Thursday, May 6, 2010

Kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..

sori.. mesti korg tertny2 psl citer yg aku kena TINGGAL kan ummi n jadi suri rumah sepenuh mase.. story tu aku nk kumpul sampai ummi blik.. so, aku share dulu story yg aku dpt dr member aku melalui email (4wrd msg) same2 la kite hayati k...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... . "Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. note: jom nangis sama2 jom... uwaaaaaaaaaa.....=P Sapa buat citer nie, jahat tau.. tak sukaaaaaaa... sedih sangat... sreetttt sretttt lap hingus, huhu~

Wednesday, May 5, 2010

aku ader AQUARIUM...

nampak x?? nampak x?? kat atas tu ader 5 ekor ikan... hahaha.. suke nyer ati aku.. akhirnye dapat gak aku bela ikan ni yg xyah aku cuci air dia n xperlu aku berlari2 anak mencari makanan tok dorang.. just klik.. klik.. n klik... d0rg pasti akan ngap..ngap..ngap... huhuhu... gumbira ati ku... sori menyibuk pasal ikan jap kat sini... sebenarnye aku tgh kumpul info nk tulis kat sini then br aku nk campak kat blog.. so, sabar k.. haaa lupe lak, layout kaler dah lain kan?? dah xder pink lagi.. coz aku nk tukar background br tp xpandai... yg ni je dpt... ok la dr xbertukar2... dah terer nanti mst superb kn?? ikan2 tu aku br je bela 10 minit yg lepas.. belum pk name ape.. okeh now kiter bg dia name k... 1-orange---> sofi 2-merah---> manja 3-biru-----> lucy 4-green---> debab 5-yellow--> min ho nw aku tgh pk.. adakah anak2 belaan aku ni akan mati klo xkasi makan ari2.. atau akan jadi gemuk klo terlebih makan lak??? hihihiihi... aku nk testing la... kiter jgn kasi makan 3 ari.. ape akan jadi.. hahahaha... skung aku br perasan min ho tu ikan jantan.. n yg lain betina.. adakah dorg akn kasi aku anak ikan yg baru atau aku perlu cari ikan yg baru... ape2 pun kiter same2 nanti kan yer... just WAIT & SEE....

Saturday, May 1, 2010

End of ApriL

pejam celik, pejam celik, dah abis april bg thun 2010.. kejap je mase berlalu.. seperti detik jam kat umah ni cepat sgt coz dah xterdengar bunyi jarum tu... 1st april ari tu aku xsdar pun coz bz lepak2 dlm FB n t0nt0n muvie kegemaran aku.. ape lg.. coter korea la, xtau2 lagi... aku xsedar 1st april myb aku xdikenakan 'APRIL FO0L' oleh sesiape, myb juga sebab 1st april ari tu aku xkenakn org.. hahahaha.. klo x, mst dah kena kn?? n time tu aku tgh focus nk wish besday kak tiniey (2nd april).. dan disebabkan terlampau bz kat komPuteR ni sampai besday member pun terwish awal n da yg terbabas sampai lupe nk wish... pd yg terbabas wish besday tu sori k.. ape2 pun epi beleted besday... END of ApriL yg menyedihkan aku.. huhuhu.. KAMI ditinggalkan kat umah tp ummi n aina dgn hepinyer terbang ke KL.. oleh itu segala kerja rumah aku yg kena wat.. dari basuh baju ke jemur baju, lipat baju n susun baju smua la aku.. yg lagi menyedihkan tok 30 april ni, time jemur baju kaki aku kena paku... huaaa.. bab2 mengemas umah lak yg aku kureng suke coz kena sapu, kemas, n smua2 nye la.. klo takat bilik bleh la ni dah 1umah... adoii.. aku ni spisis xleh tgk bnd sepah2 mula la nk jual 'goreng pisang'.. klo bab2 basuh pinggan tu aku leh trima coz main air.. hihihihi.. lagi 1 yg parah dlm kerja aku ari2.. nk tau gak?? jgn gelak.. hua3 Co0kinG.. aku mengaku aku memang suke masak (pengakuan jujur n ikhlas, xtipu2 k) n gemar kerja2 dapur n dok kat dapur untuk Makan makan & MAKAN.. tp yg mnjadi masalhnyer aku xpandai masak... jgn terkejut coz suke masak n pandai masak adalah berbeza.. klo nk isi kat perut sendiri bleh la.. ni nk isi perut org lain yg sadis ni.. yg aku tensen n +2 tensen bila aku nk masak n semangat tu datang menderu2 tnpa dpat aku halang lagi, ader lak yg wat hal.. kacau betul la trus resepi yg terbyang kat kpala ni terbang melayang2 bak angin sepoi2 bahasa pergi seolah2 wave kat aku.. gas.. oh! gas.. time aku elok la ko nk abis.. bila aku xnk masak ko xda lak wat hal... blum sempat nk ketuk senduk ko dah 'padam' yer.. aku nk ngomen bnyak2 pun xleh coz dah dah t/jawab... ye la dah aku je yg ader kat umah nk tol0ng.. itu la sebabnyer aku BENCI kuala lumpur... uMMi cepat blikkkkk.......... (Luahan anak yg diTINGGALkan...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...