Sunday, December 12, 2010

Kesyukuran Berganda-Ganda

Assalamualaikum...
bonus hari gembira

Aku gembira hari ini. Ape yang aku harapkan akhirnya aku dapat. Sesuatu yang amat bersyukur. Malah kesyukuran ini berganda2 pula  datangnya. i/view yang aku hadapi aku dapat. Bukan 1 tetapi 3. Alhamdulillah. Tapi bukan semua aku boleh terima, terpaksa memilih yang mane 1.

Masih ingat PUNB dulu. Alhamdulillah aku dapat, menunggu tempat Mentor yang sesuai. i/view ke2 di kuala lumpur juga saya perlu lapor diri pada 1 dis 2010. Alhamdulillah. i/view ke3 di Johor. Alhamdulillah aku juga diterima.

Setelah Tanya pendapat mereka yang lebih berpengalaman serta memikirkan yang terbaik buat saya, akhirnya saya telah membuat keputusan tanpa paksaan dan dengan kerelaan hati.
Semoga ia adalah pilihan terbaik yang ditentukan olehNYA buat saya. Amin 

Nota Conteng:- Pilih yang terbaik antara yang baik.

Saturday, December 11, 2010

Kesedihan Berganda

Assalamualaikum...
Salam mesra dan salam sayang dari saya. terkedu lidah ini bila nk memulakan story sebab dah lama saya tak meluahkan aper yang bermain diminda dan masalah yang berlagu dihati ini. Lama duduk 'tercongok' (pandai2 paham la k) depan pc memikirkan ayat permulaan untuk n3 kali ni.
1stly, saya nk mintak maaf andai ader yg tertanya2 saya masih 'wujud' untuk menghidupkan akubdkkampong. bukan tidak ingin menulis ape2 luahan tetapi masa yang agak terhad untuk saya. N3 ini sepatutnya dipublish pd november lalu tetapi kerana masa dan bantuan 'tenet' yang xdapat dielakkan.
saya sedih umpama hujan yang lebat
saya kecewa hari itu.. kecewa sebab Azlan Iskandar kalah dalam squash. tetapi adat bertanding, bila ada yang menang pasti akan wujud la yang kalah. apa2 pun tahniah berjaya bg Malaysia 'silver'.


saya nk nangis jap.. huhuhu.. huhuhu.. huhuhuuuuuuuuuuuuuuuu
 .
.
.
.
.
Petang hari 25 November 2010..
"Cik Nurussaadah, tadi ader terima panggilan dr kami? Diminta hadir untuk sesi temubual esok petang sebelum daftar diri pada 1 dis nanti"


"Yup, ada terima tapi saya kena balik Kelantan esok pagi. Dan MAAF saya terpaksa tolak tawaran ni sbb dah dapat tawaran kerja yang lain"

"Betul2 nak tolak ke??"

"Maaf sangat2, sbb surat tawaran sampai kat rumah tadi. Insyallah, pasti ada yang lebih layak dari saya untuk jawatan itu. Maaf"



Kekecewaan saya itu makin menjadi2 apabila saya terpaksa menolak tawaran kerja di Johor atas sebab2 tertentu. Ya Allah, saya berasa sangat serba salah dan terase ingin hentikan masa supaya saya xperlu kecewakan sesiapa.. debaran dijantung ketika menyatakan hasrat saya sangat berdebar2 mengalahkan nak akad nikah je (pengalaman dr yg sudah nikah ye). Andai saya diberi peluang untuk menerima kedua2 tawaran itu pasti akan saya lakukan. tapi, apekan daya saya terpaksa membuat cabutan bertuah untuk pemilihan kali ini.

okeh, jgn sedih2 (untuk saya je).. jom tgk 'pakwe' baru saya...
macho man
no komen!!!
  Nota conteng:- saya sedih campur gembira (tggu next story k)

Friday, December 10, 2010

BICARA AKU PADA MALAM---> Bintang yang tak bisa digapai

Laila Solehah & Ammar Firdaus
Seorang anak kecil berbaju kurung merah jambu sedang asyik mendongak ke atas. Kelihatan rambut tersikat rapi dihiasi dengan pengepit juga berwarna merah jambu. Dia memandang pada langit yang tinggi nun jauh disana. Langit yang tak bisa dia capai. Apakah dia tahu bahawa langit itu tak dapat dia capai. Apakah dia tahu betapa luasnya langit itu. Apakah yang dia tahu. Kanak-kanak yang hanya pandai melihat dan berfikir. Mempersoalkan pelbagai kemusykilan tanpa mengetahui jawapan sebenar. 

Indah sungguh langit itu. Detik hati kecil ini. Alhamdulillah, masih dapat diri ini menikmati keindahan malam yang gelap. Gelap pada langit malam itu tetap menarik hatiku. Walaupun gelap tetapi indahnya malam dihiasi kerlipan bintang-bintang di dada langit. SubhanAllah. Maha kuasa Mu Ya Rabb. Walaupun langit yang kau pamerkan dimalam hari ini gelap, tetapi Kau masih menerangi ia dengan kerlipan bintang. Sesungguhnya Kau lah Maha Pencipta sekalian alam.

Aku melihat lagi anak kecil itu, tangan ditunjukkan ke langit sambil digerakkan satu persatu seolah-olah dia sedang membilang bintang-bintang itu. Tahukah mu adik berapa banyak bintang itu? Dapatkah kau mengira semuanya? Comel kelihatan anak itu membilang dijari kerdilnya. Mungkin sudah beribu-ribu, mungkin juga baru ratusan dikira, atau mungkin baru sahaja puluhan bintang. Atau dia keliru dan membilang berulang kali. Kepala yang tak gatal digarunya. Ah.. sudah pasti dia keliru.

Tak perlulah kamu menyiksa diri dik. Biarkan bintang itu. Duduklah kau memandang ke langit. Kita menikmati ciptaan tuhan ini bersama-sama. Andai kamu berdegil juga, tidak mengapalah mungkin ini sifat mereka, kanak-kanak yang cuba mengenal nikmat dunia. Biarlah…  seperti aku tidak mengerti, ‘bukankah dulu kau pun begitu?’ Tersenyum sendiri mengingatkan kenangan lalu..

Januari 1990
“Sumayyah sayang, kenapa macam ni? Sakit kepala nanti. Duduk elok-elok sayang, ibu betulkan ye?” tegur ibu lembut sambil tersenyum. Manisnya senyuman ibu buat hati aku riang. Manisnya senyuman ibu tanda dirinya riang. 

Aku mengelengkan kepala. Lalu suara lembut ibu berbunyi lagi ditelingaku. “sumayyah tengok langit ye sayang? Bukankan sumayyah boleh baring disini sambil tengok langit itu. Kenapa mendongak, sakit nanti?” aku senyum tanda mengerti, lalu ku baring sambil memandang wajah ibu. “ibu, kenapa langit ini hitam? Tadikan sumayyah boleh nampak biru, nampak awan, ada warna putih, ada warna biru. Tapi sekarang semua warna hitam. Kenapa ya bu?”

Ibu memandang mukaku, seolah-olah memohon jawapan. Sambil tersenyum dan mulut mengherot kekiri dan kanan seperti memikirkan cara terbaik memberi jawapan. “owh, sumayyah hairan kenapa langit ini hitam. Bila malam datang langit pasti hitam. Tadi sumayyah nampak langit biru sebab ianya siang. Dan putih yang sumayyah tengok itu adalah awan. Baru sehari belajar dah pandai anak ibu ni”. Lalu ubun-ubunku dicium mesra. 

“Tapi kan bu, walaupun gelap sumayyah suka tengok. Cantik. Ada bulan dan ada sinar-sinar, itu bintang kan bu?”. Tanya aku lagi ingin kepastian. “iya sayang, walaupun malam hari langit itu gelap, tapi indah bila dipenuhi dengan bintang-bintang. Ada yang sinarnya terang, ada yang sinarnya pudar. Bulan pun indah di langit sana kan sayang. Sebab itu lah kita kena bersyukur pada yang mencipta alam ini. Sayang ibu bersyukur tak?” anak kecil itu tersenyum manja 

“mesti la sumayyah syukur ibu. Tadi Ustazah Aisyah cakap balik nanti tengok langit, lepas itu mesti sebut doa tapi sumayyah lupa. Tanda syukur pada tuhan yang mencipta alam”. Cuba diucap tapi sukar sekali. Anak kecil yang masih keras lidahnya. Jelas terlihat air muka yang kecewa. “ikut ibu ye, itu doa tanda kita syukur pada kejadian tuhan”. Angguknya sambil mulut terikut-ikut doa itu.

“hari itu kita balik rumah opah, hujan baru je berhenti, lepas tu baba tunjuk pelangi bu. Cantik sangat, kak laila dengan abang amar pun ada jugak. Esok ada pelangi tak bu, sumayyah nak tengok lagi la bu. Tapi kelmarin xda pun pelangi. Kenapa ya bu?” pintanya seakan-akan sudah matang dan memahami segalanya. 

Dan persoalan itu harus dijawab dengan teliti. “sumayyah, dengar kata ibu sayang, sumayyah minta doa dengan pencipta, semoga esok ada pelangi. Kenapa kelmarin tak ada pelangi, ibu cerita nanti. Bila sayang ibu dah besar, mesti akan faham. Masuk tidur ya, esok nanti nak sekolah. Kak Laila dan abang amar pun dah nak tidur. Jangan lupa ambil wuduk’ ya sayang. Cuci muka dan gosok gigi”. Sambil belakangku dibelai penuh kasih. Pesan ibu penuh teliti.walaupun sudah hafal dengan semua pesanan itu tapi tak pernah terasa bosan kerana aku tahu niat ibu itu mulia.

“yea, esok nanti su nak jumpa Alia, ibu bekal nasi goreng lebih sikit ye. Nanti su baca doa tidur dengan kak Laila dan abang amar. Sayang ibu” lantas pipi mulus itu kucium dan berlari pergi. Kenangan itu, kenangan anak kecilku bersama persoalan yang bermain diminda.

Kini, aku bukan lagi seperti budak itu. Aku sudah tahu kenapa hari itu ada pelangi. Aku sudah tahu kenapa kelmarin itu pelangi tidak muncul. Aku sudah tahu bacakan doa itu. Aku juga sudah tahu kenapa ibu berkata begitu ‘bila sayang ibu dah besar, mesti akan faham’. Aku toleh mencari anak berbaju kurung merah itu. Sudah pergikah dia. Tak mengapalah. Bukan rezeki dia mendengar cerita ku. Bukan peluang aku berkongsi cerita ibu. Tertanya dihati, sudah selesaikah dia mengira bintang? Lantas hati ini ingin tahu apakah jawapanya. Aku geleng dan tersenyum. Anak itu benar-benar mencuit hati ku.

Tinta dari ibu:- “ Sumayyah anakku sayang, tuhan menjadikan semua perkara berpasang- pasangan. Malam pasangannya siang, bulan pasangannya bintang, lelaki pasangannya perempuan dan ibu pasangannya baba”

Persoalanku ketika ini:- ya, ibu pasangannya baba, kak Laila pasangannya abang muaz. Kak Nor mungkin pasangannya abang Ammar. Lalu,  siapakah pasangan sumayyah ibu?

Nota conteng:- sentuh bintang dengan cermin (^__^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...