Friday, December 24, 2010

Karangan 'terbaik' pelajar darjah 4


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometetr dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar  lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu Nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helicopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helicopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahas Inggeris.


Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.


Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emaksaya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Nota Conteng : saya suspek tajuk dia “kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat” tapi saya keliru samada yang menulis ni dia atau hantu dia??

Thursday, December 23, 2010

MAAF dari cahaYa_keBahag!an

Assalamualaikum...
pesanan dr saya


salam maaf dr saya buat yang masih menunggu entry :
1) Review tentang novel Bicara Pedusi
2) Angin rindu Puteri gunung Ledang
3) Cerpen 99 hari kisah  klasik kita

and lain2 story akan di publish nanti.. INSYALLAH

maaf dr cahaya_kebahagiaan~~~

Nota Conteng:- baby, u tunggu story i k... (buat Family tersayang)

Memilih yang terbaik


Assalamualaikum..
Setiap orang pasti pernah merasa saat kesukaraan untuk memilih sesuatu perkara. Dilema yang terpaksa memilih yang mana 1. Jika pilihan untuk memilih hanya 1, xperlulah nak menghadapi perasaan dilema, serba salah dan keliru ni. Tapi andai pilihan itu lebih dr 3. 
Aduh… terasa sukar..

Saya perlu membuat pilihan untuk memilih yang terbaik buat diri saya. Bukan suatu keputusan yang amat berharga bagi saya tetapi keputusan yang dibuat akan saya hadapi selama 1 tahun.
Diri terasa sukar sekali memilih antara diri sendiri dan sahabat yang keberangkalian juga pasti akan menjerat saya sekali. Saya semakin keliru kerna pilihan ini pasti akan mengganggu hari2 saya pada akan datang. Memikirkan perasaan yang bersalah andai berpaling tadah terhadap sahabat yang baru saya kenali. Juga takutkan mulut2 yang pastinya tak dapat saya tutup andai ada cerita yang akan memberi populariti pada diri ini.

Hati juga terasa diasuk nafsu untuk memilih menjaga diri ini. Nafsu untuk kepentingan diri sendiri lebih kuat menyokong jiwa saya, kerana memikirkan kesenangan saya bakal hadapi jika saya menjauhi mereka yang saya kenali. Juga melarikan diri dari cerita2 yang bakal di war2 kan pada setiap telinga yang berminat tanpa mengenal hati budi saya sendiri.

Kini, diri saya mula memikirkan jalan yang terbaik buat saya juga buat semua yang mengenali. Andai saya memilih untuk menjauhkan diri serta takut untuk menghadapi gosip2 yang belum tentu lagi akan didengari. Saya pastinya seorang yang ‘penakut’ untuk menghadapi reality dan hanya hidup dalam dunia saya sendiri.

Dan jika saya memilih bersama sahabat ‘baru’ itu, pasti MEREKA akan kenal saya seadanya. Tidak perlu dia mendengar kata2 ‘si penghasut’ serta mulut2 yang hanya pandai ‘memuji’ kecantikan dalaman serta luaran orang lain tapi tidak pernah untuk mencuba mengubah diri sendiri supaya menjadi lebih HEBAT dr yang sebelumnya.

Saya bukan seorang yang kolot untuk menjadi seorang yang hebat seperti kamu, tetapi saya masih kolot dengan batas2 yang saya jaga untuk diri sendiri dan keluarga saya. Terima kasih buat ‘nasihat’ manis kamu itu kerna ia benar2 mengubah kepercayaan dan pandangan saya terhadap kamu. Tak perlu kamu ubah saya kerna saya tahu membezakan yang baik dan buruk serta saya boleh ‘make up’ diri saya sendiri. Ape2 pun terima kasih atas nasihat berharga itu..

Nota Conteng: Aku budak kampong, Kamu pula Nak jadi orang bandar.. selamat berkenalan~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...