Tuesday, May 5, 2009

BuaT reNungaN Ber$ama...

Saya terbaca artikel ini di laman web yg saya layari… terdetik di minda untuk berkongsi in4 ini bersame smua pembaca blog yg singgah. Diharap, ini dapat membantu kita smua mengekalkan ikatan bersama pasangan masing2. Kepada para suami dan bakal suami, renung2 kan lah>>>>>

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. 2. Isteri bukan pembantu rumah. So, suami tidak boleh menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. 3. Isteri adalah manusia yang penuh dengan perasaan emosi. Oleh itu hendaklah dijaga perasaan mereka supaya mereka tenang dan gembira dalam mengurus rumahtangga. 4. Ingat tarikh penting kerana isteri memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh orang yang disayangi. 5. Bantu ringankan tugas isteri dengan menolong mereka memasak, membasuh dan mengemas rumah. Tentulah dia akan berasa gembira dan tersenyum. 6. Bawa isteri berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik kerana setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ. 7. Ciuman khas untuk isteri kerana ciuman di dahi atau kucupan di bibirnye dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu 8. Beri pujian kepada isteri kerana ia amat penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. 9. Dengar pendapat isteri dan berbincanglah tentang hal rumahtangga, masa depan dan problem di kerja. Ini dapat mengekalkan komunikasi dalam sebuah keluarga. 10. Cubalah penuhi hajat isteri yg munasabah bagi melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

MENCARI ATAU MENJADI?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya? Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Monday, May 4, 2009

juMpe k3 x???

KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

i. Kuat agamanya Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

ii. Baik akhlaknya Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

iii. Tegas mempertahankan maruah Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

iv. Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

v. Pemurah tetapi tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

vi. Tidak liar matanya Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

vii. Terbatas pergaulan Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

viii. Rakan pergaulannya Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

ix. Bertanggungjawab Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

x. Tenang wajah Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...