Wednesday, November 24, 2010

Itulah Sayang


Assalamualaikum...
menjenguk persoalan hati~~
Bila si bunga bertanya pd kumbang hatinya:-
tanya sama hati apa asal sayang
adakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
punya tnada-tanda hubungan mesra

lalu jawabla si kumbang:- 
tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah SAYANG

Bunga masih lagi tertanya-tanya:-
jika lau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang

Kumbang akhirnya memberi jawapan:-
andainya jemu menganti rindu
jambangan mesra tentulah layu

Maka terjawablah persoalan dihati:-
tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah SAYANG

hasil cipta : cahaya_kebahagiaan
*sila lapur penyangak cetak rompak*

Nota Conteng:- Persoalan hati aku belum lagi terjawab~~~

Tuesday, November 23, 2010

Kerana Aku Seorang Yang Berhati Kecil

 Assalamualaikum...
aku yg berhati kecil..
aku bukan seorang yang baik. bukan seorang yang penyayang.juga bukan seorang yang manja. tapi aku hanya punyai satu hati yang kecil. hati kecil ini tidak lembut. tetapi cukup senang sayu hati dan bersimpati. hati kecil ini sekeras batu. tapi cairnya mudah mengalirkan airmata. degilnya dan egonya setinggi gunung. namun ketinggiannya itu musnah jika mereka pandai berkata-kata.


aku menegur bila perlu. sama berpesan pada mereka untuk mencariNYA sebelum kita akan pulang padaNYA. pesan aku ada sebabnya, pesan aku kerna sayang kamu, pesan aku bukan untuk kamu sahaja tapi buat ingatan diri ini. tapi pesan aku, kau biarkan saja, mula minda mencorakkan kata-kata.
"Bangun, solat subuh"
teriak aku lantang, suara aku garang. aku tahu dan aku sedar. teriakku dan suaraku itu aku mohon maaf, tapi pernah kamu fikir kenapa aku begitu?. sifat itu bukan aku mahu tapi aku perlu bila denganmu. pernah kamu fikir kenapa aku selalu begitu?. kerana pendengaran kamu dah tak macam dulu. jika aku tak begitu kau pasti beku serta membisu.
"tak nak solat ke? dah lewat ni, nanti habis waktu" 
 bukan mendesak atau memaksa kamu. tapi itu juga aku perlu bila denganmu. suruh aku acap kali mungkin akan buat kau jemu tapi pernah kah kau fikir kenapa aku suruh sedemikian rupa? pernah kau tanya aku kenapa? mungkin kamu dah lupa, jalanmu dah tak macam dulu lagi. lari kamu sudah tiada, jalan kamu sudah perlahan perlukan masa untuk berdiri.
aku hanya boleh bersabar dengan kerenah kamu yang dah melampau. mungkin ini ujianNYA untuk 'kami' kumpul pahala. Ustaz ada perpesan, kalau nak ubah seseorang supaya kurangkan seksaan atau hapuskan dosa biarlah ketika hidupnya. jika sudah mati dah tak berguna. aku sama-sama berpesan pada kamu dan aku sendiri.

Nota Conteng:- kejayaan itu buah hasil dari kemahuan yang tinggi dan usaha yang gigih..

Monday, November 22, 2010

Itu Juga Mahu Ku

Assalamualaikum...

Wahai ibu, ibu ku sayang
Kau bukan intan kau bukan berlian
Dlm hati ku engkau lah  bintang
Yang aku sayang yang aku kenang
Wahai ibu, ibu ku sayang
Katamu itu ku xkan lupa
Ku jadikan ia satu pedoman
Kerna telah banyak yang kau korbankan
Kau mahu putih bukannya hitam
Kau suka bersih bukannya kelam
Biarkan jernih bukannya suram
Sebelum matamu rapat terpejam
Aku berjanji dan ku bersumpah
Akan menurut segala perintah
Moga hidupku semakin cerah
Sebelum engkau dipeluk tanah
Wahai ibu, ibu ku sayang
Warna kau ukir ku xpernah kisah
Ape pun ia ku xberpaling tadah
Kau ukir aku sehingga sudah 
Kepada dia kita berserah
Kerna hanya dia tempat  menyerah
Wahai ibu, ibuku sayang
Dengarlah doa yg selaluku tadah
Ku xnak hitam tetapi putih
Ku buang kelam supaya bersih
Pergilah suram biarkan jernih
Pinta jiwa ku yg selalu merintih
Semoga duniaku menjadi indah
Indah disini dan di alam barzakh
Untuk menjadi penghuni al-jannah...

Nota conteng:- Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...