Saturday, September 28, 2013

Intan saya sudah pandai~~~

Assalamualaikum...

Intan kita...
Itu intan saya.. gelaran yg saya buat untuk dia.. anak sedara saya. anak kakak saya. hihihi.. kalau buat ayat macam ni msti cepat faham & dapat tarik nafas elok-elok kan??

Hari ni saya puji dia pandai sikit.. bukan bab pandai membaca atau mengira atau menulis. Tapi dia pandai membantu saya. Pagi tadi time sronok2 guling-Guling atas katil dia jerit

"Cik Da. Cik Da. Cik Da!! Cik Daaa!!! Cepat pakai tudung abah naik nih" 

Sambil jerit sambil dung-dang-dung-dang bunyi kaki dia lari atas tangga.. hahaha.. kelakar rasenye.. kalau 3 tahun dulu Intan ngan Sayang (adik dia) pernah tanya kami adik-beradik.

"Bakpo-bakpo??" 

Bila kami lari bertempiaran capai tudung bila abah dia balik umah.

"Bakpo Cik Da, Cik Ngoh, Cik Na ngan Cik Su paka tudung kalu abah ado? Ummi ngan Nenek dok paka pun?"

Budak-budak.. macam2 yang dorang nak tahu. aku tengok engkau. engkau tengok aku. pandai2 la kitorang pakat-pakat susun ayat kanak2 supaya dia paham..

Nota Conteng: Dah pandai Ya Cik Da.. mekasih...

Thursday, September 26, 2013

Sudah bersedia? Akan bersedia? atau sentiasa bersedia?

Assalamualaikum...


Ada kematian di kawasan rumah saya. Seorang pakcik yg saya kenal sewaktu kecil lg. member kenalan family. Dia 'pergi' di jemputNya jam 2.3o pg tadi..

Ummi cakap tengok dia sihat je. hari ni dah xda.. Senangnya.. tetiba saya teringat kat biras saya, dia meninggal 2 hari selepas melahirkan baby gurl yg dorang nantikan. siapa sangka tanpa apa2 tanda. Dia bangun pagi untuk tengok anaknya, tetiba jatuh dikatil.. Dengan usia yang muda meninggalkan 2 anak lelaki yg masih kecil & suami tercinta. Moga tabah buat mereka..

Juga seperti Abah, dia pun 'pergi' tanpa bagi kami sebarang tanda. dalam sekelip mata kami semua ditinggalkan. Masih rindu & teringat lagi keadaan tika itu.. huhuhu... lain masa la cerita sbb itu bukan topik saya k..

Sudahkan saya bersedia? jujur saya katakan 7 tahun yg lalu saya pernah berdoa andai mati boleh memberi saya peluang untuk bersama abah, saya bersedia.. Tapi sekarang, persediaan saya adalah 0%.. terasa seperti pahala saya sudah tiada. terasa diri penuh dosa. terasa hati saya terlalu hitam.

wow. wow. wow.. "ko minum ke?" "ko tidur ngan jantan eh?" "ko bunuh orang?" .. mesti korang pikir aku buat tu semua ek?? hahaha.. bukan la.. Tapi entah kenapa saya rasa cam saya banyak sangat dosa..

saya xsolat tepat waktu, saya dah jarang baca qur'an. saya kekadang je berzikir. saya solat macam xberapa sempurna. saya xdengar cakap ummi. saya selalu buat ummi sedih. saya rasa dah jadi anak derhaka. saya ego yg amat walaupun orang tegur untuk buat baik. saya suka cakap kuat-kuat. saya kadang2 menipu walaupun orang cakap itu tipu sunat. saya rasa saya ni teruk la...

Walaupun sekarang saya cuba betulkan apa yang salah, tapi saya tetap rasa kekurangan. jika ditanya sudahkah anda bersedia di jemputNya? apa jawapan anda... tepuk dada tanya iman.. sama2lah kita perbetulkan diri dan iman kita. Pesanan ini saya tujukan khusus buat saya.

Ummi selalu cakap 'Mati tak kenal usia, Mati xjemput hanya yg sakit, Mati xtau bila mari pada kita.. Ummi ko Dah ko, sapo pergi dulu kita tak tahu. tengok macam abah, sapo tahu dia g dulu sebelum mok (mak abah), tiba2 xdok'... tetiba rindu abah yang amat...

Nota Conteng: menjadi putih atau hitam kita sendiri yang pilih~~~

Tuesday, September 24, 2013

(!__!)

Assalamualaikum...

Selamat Hari Selasa. Malam ni episod akhir Cinta Jannah, actually saya bukan peminat togar citer tu tp sbb xda cite masak2, jenjalan, jepun, korea & perfect match yang ditayangkan. kalau tak malas gak nak layan..

ok. muqadimah entry ni dah ke------> laut sbb dah lama tak menulis & saya dah xpandai nak guna blog sendiri.. hahaha..

Niat hati nak post entry dolu-dolu yang save kat draf tapi xjumpe lak kat ne draf tu.. dah lupa dah nak guna. adakah saya yang pelupe atau teknologi sekarang sudah terlampau bagus.. Dengan ini saya mengakui kata-kata KIRA member serumah ketika bekerja dulu.. Adda L.O.T~~~ hahaha.

Nota Conteng: Kira, Adda mmg LOT la.. Lack Of Technology.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...