Thursday, December 27, 2012

aku adalah AKU

Assalamualaikum...
Mulut bising cam nyamuk
Sehari dua ni saya sering terfikir, kenapa penyakit Malas makin melanda dalam diri.. mulut bising je cakap nak buat itu, nak buat ini, nak g situ, nak g sini tapi haram 1 pun xmenjadi.. Hish!!! risau betul la... Kalau makin di layan makin menjadi kot.

Sama la juga bila rasa nak berubah jadi baik. "Jelesnye kat Diana Amir. Untungnya kak Irma Hasmie. Bagusnya Raja Farah. Dorang dapat hidayah jadi makin baik" hati selalu cakap camtu. Bila la time kita...

Tapi bila difikir balik, kenapa saya rasa saya akan berubah bila dapat hidayah?

Bila dapat hidayah saya akan makin baik? atau makin buruk?

Bila dah da hidayah semangat jadi kuat?

Bila hidayah nak datang?

Kat mana?

Macam mana?

saya fikir kalau saya dapat hidayah macam diorang mst best. Lelama saya fikir, saya tunggu & saya give up.

Kenapa saya nak tunggu 'hidayah' baru nak berubah?

Kenapa perlu dpt hidayah baru boleh berubah? kenapa?

Lalu saya sedar, bukan semua orang berubah bila dia dapat hidayah. 'Hidayah tak perlu saya tunggu. Tapi niat dan kehendak yang lebih utama... Insyallah~~~


Nota Conteng: Mulut memang senang untuk berjanji tp amat liat untuk melaksanakanya...


Wednesday, December 26, 2012

Kutiau ku ke singki..

Assalamualaikum...

Hujung tahun ni macam-macam kisah banjir kita boleh dengar. Tapi saya bukan nak story pasal banjir k. Ini adalah kisah kehampaan yang terjadi pada diri saya. 0keh!! Kalau time hujan tak nak Berenti ni la perut sentiasa berkeroncong. So, berbekalkan ingatan kutiau aka kiew tiau yang tak digunakan kat dapur, bersemangat saya nak memasak. Hari ni plug suiz lampu dapur meletop tak tau pasal ape, so masak pakai torchlight tepon cap ayam je.. janji masak..

Bawang putih, bawang merah, cili siap dipotong. Kutiau dah direndam dan dicuci. Panaskan kuali. minyak masak dah masuk, kacau senduk ala-ala PRO chep. Tumis bahan tadi. Garam. Air. Kicap masin-manis. Tabur serbuk lada hitam-lada putih. +sayur goreng yang dah ade. kacau agak-agak sebati, then rasa. Campak kutiau pastu goncang kuali ala-ala chef ismail. 

Last skali taruk telur kasi nampak cam Char Kiew Tiau xda seafood.. hahaha... Prang! sebijik.. x cukup ni.. prang!! dua bijik.. cantik susun kiri-kanan telur tu.. Prang!!! tak sempat nak tuang kat tengah2 dah jatuh kat dalam kuali.. abis sebijik laju masuk dalam kuali.. Pejam-celik-pejam-celik intai kulit telur. da benda itam dalam kulit tu.. saya hidu, ada bau busuk. Sah!!! telur sejuk+busuk...

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! abis kutiau tu.. hampa keciwa dan sensara rasanya sebab dah lame xmasak kutiau tetiba jadi camni.. huhuhuhu... baik je susunan tadi.. tunggu kejap je nak angkat dalam mangkuk.. Adoi! mmg xberjodoh la perut ngan kutiau malam ni.. Maaf ye perut, lain masa kasi ketemu.. Putus harapan dgn kutiau tadi terus masak nasi goreng belacan...moral of the story -pecahkan telur dalam mangkuk dulu before taruk dalam kuali- hurm~~~


Nota Conteng: Orang tamak selalu rugi.. Padahal dua biji telur pun dah cukup~~~

Saturday, December 15, 2012

Merenung masa depan...

Assalamualaikum...


mulut begitu mudaH berkata2 tetapi hati berat untuk mengakuinya... 
sukar membuat keputusan kerana takut akan dikecewakan... 
sigh~~~

kadang-kadang kita saya merasa sesuatu yang baik itu muncul-dengan-cara-yang-bagus, sedangkan kita saya tak pernah terfikir sesuatu yang bagus itu belum tentu baik selamanya... 

satu perkara yang perlu saya ingatkan dalam diri, setiap perkara yang berlaku ade hikmahnya dan setiap apa yang saya dapat sentiasa memerlukan pengorbanan...arios~~~ Ck

Nota Conteng: belajar menyahut cabaran adalah 1 pengajaran yang baik.. (^___^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...