Showing posts with label kAta haTi. Show all posts
Showing posts with label kAta haTi. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Pelita pertama.. Maybe??

Assalamualaikum...

hidup yang penuh warna-warni...

niat hati nak bercerita panjang malam ni tapi tenet tak kasi chance lak.. slow jer.. tadi dapt 1 berita gerbira yang saya memang tak jangka. berharap agar ia tidak akan menghampakan saya..

berita apa?? itu rahsia.. member saya cakap kalau kita cerita sesuatu yang kita harapkan kepada orang lain, kemungkinan ia tidak akan terjadi.. huhuhu...

Nota Conteng: doakan semoga semuanya OKAY~~~

Saturday, January 19, 2013

Penyimpan cerita TERBAIK kita

Assalamualaikum...


semalam jiwa saya terluka. pedih dan pilu. rasa ni dah lama saya pendam. susah jika seseorang yang kita percaya. seseorang yang kita kenal dan sayang mengecewakan kita walaupun dengan tindakan yang biasa atau perkataan yang simple.

tadi pagi terluah apa yang dipendam. saya bercerita pada ummi tercinta. nasihat yang selalu memberi semangat buat saya. walaupun satu perkataan yg biasa didengar. "Dah boleh cerita kat ummi je kalau da masalah atau terasa ngan sapa2.. ummi boleh dengar dan ummi boleh faham"

ayat yang buat saya terharu. bukan tak pernah dia cakap tapi saya yang terlalu ego dan tak suka membebankan dia dengan masalah yang dihadapi. cukup saya pulang ke kampung menemani ummi ketika tidur..

Nota Conteng: Berceritalah pada ibu kerna mereka adalah penyimpan rahsia TERBAIK kita..

Thursday, January 17, 2013

aku yang BAHAGIA

Assalamualaikum...

ini pic tahun lepas.bulan lapan kot. dah lupa. hidup yang bahagia dengan body yang makin "gumbira"

sorang cakap 'saya senyum'

sorang lagi cakap 'saya sengih"

orang ketiga and keempat cakap 'saya jawab tengah bahagia'

dah lima-enam orang cakap 'saya mula gelabah'

terima kasih atas perhatian anda... YUP! memang saya tengah bahagia sbab tu badan saya pun 'bergumbira'.

Nota Conteng: Jumpa anda julai nanti jangan cakap saya menderita plak ye bila tengok body saya mengecik~~

Thursday, December 27, 2012

aku adalah AKU

Assalamualaikum...
Mulut bising cam nyamuk
Sehari dua ni saya sering terfikir, kenapa penyakit Malas makin melanda dalam diri.. mulut bising je cakap nak buat itu, nak buat ini, nak g situ, nak g sini tapi haram 1 pun xmenjadi.. Hish!!! risau betul la... Kalau makin di layan makin menjadi kot.

Sama la juga bila rasa nak berubah jadi baik. "Jelesnye kat Diana Amir. Untungnya kak Irma Hasmie. Bagusnya Raja Farah. Dorang dapat hidayah jadi makin baik" hati selalu cakap camtu. Bila la time kita...

Tapi bila difikir balik, kenapa saya rasa saya akan berubah bila dapat hidayah?

Bila dapat hidayah saya akan makin baik? atau makin buruk?

Bila dah da hidayah semangat jadi kuat?

Bila hidayah nak datang?

Kat mana?

Macam mana?

saya fikir kalau saya dapat hidayah macam diorang mst best. Lelama saya fikir, saya tunggu & saya give up.

Kenapa saya nak tunggu 'hidayah' baru nak berubah?

Kenapa perlu dpt hidayah baru boleh berubah? kenapa?

Lalu saya sedar, bukan semua orang berubah bila dia dapat hidayah. 'Hidayah tak perlu saya tunggu. Tapi niat dan kehendak yang lebih utama... Insyallah~~~


Nota Conteng: Mulut memang senang untuk berjanji tp amat liat untuk melaksanakanya...


Saturday, December 15, 2012

Merenung masa depan...

Assalamualaikum...


mulut begitu mudaH berkata2 tetapi hati berat untuk mengakuinya... 
sukar membuat keputusan kerana takut akan dikecewakan... 
sigh~~~

kadang-kadang kita saya merasa sesuatu yang baik itu muncul-dengan-cara-yang-bagus, sedangkan kita saya tak pernah terfikir sesuatu yang bagus itu belum tentu baik selamanya... 

satu perkara yang perlu saya ingatkan dalam diri, setiap perkara yang berlaku ade hikmahnya dan setiap apa yang saya dapat sentiasa memerlukan pengorbanan...arios~~~ Ck

Nota Conteng: belajar menyahut cabaran adalah 1 pengajaran yang baik.. (^___^)

Tuesday, January 3, 2012

Saya dirisik

Assalamualaikum..

Semalam saya dapat panggilan telefon dari seseorang ketika saya sedang sibuk melayan Hero kesayangan saya menangis. Keadaan yang bising dan binggit tu buat saya hilang fokus pada apa yang saya dengar di lubang telinga.

Yang saya sempat tangkap di cakap " nak confirm kan aje, nanti hubungi lagi"... Owh.. OK.

tadi dapat panggilan telefon dari nomber yang sama. Ok, saya kelam kabut pada hari pertama daftar diri ditempat kerja yang sama, siapkan kerja yang perlu dan siap sedia untuk beli tiket balik ke Kelantan.

Alhamdulillah.. semua lancar dan dipermudahkan oleh NYA..
Saya dirisik oleh KIST, Kuala Berang..

Nota Conteng: Saya percaya setiap yang berlaku adalah Qada & Qadar Nya, saya pasrah dengan apa yang saya lalui & saya redha dengan apa yang terjadi kerana semua itu pasti yang terbaik dariNYA buat saya..

Wednesday, December 28, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #15

Assalamualaikum..


Nota Conteng: Saya 'bertopeng' ini hari. Maaf pada yang sudah ter'kena'

Thursday, December 15, 2011

Kerana..

 Assalamualaikum...


Mukaku merah kerana marah
Mukaku merah kerana sesak
Mukaku merah kerana panas
Mukaku merah kerana malu
Mukaku merah kerana kecewa
Mukaku merah kerana berarak mendung kelabu
Mukaku merah kerana bola
Mukaku merah kerana kebenaran
Mukaku merah kerana berdarah
Mukaku merah kerana terdedah
Mukaku merah kerana mengenangkan azab yg menunggu
Akhirnya mukaku merah bila berhadapan Allah
kerana semua alasanku salah….

Nota Conteng: kata2 yang di ambil dari FB Mawar Harum...

Wednesday, November 30, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #12

Assalamualaikum...

dia senyum dan saya tersenyum.. buatkan hari saya indah~~~ TQ

a thousand of flower in my heart

the color of my life

3 words from me: I LIKE YOU


Nota Conteng: Mata kaku saat kamu tersenyum....

Friday, November 25, 2011

merah epal belum tentu manis rasanya

Assalamualaikum...



saya tak nak guna ayat ini "don't judge books by it's cover" amat senang untuk orang faham. saya bukan seorang yang romantik untuk meluahkan ayat yang puitis tapi saya seorang yang suka fikir benda yang unik2.. hihihi.. biar ayat berbelit2 janji, hanya saya yang faham. kalau ramai yang faham nanti akan menyebabkan cerita yang saya coretkan disini akan diketahui ramai.. Tetapi, andai yang membaca faham, diharap ianya memberi sesuatu yang baik buat diri anda & boleh diguna pakai untuk menjadi seseorang yang lebih bagus, seperti yang saya selalu buat. Bukan senang nak jadi JAHAT tetapi amat susah menjadi seseorang yang BAIK.

Ummi saya selalu beli apple hijau. baik untuk kesihatan katanya. bukan tak suka apple merah tapi ia lebih banyak mengecewakan dari apple hijau. bila pilih apple merah mesti nk cari yang cantik, berkilat, merah menyala-nyala, kiut-miut dll. tapi bila makan, rasa dia tak seperti yang kita harapkan. Dan, kadangkala epal yang tidak merah menyala-nyala & kiut-miut itu lebih rangut & manis rasanya. Dah faham pasal apa cerita saya hari ini? YES!!! pasal apple merah...(>__<)

sudah berkali2 saya tegaskan pada diri, bila pandang MESTI penuh hormat. Pandang orang jangan lupa senyum, jangan jeling atau buat MUKA. itu apa yang saya sudah saya berjaya amal dari dulu sehingga sekarang, dan alhamdulillah saya berjaya dengan pujian yang saya terima. Setiap apa yang saya amalkan saya sentiasa mengharapkan balasan yang sama. Bukan meminta tapi berharap. "Anda akan dapat seperti apa yang anda lakukan". Jika saya telah lakukan sesuatu yang buruk, saya pasti akan terima balasan yang sama. tp andai saya melakukan sesuatu yang elok, pasti balasan yg baik akan saya dapat. samada orang/benda/masa/perkara yang sama atau tidak itu bergantung padaNYA.

Jangan anda menilai seseorang kerana dirinya dari mulut orang atau pandangan luarannya padahal kamu tidak pernah untuk mencuba membuat penilaian melalui ukhuwah yang betul. "tak kenal maka tak cinta". Kawan rapat saya pernah berkata. bunyi agak rumit tapi saya fahamkan sebegini "jangan cakap kita kenal seseorang sahabat itu hanya kerana dia sahabat. cubalah tinggal sebilik dengannya. cubalah tidur sekatil dengannya. paling tidak cubalah mendengar luahan ceritanya. pasti kamu akan kenal sifatnya. pasti kamu akan tahu tahap kesabarannya, pasti kamu akan dapat menilai akrabnya ikatan itu dan sudah semestinya kamu akan dapat membezakan baik dan buruknya".

Saya seorang yang senang untuk dijadikan kawan. tetapi amat sukar untuk percaya pada kawan. saya seorang yang sayang akan persahabatan. tetapi mudah kecewa andai tidak dihargai. saya seorang yang senang untuk menghormati orang. tetapi amat susah menerima mereka yg tidak berperikemanusiaan. saya seorang yang senang melupakan sesuatu yang menyakitkan tapi amat susah menghilangkan parut dihati. saya seorang yang jujur bercerita tapi begitu susah mengenal mereka yang berpura2. saya seorang yang melatih diri berfikir positif tapi seringkali negative bila diri disalah erti. saya seorang yang senang dipergunakan dan tidak pernah cuba menolak kerana erti sebuah PERSAHABATAN itu suatu yang begitu bernilai untuk saya simpan.

merah warna epal belum tentu manis rasanya..
senyap si buaya bukan bermakna dia penakut..
tumpul mata pisau belum tentu tidak sakit jika ditikam..

senyum yg manis juga punya bnyak makna..
jelingan kamu itu buat saya tak selesa..
hati saya kacau penuh sebak dalam dada..

bila fikirkan kamu seorang kawan bukan teman..
ujian itu semua tidak perlu saya layan..
kerna saya tahu masih ramai lagi teman..
tidak hanya kamu seorang untuk  jadi simpan..
Nota Conteng: kekadang menjadi seseorang yang tidak dikenali itu memberi banyak peluang untuk saya menyendiri tanpa diganggu sesuatu yang tidak elok.. saya bukan RetiS k..

Thursday, November 24, 2011

Cinta buat saya tahu segalanya

Assalamualaikum...

••Sαyα tαk bαgus dαlαm [ENGLISH] ,
Tapi sαyα boleh bαgitαhu yαng [I LOVE YOU] ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [GEOGRAFI] ,
Tαpi sαyα boleh tαhu αwαk tinggαl dαlαm [HATI] sαyα ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [SEJARAH] ,
... ... ... Tαpi sαyα [INGAT FIRST TIME] sαye kenαl αwαk ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [KIMIA] ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu [TINDAK BALAS] sαyα bilα αwαk senyum ..
••Sαyα [TIDAK HEBAT] dαlαm tiαp-2 subjek ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu αwαk yαng sαyα hebαt dαlαm semuα [SUBJEK] ,
jikα TOPIC nyer iαlαh AWAK ♥♥
 *kata-kata di cilok dr FB Saya,Dengan Rasminya Mengisytiharkan Saya Menyukai Komen Anda~~
Nota Conteng: mahu belajar mencintai dan dicinta..

Tuesday, November 15, 2011

Hidup masih jauh

Assalamualaikum...
Hidup masih jauh.. haruslah pandang kehadapan, tetapi jangan pula tidak menoleh kebelakang.. Mungkin yang dibelakang itu boleh membantu kita menuju jalan hadapan dengan lebih elok..
saya berkata pada HATI sabarlah dengan kerenah dunia,
saya memohon pada JIWA tabah dengan setiap ujian,
pinta saya pada MINDA redhalah dengan masalah yg datang,
mohon maaf saya pada diri tentang semua yang terjadi...
biar aku menjadi diriku..
biar aku menyepi sendiri..
biar aku dengan duniaku..
xperlu kamu tahu..
jika ia menjadi aib mereka...
biar aku saja yang tahu..

Nota Conteng :  tak perlu sibuk bercerita kerana orang pun sudah pandai menilai~~~

pelangi selepas hujan

Assalamualaikum...


alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan hari ini setelah berduka beberapa hari yang lalu.. semoga sesuatu yang tidak elok itu jauh dari hidup saya, tetapi andainya itu suatu ujian yang memberi kebaikan dan mengigatkan saya kearah yang lebih bagus.. saya redha.. insyallah semua akan baik..
Syukur pada yang Esa, saya dianugerahkan keluarga yang betul2 menyokong apa yang baik saya lakukan & menegur apa yang salah.. tidak pernah lupa mengingatkan saya tanggungjawab sebagai insan istimewa dirumah ciptaanNYA.. juga selalu menasihati setiap tingkah laku & diajar dengan adab2 yang baik sehinggakan saya bangga menjadi salah satu dari mereka..

setiap perkara yang baik dari saya adalah didikan keluarga terutama ummi & abah, dan setiap yang buruk itu adalah dari saya sendiri.. andai kamu marahkan seseorang jangan sesekali melibatkan keluarga mereka..
Nota Conteng: Sayang ummi~~~
 
 

Monday, November 14, 2011

minggu berhati duka..:-p

Assalamualaikum...

sebelum anda menilai seseorang dengan menggunakan akal yang di pengaruhi emosi lebih baik duduk dan menarik nafas.. seseorang yang berkelakuan menyakitkan hati anda mungkin tidak pernah fikir akan situasi yang terjadi.. jgn sesekali mencuba kerna dia bakal berlaku pada anda juga.. saya syukur kerana kesabaran saya masih baik.. semoga emosi ini berkurangan dan menjadi lebih baik~~~ nasihat buat saya--> bukan KAMU yang baik hati..



jangan kamu ketawa riang atas kesedihan orang, pasti suatu hari nanti kamu akan turut merasa perasaan itu.. kamu mungkin meraikan kemenangan atas kedukaan orang tetapi ingatlah setiap doa mereka yang berduka itu amat 'berbahaya'..saya sangat-sangat bersyukur ditemui orang seperti kamu, kerna saya akan berwaspada dgn setiap apa yang saya tuturkan.. berhati-hati dgn setiap perbuatan yg saya lakukan.. semoga tidak akan ada yang merasa perasaan hiba ini.. TERIMA KASIH buat kamu~~~

berkata2 lah didepan cermin.. andai ia menyakitkan, maka tahulah kamu apa rasanya~~~


Nota Conteng: JAUH!!! JAUH!! sila JAUH kamu dari saya... TQ

Saturday, November 12, 2011

Assalamaualaikum...
aku berbisik pada malam tika hati berduka, 
aku bertasbih pd DIA tika jiwa gelisah,
 aku termenung pada masa yang pantas berlalu, 
lantas keluhan ini terbit jua~~~

Nota Conteng:- Saya kirimkan salam R.I.N.D.U buat kamu

Friday, October 7, 2011

Senyum belum tentu membantu hati kamu menjadi lapang

Assalamualaikum...


Cerita saya pada minggu ini banyak berkisar tentang perasaan yang sedih-kecewa-pilu. Hari-hari yang dilalui penuh dengan pelbagai perasaan. Diri ini cuba untuk menjadi segagah mungkin, minda yang mengharapkan kekebalan dalam menentang segala yang tidak mahu saya ingatkan. hati yang terasa begitu pedih seakan saya telah menambah dot-dot- hitam ke atasnya.

Ini bukanlah minggu yang sesuai untuk saya menjadi lantang. Ini bukan minggu yang elok untuk saya bergosip nakal. Ini juga bukan minggu yang bagus untuk saya berbangga diri. Kerana saya ingin sentiasa mengingatkan diri agar cuba menjaga hati supaya hitam jangan sesekali makin pekat. Agar mulut jangan terlalu senang bercerita. Supaya telinga sentiasa berlagu dengan zikir Allah. Mendoakan lidah ini kelu tanpa suara & ayat berbisa. Agar hormat saya makin baik. Agar malu saya makin menebal.

Jenjalan di FB semalam, saya tertarik dengan kata2 ini. terasa seperti betapa jahatnya saya minggu lalu. Emosi telah membantu syaitan untuk menambahkan lagi pekat hitam hati ini. kata2 itu juga menyedarkan saya betapa setiap apa yang saya bersabar sebelum ini mungkin akan sia2 walaupun hanya beberapa kata yang kurang enak keluar dari mulut ini. Semoga nasihat dibawah dapat saya ingat kerana ujian Allah sentiasa ada untuk memberi peluang kepada saya 'mengumpul + menambah saham dunia supaya boleh dilaburkan di akhirat sana'.. InsyaAllah.
  • kamu mengkritik dan menghina mereka yang berpakaian ketat, baju sendat dan tidak menutup aurat. Namun setelah beberapa ketika, kamu turut berpakaian seperti mereka.
  • Kamu menyampah melihat pasangan yang couple. Namun setelah beberapa ketika, kamu turut menjadi seperti mereka.
  • Kamu memandang sinis kepada mereka yang menukar tudung dari tudung labuh kepada tudung singkat. Namun setelah beberapa ketika, kamu turut menjadi seperti mereka.
  •  Dan tidak Allah biarkan kata2 kritikan, hinaan, dan cacian yang keluar dari mulutmu itu tanpa diuji semula keatas kamu.
p/s: adalah lebih baik kamu berdoa semoga dia diberi hidayah dari mengutuk dan menghina dalam diam...(^^,)..from Bidadari Besi's FB wall
Nota Conteng: Saya mengelak dari menegur mereka berkali2 andai malu sudah tiada dalam diri. Saya mendoakan iman saya teguh saat menjadi insan istimewa untuk menghadapi ujianNYA.

Thursday, September 22, 2011

sedih & kecewa tp saya redha

Assalamualaikum...
haTi xSelalunyE (er!a, 
j!wa xseLalunyE tenang, 
Hidup x $elaluNye !ndah, 
diRi x$elalunYe canTik &
duNia xseLalunYe amaN...
 Nota Conteng: mood sedih & kecewa

Sunday, August 14, 2011

Siapa bilang gadis melayu tak menawan?

 Assalamualaikum..
 abah bilang masuk rumah bagi salam..

ummi bilang makan nasi pelan-pelan..

doktor bilang makan vitamin kulit cantik..

cikgu bilang mesti rajin cari ilmu..

kak tini bilang ujung bulan duit melayang..

abe kim bilang cari suami biar beriman..

kak yah bilang kemas umah jgn bising..

aina bilang solat jgn hilang2..

kakak bilang mst sedap2..

sape bilang "gadis melayu x menawan'~~~

Thursday, August 11, 2011

syukurlah dengan apa yang ada

Assalamualaikum...
 HAYATILAH...
w/pun kite sudah punya harta, w/pun kite miskin xberharta, w/pun kite masih muda atau kite sudah tua, w/pun kite sudah pandai berkata2, w/pun kite masih merangkak, w/pun kite baru belajar berlari..
w/pun kite sibuk mengejar dunia, jgn dilupa bekal untuk keSANA.. sesungguhnya w/pun hanya yang ini diharap ia dapat membantu kite mencari yang lain lagi.. INSYA ALLAH~~~

Tuesday, August 9, 2011

Warna-warni cinta saya

 Assalamualaikum..
warna-warni cinta saya
indahnya hidup andai diri dihargai..
indahnya hidup andai hati dicintai..
indahnya hidup andai aku disayangi..
indahnya hidup andai selalu dirindui..
indahnya hidup andai dia ku miliki~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...