daging dihari raya. juga tiada kaitan betapa banyaknya duit saya berbelanja untuk hari raya. itu semua saya simpan untuk lain masa.

tengok pic diatas? cantik? berserabut? biasa-biasa? atau tak menarik langsung? gambar diatar saya sesaje kasi ada hiasan untuk story kali ini. mood dan kepala saya dah hampir sama dengan pic itu. Mood saya dah macam layu untuk bekerja kerana tenaga & bateri belum penuh-sepenuh-penuhnya gara-gara pulang dari kampung baru. fikiran saya juga dah macam bunga2 itu yang berserabut memenuhi kawasan yang entah kat mana pun saya tak sempat nak selidik sebab saya pinjam dari encik/cik google. Terima kasih encik/cik google.

ok. sekarang mst korang pun pening+heran entah ape yang saya nk bagi tahu. entah ape yang saya nk cerita kan? abaikan sahaja, atau lebih senang terus ziarah di blog2 lain kerana sekarang saya tengah melepaskan segala benda yang ada di dalam fikiran saya. melepaskan masalah yang berkumpul sejak seminggu yang lalu. Kalau lah bleh buat macam Squidward Tentacles, mencabut otaknye bila tension dengan spongebob atau seperti Albus Dumbledore menggunakan kayu magic dia untuk keluarkan ingatan yang dia tak nk ingat.

saya bukan nk cari masalah tapi saya nk selesaikan masalah.. tapi rupa-rupanaya masalah itu dah jadi satu masalah bagi saya. okeh! stop membebel. Jom balik sambung kat umah sbb dah time balik..

mari temani saya membebel lagi di sini. masalah yang saya hadapi sebenarnya kechik sahaja tapi apabila saya dengan baik hati mencuba utk selesaikan masalah itu, ia dah jadi makin rumit pulak. dicampurkan dengan masalah-masalah yang dah ada, juga baru ada makin la saya peNing!!!!!!!!!!!

akhirnya saya tolak ketepi masalah kechik td. bangun jenjalan gi toilet. termenung kat tingkap sambil tengok bawah. tapi still lagi gelisah. saya amek purse g bank. cucuk kad tgk balance gaji walaupun saya tahu gaji  xda pown lg. melenggang g opis orang lain jap. kaji tempat orang2 yang saya nk bz body--> senyum sumbing bila nampak lelaki itu. check surat boss ada ke tak. then turun opis balik.. cukup 35minit saya tinggalkan kerusi terus sambung balik ngadap pc.

sekarang layan SpongeboB. jap lagi nk skipping or melawat kawasan rumah sampai lega then nk tengok movie yang buat air mata meleleh.. ini baru satu masalah sudah buat saya gelisah. kalau semua masalah saya layan sure saya dah tak tentu arah...

Nota Conteng: Saya pening tak dapat nak pikir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...