Showing posts with label Rasa Ini. Show all posts
Showing posts with label Rasa Ini. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Labbaikallah

Assalamualaikum...

Teringin nak gi sana. Saya mendoakan saya boleh g sana. Bawa ummi. Dulu da azam nak bawak ummi oct 2012 tp sbb saya xcukup wang simpanan so, melepasla peluang dia... Sekarang lagi la susah sbb saya dah xkerja.. huhuhu..

Tengah layan Labbaikallah kat TV alHijrah..

"Ummi jual gele mok wat besar tu. wak nok wi ko Dah. Nok??"
"nok wat gapo?"

"daftar g haji la.."

"xyoh ar..skali ngan ummi ko?" 

"ummi gi doh xpo la.."

"xyoh la.. ingat nak bayar PTPTN dulu"

"hrmm.. bayar ute dulu baru molek"

Dari semalam lagi dok bincang pasal ni.. siap pikir lagi simpanan anak2 kena ada setiap bulan.. hahaha

Nota Conteng: Siap la korang semua.. Ummi & Dah da siap kira setiap bulan berapa korang kena simpan.. hahaha 

Saturday, January 19, 2013

Penyimpan cerita TERBAIK kita

Assalamualaikum...


semalam jiwa saya terluka. pedih dan pilu. rasa ni dah lama saya pendam. susah jika seseorang yang kita percaya. seseorang yang kita kenal dan sayang mengecewakan kita walaupun dengan tindakan yang biasa atau perkataan yang simple.

tadi pagi terluah apa yang dipendam. saya bercerita pada ummi tercinta. nasihat yang selalu memberi semangat buat saya. walaupun satu perkataan yg biasa didengar. "Dah boleh cerita kat ummi je kalau da masalah atau terasa ngan sapa2.. ummi boleh dengar dan ummi boleh faham"

ayat yang buat saya terharu. bukan tak pernah dia cakap tapi saya yang terlalu ego dan tak suka membebankan dia dengan masalah yang dihadapi. cukup saya pulang ke kampung menemani ummi ketika tidur..

Nota Conteng: Berceritalah pada ibu kerna mereka adalah penyimpan rahsia TERBAIK kita..

Thursday, December 27, 2012

aku adalah AKU

Assalamualaikum...
Mulut bising cam nyamuk
Sehari dua ni saya sering terfikir, kenapa penyakit Malas makin melanda dalam diri.. mulut bising je cakap nak buat itu, nak buat ini, nak g situ, nak g sini tapi haram 1 pun xmenjadi.. Hish!!! risau betul la... Kalau makin di layan makin menjadi kot.

Sama la juga bila rasa nak berubah jadi baik. "Jelesnye kat Diana Amir. Untungnya kak Irma Hasmie. Bagusnya Raja Farah. Dorang dapat hidayah jadi makin baik" hati selalu cakap camtu. Bila la time kita...

Tapi bila difikir balik, kenapa saya rasa saya akan berubah bila dapat hidayah?

Bila dapat hidayah saya akan makin baik? atau makin buruk?

Bila dah da hidayah semangat jadi kuat?

Bila hidayah nak datang?

Kat mana?

Macam mana?

saya fikir kalau saya dapat hidayah macam diorang mst best. Lelama saya fikir, saya tunggu & saya give up.

Kenapa saya nak tunggu 'hidayah' baru nak berubah?

Kenapa perlu dpt hidayah baru boleh berubah? kenapa?

Lalu saya sedar, bukan semua orang berubah bila dia dapat hidayah. 'Hidayah tak perlu saya tunggu. Tapi niat dan kehendak yang lebih utama... Insyallah~~~


Nota Conteng: Mulut memang senang untuk berjanji tp amat liat untuk melaksanakanya...


Wednesday, December 26, 2012

Kutiau ku ke singki..

Assalamualaikum...

Hujung tahun ni macam-macam kisah banjir kita boleh dengar. Tapi saya bukan nak story pasal banjir k. Ini adalah kisah kehampaan yang terjadi pada diri saya. 0keh!! Kalau time hujan tak nak Berenti ni la perut sentiasa berkeroncong. So, berbekalkan ingatan kutiau aka kiew tiau yang tak digunakan kat dapur, bersemangat saya nak memasak. Hari ni plug suiz lampu dapur meletop tak tau pasal ape, so masak pakai torchlight tepon cap ayam je.. janji masak..

Bawang putih, bawang merah, cili siap dipotong. Kutiau dah direndam dan dicuci. Panaskan kuali. minyak masak dah masuk, kacau senduk ala-ala PRO chep. Tumis bahan tadi. Garam. Air. Kicap masin-manis. Tabur serbuk lada hitam-lada putih. +sayur goreng yang dah ade. kacau agak-agak sebati, then rasa. Campak kutiau pastu goncang kuali ala-ala chef ismail. 

Last skali taruk telur kasi nampak cam Char Kiew Tiau xda seafood.. hahaha... Prang! sebijik.. x cukup ni.. prang!! dua bijik.. cantik susun kiri-kanan telur tu.. Prang!!! tak sempat nak tuang kat tengah2 dah jatuh kat dalam kuali.. abis sebijik laju masuk dalam kuali.. Pejam-celik-pejam-celik intai kulit telur. da benda itam dalam kulit tu.. saya hidu, ada bau busuk. Sah!!! telur sejuk+busuk...

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! abis kutiau tu.. hampa keciwa dan sensara rasanya sebab dah lame xmasak kutiau tetiba jadi camni.. huhuhuhu... baik je susunan tadi.. tunggu kejap je nak angkat dalam mangkuk.. Adoi! mmg xberjodoh la perut ngan kutiau malam ni.. Maaf ye perut, lain masa kasi ketemu.. Putus harapan dgn kutiau tadi terus masak nasi goreng belacan...moral of the story -pecahkan telur dalam mangkuk dulu before taruk dalam kuali- hurm~~~


Nota Conteng: Orang tamak selalu rugi.. Padahal dua biji telur pun dah cukup~~~

Monday, May 14, 2012

selamat hari lahir buat kamu, AINA

Assalamualaikum..

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Quratu Aina..
Allah selamatkan kamu..

Happy birthday to y0u..
happY biRthday t0 yoU..
hapPy birtHday to Aina..
HaPpy BirthDay to y0oouu...


Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 24 tahun buat adik saya Quratu Aina.. Kami mendoakan yang terbaik buat kamu~~



Nota Conteng: Sori tak leh balik ari tu sbb kerje & wish lambat sbb buzy, bukan lupe yer~~

pulang dari cuti yang panjang

Assalamualaikum...


hihihi..
terkejut tgk pic tu, saya bayangkan macam itu lah muka saya tadi. Bila saya cuba login blog ni tetiba dia suruh sign in'. eh eh! dah luput ke blog saya sampai xleh. Bila check balik rupenye email lain. haha.. terkezut eden~~

okeh! dah on. Tetiba xkeluar la plak, dia jd profile lain.. ish3.. lame xusik sampai lupa terus nk guna, akhirnya terhasil jugak la utk menc0nteng hari ni..

dah lame tak cerita kat sini kan.. sepanjang 'rehat' ni banyak story & peristiwa yang berlaku.. sentiasa xda mo0d & masa nk update je sbb bz setelkan hal lain..

buat smua bloger yang saya ikuti, JAGA-JAGA!!! anda mungkin akan diganggu oleh komen saya..

Nota Conteng:- klo la kite cakap & keyboard type sendiri kan best!!!


Tuesday, January 3, 2012

Saya dirisik

Assalamualaikum..

Semalam saya dapat panggilan telefon dari seseorang ketika saya sedang sibuk melayan Hero kesayangan saya menangis. Keadaan yang bising dan binggit tu buat saya hilang fokus pada apa yang saya dengar di lubang telinga.

Yang saya sempat tangkap di cakap " nak confirm kan aje, nanti hubungi lagi"... Owh.. OK.

tadi dapat panggilan telefon dari nomber yang sama. Ok, saya kelam kabut pada hari pertama daftar diri ditempat kerja yang sama, siapkan kerja yang perlu dan siap sedia untuk beli tiket balik ke Kelantan.

Alhamdulillah.. semua lancar dan dipermudahkan oleh NYA..
Saya dirisik oleh KIST, Kuala Berang..

Nota Conteng: Saya percaya setiap yang berlaku adalah Qada & Qadar Nya, saya pasrah dengan apa yang saya lalui & saya redha dengan apa yang terjadi kerana semua itu pasti yang terbaik dariNYA buat saya..

Wednesday, December 28, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #15

Assalamualaikum..


Nota Conteng: Saya 'bertopeng' ini hari. Maaf pada yang sudah ter'kena'

Thursday, December 22, 2011

Saya bukan si kuning bersegi empat

 Assalamualaikum..
klu sy jd sQuidWard, saya akn buli awk slalu..
Jika ditakdirkaN sy jD MR.crAb, sy akn KikiS smUa harTa awk..
& bLe sy jd PatrIck, sy Akn sLalu buat awk teNsion..
tp sy xNk jd sQuidWard, Mr.crAb & paTrick..
krN sy nak jd SPONGEBOB yg slaLu seTia & sayang pd saHabaTnye...

Saturday, December 3, 2011

aku tidak meminta seseorang yang sempurna

 Assalamualaikum....
Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku tidak meminta padaMu seorang yang sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar  segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…
Sumber: akuislam

 Nota Conteng: dah diubah sedikit oleh saya..


Wednesday, November 30, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #12

Assalamualaikum...

dia senyum dan saya tersenyum.. buatkan hari saya indah~~~ TQ

a thousand of flower in my heart

the color of my life

3 words from me: I LIKE YOU


Nota Conteng: Mata kaku saat kamu tersenyum....

Friday, November 25, 2011

Pasang telinga 2#- Aku maafkan kamu

Assalamualaikum....

hari jumaat saya kasi kamu dengar lagu ini..

 Nota Conteng: Lagu ini buat kamu.. Aku maafkan kamu. jangan risau kerna kamu 'kawan' saya

merah epal belum tentu manis rasanya

Assalamualaikum...



saya tak nak guna ayat ini "don't judge books by it's cover" amat senang untuk orang faham. saya bukan seorang yang romantik untuk meluahkan ayat yang puitis tapi saya seorang yang suka fikir benda yang unik2.. hihihi.. biar ayat berbelit2 janji, hanya saya yang faham. kalau ramai yang faham nanti akan menyebabkan cerita yang saya coretkan disini akan diketahui ramai.. Tetapi, andai yang membaca faham, diharap ianya memberi sesuatu yang baik buat diri anda & boleh diguna pakai untuk menjadi seseorang yang lebih bagus, seperti yang saya selalu buat. Bukan senang nak jadi JAHAT tetapi amat susah menjadi seseorang yang BAIK.

Ummi saya selalu beli apple hijau. baik untuk kesihatan katanya. bukan tak suka apple merah tapi ia lebih banyak mengecewakan dari apple hijau. bila pilih apple merah mesti nk cari yang cantik, berkilat, merah menyala-nyala, kiut-miut dll. tapi bila makan, rasa dia tak seperti yang kita harapkan. Dan, kadangkala epal yang tidak merah menyala-nyala & kiut-miut itu lebih rangut & manis rasanya. Dah faham pasal apa cerita saya hari ini? YES!!! pasal apple merah...(>__<)

sudah berkali2 saya tegaskan pada diri, bila pandang MESTI penuh hormat. Pandang orang jangan lupa senyum, jangan jeling atau buat MUKA. itu apa yang saya sudah saya berjaya amal dari dulu sehingga sekarang, dan alhamdulillah saya berjaya dengan pujian yang saya terima. Setiap apa yang saya amalkan saya sentiasa mengharapkan balasan yang sama. Bukan meminta tapi berharap. "Anda akan dapat seperti apa yang anda lakukan". Jika saya telah lakukan sesuatu yang buruk, saya pasti akan terima balasan yang sama. tp andai saya melakukan sesuatu yang elok, pasti balasan yg baik akan saya dapat. samada orang/benda/masa/perkara yang sama atau tidak itu bergantung padaNYA.

Jangan anda menilai seseorang kerana dirinya dari mulut orang atau pandangan luarannya padahal kamu tidak pernah untuk mencuba membuat penilaian melalui ukhuwah yang betul. "tak kenal maka tak cinta". Kawan rapat saya pernah berkata. bunyi agak rumit tapi saya fahamkan sebegini "jangan cakap kita kenal seseorang sahabat itu hanya kerana dia sahabat. cubalah tinggal sebilik dengannya. cubalah tidur sekatil dengannya. paling tidak cubalah mendengar luahan ceritanya. pasti kamu akan kenal sifatnya. pasti kamu akan tahu tahap kesabarannya, pasti kamu akan dapat menilai akrabnya ikatan itu dan sudah semestinya kamu akan dapat membezakan baik dan buruknya".

Saya seorang yang senang untuk dijadikan kawan. tetapi amat sukar untuk percaya pada kawan. saya seorang yang sayang akan persahabatan. tetapi mudah kecewa andai tidak dihargai. saya seorang yang senang untuk menghormati orang. tetapi amat susah menerima mereka yg tidak berperikemanusiaan. saya seorang yang senang melupakan sesuatu yang menyakitkan tapi amat susah menghilangkan parut dihati. saya seorang yang jujur bercerita tapi begitu susah mengenal mereka yang berpura2. saya seorang yang melatih diri berfikir positif tapi seringkali negative bila diri disalah erti. saya seorang yang senang dipergunakan dan tidak pernah cuba menolak kerana erti sebuah PERSAHABATAN itu suatu yang begitu bernilai untuk saya simpan.

merah warna epal belum tentu manis rasanya..
senyap si buaya bukan bermakna dia penakut..
tumpul mata pisau belum tentu tidak sakit jika ditikam..

senyum yg manis juga punya bnyak makna..
jelingan kamu itu buat saya tak selesa..
hati saya kacau penuh sebak dalam dada..

bila fikirkan kamu seorang kawan bukan teman..
ujian itu semua tidak perlu saya layan..
kerna saya tahu masih ramai lagi teman..
tidak hanya kamu seorang untuk  jadi simpan..
Nota Conteng: kekadang menjadi seseorang yang tidak dikenali itu memberi banyak peluang untuk saya menyendiri tanpa diganggu sesuatu yang tidak elok.. saya bukan RetiS k..

Monday, November 21, 2011

Sahabat manakan anda?

 Assalamualaikum..
 Apakah ciri2 sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
... ...
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan [bantuan] daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

# Jika engkau berdiam diri [kerana malu hendak meminta], dia akan menanyakan kesusahan kamu.

# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan..          
Nota Conteng: begitu senang menjadi kawan tapi amat susah menjadi sahabat

Tuesday, November 15, 2011

Hidup masih jauh

Assalamualaikum...
Hidup masih jauh.. haruslah pandang kehadapan, tetapi jangan pula tidak menoleh kebelakang.. Mungkin yang dibelakang itu boleh membantu kita menuju jalan hadapan dengan lebih elok..
saya berkata pada HATI sabarlah dengan kerenah dunia,
saya memohon pada JIWA tabah dengan setiap ujian,
pinta saya pada MINDA redhalah dengan masalah yg datang,
mohon maaf saya pada diri tentang semua yang terjadi...
biar aku menjadi diriku..
biar aku menyepi sendiri..
biar aku dengan duniaku..
xperlu kamu tahu..
jika ia menjadi aib mereka...
biar aku saja yang tahu..

Nota Conteng :  tak perlu sibuk bercerita kerana orang pun sudah pandai menilai~~~

pelangi selepas hujan

Assalamualaikum...


alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan hari ini setelah berduka beberapa hari yang lalu.. semoga sesuatu yang tidak elok itu jauh dari hidup saya, tetapi andainya itu suatu ujian yang memberi kebaikan dan mengigatkan saya kearah yang lebih bagus.. saya redha.. insyallah semua akan baik..
Syukur pada yang Esa, saya dianugerahkan keluarga yang betul2 menyokong apa yang baik saya lakukan & menegur apa yang salah.. tidak pernah lupa mengingatkan saya tanggungjawab sebagai insan istimewa dirumah ciptaanNYA.. juga selalu menasihati setiap tingkah laku & diajar dengan adab2 yang baik sehinggakan saya bangga menjadi salah satu dari mereka..

setiap perkara yang baik dari saya adalah didikan keluarga terutama ummi & abah, dan setiap yang buruk itu adalah dari saya sendiri.. andai kamu marahkan seseorang jangan sesekali melibatkan keluarga mereka..
Nota Conteng: Sayang ummi~~~
 
 

Monday, November 14, 2011

minggu berhati duka..:-p

Assalamualaikum...

sebelum anda menilai seseorang dengan menggunakan akal yang di pengaruhi emosi lebih baik duduk dan menarik nafas.. seseorang yang berkelakuan menyakitkan hati anda mungkin tidak pernah fikir akan situasi yang terjadi.. jgn sesekali mencuba kerna dia bakal berlaku pada anda juga.. saya syukur kerana kesabaran saya masih baik.. semoga emosi ini berkurangan dan menjadi lebih baik~~~ nasihat buat saya--> bukan KAMU yang baik hati..



jangan kamu ketawa riang atas kesedihan orang, pasti suatu hari nanti kamu akan turut merasa perasaan itu.. kamu mungkin meraikan kemenangan atas kedukaan orang tetapi ingatlah setiap doa mereka yang berduka itu amat 'berbahaya'..saya sangat-sangat bersyukur ditemui orang seperti kamu, kerna saya akan berwaspada dgn setiap apa yang saya tuturkan.. berhati-hati dgn setiap perbuatan yg saya lakukan.. semoga tidak akan ada yang merasa perasaan hiba ini.. TERIMA KASIH buat kamu~~~

berkata2 lah didepan cermin.. andai ia menyakitkan, maka tahulah kamu apa rasanya~~~


Nota Conteng: JAUH!!! JAUH!! sila JAUH kamu dari saya... TQ

Saya insan berhati kecil

Assalamualaikum...
 kecil tak hati saya? hihihi.. itu pic yang di curi dari makcik google.. minggu ni terasa cepat sangat sedih. setiap keputusan mesti nk kena pikir sampai tak tahu apa jalan terbaik. Bak kata cikgu Rahimah dulu-dulu "diluah mati mak, ditelan mati bapak".. okeh! cerita dibawah adalah luahan hati ok.. klo nk marah or sedih or hepi, begini la caranya.. meluah sehingga lega..
bila dah makin ramai kenal org, banyak la ragamnya. bila dah jauh dari rumah sendiri, kena la pandai2 jaga diri. Nanti risau family kat sana. Bila dah keluar dari negeri sendiri, kena lah jaga nama & maruah diri, jangan sampai terpalit kat semua orang negeri.. Semua orang nk jadi baik, tapi bukan semua yang baik itu kita akan nampak dia memang-memang baik sangat la. NO!! pasti korang akan nampak jahat dia.. dan bila org yang baik & kita hormat tetiba buat salah.. contohnya: pakai tudung alim gila tp bila marah semua ayat menyakitkan hati keluar kat mulut dia. mesti korang akan salahkan dia sampai tak boleh nak maaf langsung la.. atau ader jugak orang yang nak maaf tapi ambil masa--> cam saya
dan bukan semua minta dia jadi tak baik. tapi kadang2 dia buat sesuatu dgn niat yang baik tp terpaksa jadi jahat untuk menjadikan situasi tegang beransur hilang. contohnya: saya nak ajar seseorang yg 'selfish' sedar apa yang dia buat tu menyebabkan saya terasa. saya tegur cara baik, xda respon. so saya try jadi kurang ajar walaupun terpaksa sbb saya rasa itu cara yang terbaik w/pun saya rasa serba salah.
hurm.. rupa2nya apa yang kita cuba buat tak seperti yang kita harapkan.. menjadi seseorang yang tidak baik buat seketika telah di salah anggap oleh mereka. sesuatu yang rasakan akan menjadi bertambah baik pasti bertambah buruk. apa yang saya rasa boleh lakukan adalah berdoa agar hati saya berbunga dengan perkara lain dan ingatan2 yang memenatkan saya akan hilang dicuri angin lalu..
Saya hargai pada siapa yang sayang saya,
saya gembira bila ada yang menemani,
saya selesa jika kamu ketawa mendengar cerita saya,
tapi sayang akan sedih jika kamu tanya masalah saya..
Saat ini saya mengharapkan mereka2 yang boleh hidup tanpa kawan & tidak pandai menghargai nilai seorang sahabat boleh pergi jauh dari hati saya kerana bagi saya seorang sahabat adalah peneman terbaik dalm hidup selepas Family..
Nota Conteng: Mohon tuhan dekatkan dengan mereka yang memberi ketenangan hidup buat saya

Saturday, November 12, 2011

Assalamaualaikum...
aku berbisik pada malam tika hati berduka, 
aku bertasbih pd DIA tika jiwa gelisah,
 aku termenung pada masa yang pantas berlalu, 
lantas keluhan ini terbit jua~~~

Nota Conteng:- Saya kirimkan salam R.I.N.D.U buat kamu

Friday, November 11, 2011

WalimatulUrus yang palsu

Assalamualaikum....
BUKAN saya punyer

Cincin diatas BUKAN saya yang punya.. Lagi sekali ditaip, BUKAN saya yang punya.. hihihi...
untuk maklumat, keadaan sekarang sangat dingin dilokasi yang selesa--> katil hotel Impian Morib sbb saya mengikuti kursus Aset.

bila on FB td, ramai yang bercerita pasal hari ini punya date.. dengan nama panjangnya sebelas-november-dua-ribu-sebelas, atau singkatkan 11-11-11.. cantik ker?? cuma 1 nomb0r sahaja dan diulang-ulang.. mungkin ada yang kawin, tunang, declare ngan pasangan, atau putus cinta kerna kononnya tarikh yang cantik.. ader jugak yang book tarikh nak bersalin hari ni jugak.. Fuhh!!! TAHNIAH pada semua yang meraikan hari ini..

yang pasti x-hosmate saya operated tadi sbb da komplikasi (bukan kes peram anak sbb nk tggu 11-11-11 yer) & dia 1st time jadi ibu, pada 11-11-11 jam 10 pagi.. TAHNIAH yer nor.. semoga baby girl & ibu sihat walafiat & menjadi muslimah yang bagus..

ape motif title & n3 ni yer??? hahaha sebenarnya saya sesaje je nk bagi tahu saya nak book tarikh kawin untuk tahun depan... sepuluh-november-dua/ribu/duabelas... 10-11-12 hari sabtu.. INSYALLAH..
 jemput datang yer... maklumat terkini akan diberitahu dari semasa & semasa... (pasangan belum tahu lagi..)

Nota Conteng: cepat masa berlalu.. niat baik selalu tertunda, moga dapat ditunaikan dalam masa terdekat atau 2 thn lg.. InsyaAllah~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...