Thursday, November 18, 2010

Hebatnya Solat Di Awal Waktu

 Assalamualaikum..

pic ni amek kat yahoo. anak sape jgn tanya..
  Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.


nota conteng:- aku share dr Ustaz Nor Amin, buat pedoman diri sendiri dan para pembaca blog ini.. (ader ker??)

Wednesday, November 17, 2010

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak | iluvislam

 Assalamualaikum

sekadar hiasan
Suami adalah seorang individu yang harus ditaati.
Suami juga yang harus dihormati.
Kami isterimu perlukan juga perhatian dan kasih sayangmu. Pamerlah. Biar cinta kita sentiasa ada.
Tips dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..
11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja. Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga. Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Thursday, November 11, 2010

Tinta buat Bicara Pedusi

Assalamualaikum...
entry kali ini bukan berkaitan dengan dia atau kamu. Tapi entry tentang keinginan saya untuk memiliki sebuah Novel Islam yang berada di pasaran. buka Alaf 21. Bukan juga NB berhad. Bukan Karangkraf. Bukan. Bukan & Bukan. Tapi Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Saya xkan jumpe di MPH bookstore. Saya pasti kecewa jika cari di Popular atau PSI atau MO atau mana bookstore kat Malaysia. Tapi buku ini hanya ada pada penulis novel ini iaitu Puan Insyirah dan adiknya juga di Kota Mesir. kalau nk beli saya terpaksa terbang ke Mesir. itu xmungkin buat masa sekarang. kalau nak pinjam dengan adik dia, sangat tidak malu sopan saya ni. cara terakhir saya terpaksa menyertai contest untuk berlari sepantas yang mungkin melalui blog ini.

Inilah peraduan pertama saya selama saya melahirkan blog akubdkkampong. syarat utama dia bukan 'Siapa Cepat Dia DAPAT!!'. harap masih berpeluang untuk mencuba. tetapi syarat utama adalah mesti taruk pic novel itu... semestinya saya akan pamerkan. itu senang saja. dan saya harus memancing hati tuan empunya buku 'kenapa saya perlu mendapat buku ini dari Puan Insyirah'. secara jujur saya bukan seorang kaki pancing tetapi saya amat pakar dalam tawar-menawar ketika shopping. untuk memancing dengan menggunakan ayat2 yang klasik, sentimental, atau bunga2 itu amat susah dan pasti saya xdapat nk 'menggorengnya' kerna saya bukan berjiwa seni yang amat2 berseni. 
jika xdapat tidak mengapa, tapi hati bergetar mengatakan "cubalah, mane tahu rezeki kita" okeh, saya mencuba... 

Bismillahirrahmanirrahim.

tengok saja jgn usik!! cantik kn? (ini bukan ayat bodek, sila percaya)
Pena       : Wardah Syaukiyyah / Insyirah Soleha
Harga     : LE 23/RM13
Terbitan : Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Sinopsis : Bicara Pedusi / Bicara Wanita

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagiaan hanya akan dikecapi dengan menuai sabar lantas itu jalan sufi yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan cara hidup yang berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung melalui internet dapat mengubati kerinduan antara mereka dan segalanya dikongsi bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah sejati.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.

"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi. Kerana ombak juga aku tahu Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku..."

Atas kerana inilah, kisah ini menggambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah biarpun di mana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerah paling berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI.


Komentar

"Sebuah penulisan yang mempunyai teknik penyampaian yang menarik. Setiap mesej yang diketengahkan sarat dengan nasihat dan makna yang tersirat. Bagi saya ia sebuah karya yang bisa meruntun hati pembaca kerana sudah pasti kita akan tertanya apakah ini realiti kehidupan seorang pedusi. Apa yang pasti kaum Hawa juga mampu melakar sejarah sepertimana kisah lampau yang memartabatkan srikandi Islam dalam menjadi mata rantai perjuangan menegakkan kalimah Allah yang satu." - Zulhafeez Ahmad Zahidi, Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) '09


"Buku yang diberikan judul 'Bicara Pedusi' ini merupakan satu seni susunan ayat dalam mengisahkan suasana Islam yang diinginkan oleh seorang wanita dan suasana sekelilingnya. Suasana Islam yang damai dan amat bertolak ansur dalam membawa satu-satu method ajarannya. Mengajar seorang wanita khususnya, manusia amnya menilai akan keindahan Islam dalam suasana yang cuba dibicarakan oleh penulis.

Kisah yang amat menarik tidak kurang hebatnya dengan sastera-satera lain yang hebat. Saya kira susunan ayat yang mudah dan jelas oleh penulis ini akan membuatkan para pembaca lebih meminati seni dan sastera kerana keindahan Islam bukan dek kerana khayalan yang dicetuskan sebagaimana penulis-penulis cerpen yang semata-mata beralasan cinta suci." - Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010.

Komen Penulis

Alhamdulillah. Atas rahmat Ilahi yang menganugerahkan pinjaman ini kepada ana, yang memberi ilham kepada ana untuk menulis. Atas rasa dan tanggungjawab untuk memberi sesuatu untuk ummah, tidak mampu mewaqafkan kudrat fizikal di medan perjuangan maka hamparan fikrah ini dilebarkan sebagai jaringan untuk menyampaikan risalah dakwah.

Seandainya mahu menikmati penulisan yang berlandaskan hadith dan dalil Quran untuk berhujah dalam menegakkan kebenaran, buku ini BUKAN yang terbaik sebagai bahan bacaan tetapi pada yang mencintai keindahan dan nilai sastera, moga buku kecil yang dhaif ini mampu membelai perasaan dan jiwa pembaca untuk menghayati jalan sufi yang dibelai dengan keindahan sastera melayu.


Ding Dong!!! Surat Buat Puan Insyirah
 Puan Insyirah Soleha,
Contest,
Siapa Nak Buku,
Blog .::HaRuMaN MaWaR::.: 
http://niqobgirl.blogspot.com                                                                         4 Zulhijjah 1431                              

 Assalamualaikum..
kehadapan Puan Insyirah yang kini berada di atas kerusi dan membaca surat saya ini diharap sihat-sihat selalu dan bahagia menjalani kehidupan di 'Desa sementara' pinjaman dariNYA berbekalkan jiwa yang bersih, hati yang putih dan amal yang mulia. AMIN..

Tujuan utama surat ini saya utuskan untuk memberitahu tentang keinginan saya untuk menjenguk dan merasai kehalusan, kecomelan baby Ummi Insyirah. Untuk memiliki mungkin amat sukar sekali kerna ia semestinya hanya milik Ummi Insyirah tetapi saya hanya ingin meminjam segala isi hatinya untuk saya turut merasa n mewarnai hati serta jiwa saya lebih mendalam. Insyallah.


Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah.
Kerana Kulitnya. ini bukan kerana kulitnya yang lembut dipandang tetapi kerana saya ingin benar2 memegang buku itu. tertanya-tanya di fikiran adakah kulit yang cantik itu boleh saya pegang dan berharap kecantikan kulit itu diiringi dengan kehalusan kulitnya. adakah kehalusan kulit dan kecantikannya juga mempunyai hati yang lembut, tabah, kental atau jitu dalam menjalani kehidupan di perantaun. saya ingin mengenali Durrah Fatinah di bumi mesir. turut sama merasai pengalaman hidup dan cabaran sebagai pedusi islam. semoga perjalanannya boleh membuat saya tabah dan memberi nafas yang baru dalam mengenal pencipta diri ini.


Kerana Peribadinya Ummi Insyirah. saya mengenali .::HaRuMaN MaWaR::.: beberapa minggu yang lalu melalui bingkisan cerita penuh menyayat hati Saya sudah bertunang. berusaha untuk mengikuti lain2 cerita tetapi ia sudah diprivasikan. namun, alhamdulillah selang beberapa hari saya berjaya setelah pemiliknya memberi keizinan. sehingga kini masih belum smua coretan hati itu saya baca. kisah yang dipaparkan membuatkan hati sayu, terasa diri ini kerdil di mataNya, merasakan saya punya begitu banyak kelebihan tetapi tidak mensyukuri apa yang diberi. dengan melayari satu persatu bait-bait itu, tanpa sedar ada ketikanya mata kabur sehinggakan bibir mata menghadiahkan titisan keinsafan dalam diri. ia membuatkan saya ingin lebih dekat denganNYa. Moga Bicara Pedusi ini turut memberikan hadiah yang berharga buat jiwa saya yang kering, semoga ia dapat menyirami jiwa ini sehingga tumbuhnya bunga2 supaya lebih bersedia andai saya dijemputNYA. Insyallah.


Ummi Insyirah, sebelum tinta ini dilipat dan disimpan rapi, diharap ayat2 ini memuaskan hati. Dan usahlah berbelah bagi andai tinta ini tidak terpilih kerna mungkin bukan rezki saya memilikinya. Dan tahniah buat penerima bertuah itu. Jangan risau, pasti saya akan memiliki Bicara Pedusi suatu hari nanti jika ada rezki walaupun tanpa tandatangan. Inysallah. tetapi jika saya yang bertuah (nak jugak tu~~) mohon Puan Insyirah mencoretkan bait2 indah sebagai semangat saya untuk terus dan berusaha mencintaiNYA. (banyak page pun xpe.. hihihi)

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca surat ini dan mohon maaf jika ada kata yang menguris hati sesunggguhnya yang elok itu dariNYA dan yang salah itu dari hamba yang daif ini. sekali lagi maaf jika surat ini mengganggu hari2 Puan Insyirah.

Sekian.Terima Kasih. Wassalam.

PESANAN BUAT BICARA PEDUSI
kau jauh untuk aku gapai
terpaksa bersama saingan yang ramai
dari jauh ku pandang sungguh elok rupamu
tapi sayang mungkinkah kau dapat ku rasai

disini, kau hanya satu
asalmu jauh beribu batu
kerna itu aku inginkanmu
mahukah kau datang padaku

akan ku tunggu akan ku miliki
mungkin engkau pendamai hati
meneman jiwaku yang sepi
semoga engkau ada disisi

salam ikhlas dari saya,
cahaya_kebahagiaan
Contest Siapa Nak Buku,
Tinta Buat Bicara Pedusi,
http://akubdkkampong.blogspot.com

Nota Conteng:- xperlu Vote or undian SMS yer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...