Saturday, January 19, 2013

Penyimpan cerita TERBAIK kita

Assalamualaikum...


semalam jiwa saya terluka. pedih dan pilu. rasa ni dah lama saya pendam. susah jika seseorang yang kita percaya. seseorang yang kita kenal dan sayang mengecewakan kita walaupun dengan tindakan yang biasa atau perkataan yang simple.

tadi pagi terluah apa yang dipendam. saya bercerita pada ummi tercinta. nasihat yang selalu memberi semangat buat saya. walaupun satu perkataan yg biasa didengar. "Dah boleh cerita kat ummi je kalau da masalah atau terasa ngan sapa2.. ummi boleh dengar dan ummi boleh faham"

ayat yang buat saya terharu. bukan tak pernah dia cakap tapi saya yang terlalu ego dan tak suka membebankan dia dengan masalah yang dihadapi. cukup saya pulang ke kampung menemani ummi ketika tidur..

Nota Conteng: Berceritalah pada ibu kerna mereka adalah penyimpan rahsia TERBAIK kita..

Thursday, January 17, 2013

aku yang BAHAGIA

Assalamualaikum...

ini pic tahun lepas.bulan lapan kot. dah lupa. hidup yang bahagia dengan body yang makin "gumbira"

sorang cakap 'saya senyum'

sorang lagi cakap 'saya sengih"

orang ketiga and keempat cakap 'saya jawab tengah bahagia'

dah lima-enam orang cakap 'saya mula gelabah'

terima kasih atas perhatian anda... YUP! memang saya tengah bahagia sbab tu badan saya pun 'bergumbira'.

Nota Conteng: Jumpa anda julai nanti jangan cakap saya menderita plak ye bila tengok body saya mengecik~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...