Monday, May 14, 2012

Terima kasih ummi

Assalamualaikum...
ummi KAMI..
Kehadapan ummi yang KAMI sayang.. Semoga sihat dan bergembira dengan cucu baru ummi tahun ini.. Selamat Hari Ibu.. Selamat Hari Ibu.. Selamat Hari Ibu.. saat ni Dah tak tahu nak mulakan macam mana.. hanya ucapan Selamat Hari Ibu yang berulang-ulang dikepala. Walaupun sambutan hari ibu hanya ucapan dari kami yang menyusul kedengaran ditelinga ummi tapi itu sudah cukup bermakna bagi ummi kerna ummi tahu Kami sentiasa meletakkan ummi yang pertama dihati berbanding orang lain.

Hari-hari bersama ummi amat bermakna. Hari-hari bersama ummi sempurna hidup KAMI. Bila dikenangkan kembali 34 tahun yang lalu, bukan semuanya KAMI tahu susah ummi, bukan smuanya KAMI faham keadaan umi dan bukan semuanya Kami rasa perasaan ummi. Walaupun hanya beberapa tahun yang lalu cuba diingat kembali kenangan tika bersama sudah cukup buat KAMI berasa 'sesungguhnya amat bertuah memiliki UMMI'.

Pastinya abah turut terharu punya pasangan yang begitu sempurna buatnya, mok pula pasti berbangga sehinggakan orang tidak percaya wanita ini adalah menantu bukan anak, dan sudah semestinya saudara-mara turut gembira dapat menumpang kasih keluarga kita.

*********************************************************************************
UMMI,
seorang wanita yang sempurna di mata saya.
Marahnya tidak pernah berbekas dikulit kami.
Geramnya tidak pernah berbirat parut di badan kami.
Sabarnya sungguh menebal tanpa pernah meninggi suara.
tidak pernah sekalipun terniat dihati untuk memukul kami.
Salah kami sentiasa ditegur, kurang kami sentiasa ditambah..
sehinggakan saya merasakan UMMI adalah guru terbaik dalam hidup saya.
KAMI sayang UMMI..
MIA- abe kin & k.tini
Nota Conteng: mahu kumpul memori dengan UMMI banyak-banyak-banyak

selamat hari lahir buat kamu, AINA

Assalamualaikum..

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Quratu Aina..
Allah selamatkan kamu..

Happy birthday to y0u..
happY biRthday t0 yoU..
hapPy birtHday to Aina..
HaPpy BirthDay to y0oouu...


Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 24 tahun buat adik saya Quratu Aina.. Kami mendoakan yang terbaik buat kamu~~



Nota Conteng: Sori tak leh balik ari tu sbb kerje & wish lambat sbb buzy, bukan lupe yer~~

Tempat baru.cerita baru

Assalamualaikum...

nak cantik cam ni...
Itu bukan pic saya yang di edit ye. Teringin nak pakai mcm tu.. haha, mustahil~~~
pic kat atas tiada kaitan langsung dengan cerita saya. Ianya sekadar untuk mencantikkan blog ni je.. masih ingat tentang saya dirisik?? 

Lamaran itu saya terima. sekarang saya sudah ke tempat baru, bukan lagi di Kuala Lumpur bandaraya hidup di malam hari tetapi telah berpindah ke Kuala Terengganu negeri si penyu bertelur.. tempat kerja baru yang berdekatan dengan rumah, setiap 2 minggu saya akan tekan laju2 minyak kereta saya pulang ke kelantan.

tak nk cerita pasal tempat kerja sbb saya tak suka dedahkan sesuatu yang tak perlu atau penting untuk kamu-kamu dan kamu tahu... cukup sekadar tahu saya di terengganu sekarang.. hihi

Nota Conteng: dah makan?? saya D.I.E.T~~~

pulang dari cuti yang panjang

Assalamualaikum...


hihihi..
terkejut tgk pic tu, saya bayangkan macam itu lah muka saya tadi. Bila saya cuba login blog ni tetiba dia suruh sign in'. eh eh! dah luput ke blog saya sampai xleh. Bila check balik rupenye email lain. haha.. terkezut eden~~

okeh! dah on. Tetiba xkeluar la plak, dia jd profile lain.. ish3.. lame xusik sampai lupa terus nk guna, akhirnya terhasil jugak la utk menc0nteng hari ni..

dah lame tak cerita kat sini kan.. sepanjang 'rehat' ni banyak story & peristiwa yang berlaku.. sentiasa xda mo0d & masa nk update je sbb bz setelkan hal lain..

buat smua bloger yang saya ikuti, JAGA-JAGA!!! anda mungkin akan diganggu oleh komen saya..

Nota Conteng:- klo la kite cakap & keyboard type sendiri kan best!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...