saya tak nak guna ayat ini "don't judge books by it's cover" amat senang untuk orang faham. saya bukan seorang yang romantik untuk meluahkan ayat yang puitis tapi saya seorang yang suka fikir benda yang unik2.. hihihi.. biar ayat berbelit2 janji, hanya saya yang faham. kalau ramai yang faham nanti akan menyebabkan cerita yang saya coretkan disini akan diketahui ramai.. Tetapi, andai yang membaca faham, diharap ianya memberi sesuatu yang baik buat diri anda & boleh diguna pakai untuk menjadi seseorang yang lebih bagus, seperti yang saya selalu buat. Bukan senang nak jadi JAHAT tetapi amat susah menjadi seseorang yang BAIK.
Ummi saya selalu beli apple hijau. baik untuk kesihatan katanya. bukan tak suka apple merah tapi ia lebih banyak mengecewakan dari apple hijau. bila pilih apple merah mesti nk cari yang cantik, berkilat, merah menyala-nyala, kiut-miut dll. tapi bila makan, rasa dia tak seperti yang kita harapkan. Dan, kadangkala epal yang tidak merah menyala-nyala & kiut-miut itu lebih rangut & manis rasanya. Dah faham pasal apa cerita saya hari ini? YES!!! pasal apple merah...(>__<)
sudah berkali2 saya tegaskan pada diri, bila pandang MESTI penuh hormat. Pandang orang jangan lupa senyum, jangan jeling atau buat MUKA. itu apa yang saya sudah saya berjaya amal dari dulu sehingga sekarang, dan alhamdulillah saya berjaya dengan pujian yang saya terima. Setiap apa yang saya amalkan saya sentiasa mengharapkan balasan yang sama. Bukan meminta tapi berharap. "Anda akan dapat seperti apa yang anda lakukan". Jika saya telah lakukan sesuatu yang buruk, saya pasti akan terima balasan yang sama. tp andai saya melakukan sesuatu yang elok, pasti balasan yg baik akan saya dapat. samada orang/benda/masa/perkara yang sama atau tidak itu bergantung padaNYA.
Jangan anda menilai seseorang kerana dirinya dari mulut orang atau pandangan luarannya padahal kamu tidak pernah untuk mencuba membuat penilaian melalui ukhuwah yang betul. "tak kenal maka tak cinta". Kawan rapat saya pernah berkata. bunyi agak rumit tapi saya fahamkan sebegini "jangan cakap kita kenal seseorang sahabat itu hanya kerana dia sahabat. cubalah tinggal sebilik dengannya. cubalah tidur sekatil dengannya. paling tidak cubalah mendengar luahan ceritanya. pasti kamu akan kenal sifatnya. pasti kamu akan tahu tahap kesabarannya, pasti kamu akan dapat menilai akrabnya ikatan itu dan sudah semestinya kamu akan dapat membezakan baik dan buruknya".
Saya seorang yang senang untuk dijadikan kawan. tetapi amat sukar untuk percaya pada kawan. saya seorang yang sayang akan persahabatan. tetapi mudah kecewa andai tidak dihargai. saya seorang yang senang untuk menghormati orang. tetapi amat susah menerima mereka yg tidak berperikemanusiaan. saya seorang yang senang melupakan sesuatu yang menyakitkan tapi amat susah menghilangkan parut dihati. saya seorang yang jujur bercerita tapi begitu susah mengenal mereka yang berpura2. saya seorang yang melatih diri berfikir positif tapi seringkali negative bila diri disalah erti. saya seorang yang senang dipergunakan dan tidak pernah cuba menolak kerana erti sebuah PERSAHABATAN itu suatu yang begitu bernilai untuk saya simpan.
merah warna epal belum tentu manis rasanya..
senyap si buaya bukan bermakna dia penakut..
tumpul mata pisau belum tentu tidak sakit jika ditikam..
senyap si buaya bukan bermakna dia penakut..
tumpul mata pisau belum tentu tidak sakit jika ditikam..
senyum yg manis juga punya bnyak makna..
jelingan kamu itu buat saya tak selesa..
hati saya kacau penuh sebak dalam dada..
bila fikirkan kamu seorang kawan bukan teman..
ujian itu semua tidak perlu saya layan..
kerna saya tahu masih ramai lagi teman..
tidak hanya kamu seorang untuk jadi simpan..
Nota Conteng: kekadang menjadi seseorang yang tidak dikenali itu memberi banyak peluang untuk saya menyendiri tanpa diganggu sesuatu yang tidak elok.. saya bukan RetiS k..
No comments:
Post a Comment