Thursday, October 3, 2013

Labbaikallah

Assalamualaikum...

Teringin nak gi sana. Saya mendoakan saya boleh g sana. Bawa ummi. Dulu da azam nak bawak ummi oct 2012 tp sbb saya xcukup wang simpanan so, melepasla peluang dia... Sekarang lagi la susah sbb saya dah xkerja.. huhuhu..

Tengah layan Labbaikallah kat TV alHijrah..

"Ummi jual gele mok wat besar tu. wak nok wi ko Dah. Nok??"
"nok wat gapo?"

"daftar g haji la.."

"xyoh ar..skali ngan ummi ko?" 

"ummi gi doh xpo la.."

"xyoh la.. ingat nak bayar PTPTN dulu"

"hrmm.. bayar ute dulu baru molek"

Dari semalam lagi dok bincang pasal ni.. siap pikir lagi simpanan anak2 kena ada setiap bulan.. hahaha

Nota Conteng: Siap la korang semua.. Ummi & Dah da siap kira setiap bulan berapa korang kena simpan.. hahaha 

Wednesday, October 2, 2013

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #16

Assalamualaikum..








Nota Conteng: Rindu Saat Ini...Sarawak 2003-2004

Part 1: Living Without Sugar

Assalamualaikum..


Adoi!!! penat jugak telinga ni dengar ummi mengeluh. bukan penat telinga saja tapi hati pun sedih. jangan ingat badan gue besar hati pun mau besar ke?? hati kecik je tau..Ummi sedih tengok anak dara dia ni makin cOmel. sob-sob-sob..

 "Dah pun sedih la. Ummi xyoh la beli nasi pagi2. Dah lapar nati tau la Dah cari. Kalu ado nasi nati bazir, sebab tu Dah make"

"Iyo la. Kito sian takut dio lapar"

ADOI!!!! hahaha lagi stress kalo cakap macam tu dia jawab lak cam tu.. hahahaha...

Hari ni saya ada satu idea cukup baek punye. Saja nak sahut cabaran. Saya nak try buat sebulan.. Lagipun berguna untuk diri sendiri jugak.. Tapi ini semua akan bermula esok.. hahaha

Nota Conteng: Ini semua The Human Living punya citer sampai terpengaruh kat diri sendiri...

Sunday, September 29, 2013

Beranilah jika anda melakukan kesalahan..

Assalamualaikum..


Bila anda melakukan sesuatu kesalahan, beranikah anda mengakuinya? mungkin anda jawab dengan spontan tapi memikirkan adakah betul diri berani menghadapinya. Mungkin anda akan memberikan jawapan yang kurang pasti atau melengah2kan masa untuk menjawab kerana tiada keyakinan dalam diri. Atau mungkin juga anda menjawab dengan beraninya kerana memikirkan diri anda memang sentiasa bersedia dengan segala risiko. Bagaimanakah jawapan anda?? Beranilah jika anda melakukan kesalahan...

Saya baru balik dari CC 1/2jam yang lalu. Printkan borang permohonan kerja & sijil2 yg ada. Sekarang saya adalah seorang lepasan siswazah yang tengah mencari kerja tetap. sudah boring dengan kerja kontrak sejak 3tahun yang lalu. sesiapa memerlukan kakitangan sila bagitau saya.. hahahaha..

Tengah layan borak sambil tunggu diorang print apa yang saya nak, tetiba datang sorang brother. Disebabkan saya punya banyak, so kasi la dia buat yg bro tu dulu. Tetiba nampak muka adik tu cuak. saya perasan kertas tersekat kat dalam mesin. ingatkan yang saya punya sbb dia sorok2 bawah meja. xpe la. saya buat xtahu je..

Tetiba Bro tadi datang balik cakap satu lg paper asal dia xda. Rupenya yg rosak tadi bro tu punya. Mungkin kerana takut banyak helah yang diorang berikan. Saya malas nak masuk campur sbb nanti adik tu yang malu dan keadaan macam xmengizinkan sbb ada orang lain lg. saya diamkan diri, nak tengok adik tu bagi respon cam mana. saya pun xnak jadikan keadaan lagi kelam kabut. Habis setiap sudut dan sijil saya bro tu belek satu-persatu. Biarlah janji dia puas hati. Akhirnya, bro tu keluar macam tu je sbb member dia call nak jumpe. Nasib korang baik dik....

Geram jugak bila fikirkan balik sbb adik tu tak sepatutnya berperangai macam tu, kerana ia akan memberikan pandangan buruk pada CC tu bukan pada dia sahaja. Jika sentiasa mengamalkan sikap sebegitu maka sampai bila anda ingin jadi pengecut. Nasihat buat saya dan adik itu. moga dia membaca entry ini (memang xkan baca pun sbb dia xkenal pun CK)... hahahaha

Nota Conteng: Bukan hanya berani kerana benar tapi beranilah jika berbuat kesalahan..

Saturday, September 28, 2013

Intan saya sudah pandai~~~

Assalamualaikum...

Intan kita...
Itu intan saya.. gelaran yg saya buat untuk dia.. anak sedara saya. anak kakak saya. hihihi.. kalau buat ayat macam ni msti cepat faham & dapat tarik nafas elok-elok kan??

Hari ni saya puji dia pandai sikit.. bukan bab pandai membaca atau mengira atau menulis. Tapi dia pandai membantu saya. Pagi tadi time sronok2 guling-Guling atas katil dia jerit

"Cik Da. Cik Da. Cik Da!! Cik Daaa!!! Cepat pakai tudung abah naik nih" 

Sambil jerit sambil dung-dang-dung-dang bunyi kaki dia lari atas tangga.. hahaha.. kelakar rasenye.. kalau 3 tahun dulu Intan ngan Sayang (adik dia) pernah tanya kami adik-beradik.

"Bakpo-bakpo??" 

Bila kami lari bertempiaran capai tudung bila abah dia balik umah.

"Bakpo Cik Da, Cik Ngoh, Cik Na ngan Cik Su paka tudung kalu abah ado? Ummi ngan Nenek dok paka pun?"

Budak-budak.. macam2 yang dorang nak tahu. aku tengok engkau. engkau tengok aku. pandai2 la kitorang pakat-pakat susun ayat kanak2 supaya dia paham..

Nota Conteng: Dah pandai Ya Cik Da.. mekasih...

Thursday, September 26, 2013

Sudah bersedia? Akan bersedia? atau sentiasa bersedia?

Assalamualaikum...


Ada kematian di kawasan rumah saya. Seorang pakcik yg saya kenal sewaktu kecil lg. member kenalan family. Dia 'pergi' di jemputNya jam 2.3o pg tadi..

Ummi cakap tengok dia sihat je. hari ni dah xda.. Senangnya.. tetiba saya teringat kat biras saya, dia meninggal 2 hari selepas melahirkan baby gurl yg dorang nantikan. siapa sangka tanpa apa2 tanda. Dia bangun pagi untuk tengok anaknya, tetiba jatuh dikatil.. Dengan usia yang muda meninggalkan 2 anak lelaki yg masih kecil & suami tercinta. Moga tabah buat mereka..

Juga seperti Abah, dia pun 'pergi' tanpa bagi kami sebarang tanda. dalam sekelip mata kami semua ditinggalkan. Masih rindu & teringat lagi keadaan tika itu.. huhuhu... lain masa la cerita sbb itu bukan topik saya k..

Sudahkan saya bersedia? jujur saya katakan 7 tahun yg lalu saya pernah berdoa andai mati boleh memberi saya peluang untuk bersama abah, saya bersedia.. Tapi sekarang, persediaan saya adalah 0%.. terasa seperti pahala saya sudah tiada. terasa diri penuh dosa. terasa hati saya terlalu hitam.

wow. wow. wow.. "ko minum ke?" "ko tidur ngan jantan eh?" "ko bunuh orang?" .. mesti korang pikir aku buat tu semua ek?? hahaha.. bukan la.. Tapi entah kenapa saya rasa cam saya banyak sangat dosa..

saya xsolat tepat waktu, saya dah jarang baca qur'an. saya kekadang je berzikir. saya solat macam xberapa sempurna. saya xdengar cakap ummi. saya selalu buat ummi sedih. saya rasa dah jadi anak derhaka. saya ego yg amat walaupun orang tegur untuk buat baik. saya suka cakap kuat-kuat. saya kadang2 menipu walaupun orang cakap itu tipu sunat. saya rasa saya ni teruk la...

Walaupun sekarang saya cuba betulkan apa yang salah, tapi saya tetap rasa kekurangan. jika ditanya sudahkah anda bersedia di jemputNya? apa jawapan anda... tepuk dada tanya iman.. sama2lah kita perbetulkan diri dan iman kita. Pesanan ini saya tujukan khusus buat saya.

Ummi selalu cakap 'Mati tak kenal usia, Mati xjemput hanya yg sakit, Mati xtau bila mari pada kita.. Ummi ko Dah ko, sapo pergi dulu kita tak tahu. tengok macam abah, sapo tahu dia g dulu sebelum mok (mak abah), tiba2 xdok'... tetiba rindu abah yang amat...

Nota Conteng: menjadi putih atau hitam kita sendiri yang pilih~~~

Tuesday, September 24, 2013

(!__!)

Assalamualaikum...

Selamat Hari Selasa. Malam ni episod akhir Cinta Jannah, actually saya bukan peminat togar citer tu tp sbb xda cite masak2, jenjalan, jepun, korea & perfect match yang ditayangkan. kalau tak malas gak nak layan..

ok. muqadimah entry ni dah ke------> laut sbb dah lama tak menulis & saya dah xpandai nak guna blog sendiri.. hahaha..

Niat hati nak post entry dolu-dolu yang save kat draf tapi xjumpe lak kat ne draf tu.. dah lupa dah nak guna. adakah saya yang pelupe atau teknologi sekarang sudah terlampau bagus.. Dengan ini saya mengakui kata-kata KIRA member serumah ketika bekerja dulu.. Adda L.O.T~~~ hahaha.

Nota Conteng: Kira, Adda mmg LOT la.. Lack Of Technology.

Tuesday, April 30, 2013

Pelita pertama.. Maybe??

Assalamualaikum...

hidup yang penuh warna-warni...

niat hati nak bercerita panjang malam ni tapi tenet tak kasi chance lak.. slow jer.. tadi dapt 1 berita gerbira yang saya memang tak jangka. berharap agar ia tidak akan menghampakan saya..

berita apa?? itu rahsia.. member saya cakap kalau kita cerita sesuatu yang kita harapkan kepada orang lain, kemungkinan ia tidak akan terjadi.. huhuhu...

Nota Conteng: doakan semoga semuanya OKAY~~~

Friday, April 26, 2013

Bendera Putih

Assalamualaikum..
saya terpaksa mengaku bahawasanya saya bukan lah seorang yang:

1- creative
2-banyak idea
3- rajin
4-komited
5- dll...

sebab itulah dah lame saya tak update blog ni.. asyik melayan kat blog orang je.. hihihihi

Nota Conteng: menyerah bukan bermakna KALAH~~

Saturday, January 19, 2013

Penyimpan cerita TERBAIK kita

Assalamualaikum...


semalam jiwa saya terluka. pedih dan pilu. rasa ni dah lama saya pendam. susah jika seseorang yang kita percaya. seseorang yang kita kenal dan sayang mengecewakan kita walaupun dengan tindakan yang biasa atau perkataan yang simple.

tadi pagi terluah apa yang dipendam. saya bercerita pada ummi tercinta. nasihat yang selalu memberi semangat buat saya. walaupun satu perkataan yg biasa didengar. "Dah boleh cerita kat ummi je kalau da masalah atau terasa ngan sapa2.. ummi boleh dengar dan ummi boleh faham"

ayat yang buat saya terharu. bukan tak pernah dia cakap tapi saya yang terlalu ego dan tak suka membebankan dia dengan masalah yang dihadapi. cukup saya pulang ke kampung menemani ummi ketika tidur..

Nota Conteng: Berceritalah pada ibu kerna mereka adalah penyimpan rahsia TERBAIK kita..

Thursday, January 17, 2013

aku yang BAHAGIA

Assalamualaikum...

ini pic tahun lepas.bulan lapan kot. dah lupa. hidup yang bahagia dengan body yang makin "gumbira"

sorang cakap 'saya senyum'

sorang lagi cakap 'saya sengih"

orang ketiga and keempat cakap 'saya jawab tengah bahagia'

dah lima-enam orang cakap 'saya mula gelabah'

terima kasih atas perhatian anda... YUP! memang saya tengah bahagia sbab tu badan saya pun 'bergumbira'.

Nota Conteng: Jumpa anda julai nanti jangan cakap saya menderita plak ye bila tengok body saya mengecik~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...