Tuesday, April 26, 2011

Sms dari umi



Assalamualaikum...

 
 Kata orang cakap siang pandang. aku dah pandang & tak logik pulak orang yang jauh giler dari aku boleh tahu aku bercerita pasal dia. owh! ade 'kimia' rupenya. patut la..

ini masih lagi kisah ummi.. cerita ummi tak kan habis sampai la rindu dan nafas terakhir aku berhenti..

Petang td aku & hosmate terchayunk g makan. 1st, belek2 telefon cik jiwa lembut sbb cik sopan santun nak beli telifon baru katenya. 

yang lama nak kasi kat ibunda di kampung. elok la tu, aku setuju bebenar. kalau anak jauh pun, ade telepon si anak kat kampung. ibu.. berjiwa lembut kan? 

"Umi ADDA pun ade tepon. senang nak bercakap sbb dia slalu g klas ngaji or ceramah agama"
"dia slalu guna ke?" tanya cik sopan santun

"tak la. tahu button merah & ijau je. xyah msg2. kitorang call je"

Aku pun citer la, umi aku pun pakai telefon yang model lama. yang jenis campak kat pintu terburai keluar bateri, keypad-bunyi-ketak-ketak & hozing-retak kat-ujung je. klo tinggal pun xda org nak try sentuh. yang pasti screen xkan calar. itu aku pasti. tak pecaye try la. tak da ganti ye.

Umi tahu guna tepon tu je. Kasi yang baru pun dia xnak, tak tahu guna. dah canggih tepon skung. Kami pun tak brani nak kasi sebab takut da yang 'berkenan' bahaya kat umi jugak. buruk pun tak pe janji boleh bercakap.

umi slalu xda kat umah, da je xtvt dia setiap masa-setiap hari. klo telepon umah tu boleh bawak nk guna takda nya nk tepon-tangan tapi sbb susah nak tanya ape2 kami pun pakat2 meeting & ajar cara guna tepon tu.

"Kalau bunyi lagu ni, tekan ijau. dah siap cakap tekan merah"

"ijau yang mane"

"yang belah kiri bawah ni ijau. yang ni merah" lupe kaler dah pudar.."kalau nak tepon, buka dulu"

"umi tau buka, meh nak tunjuk. tepon nati umi tengok buku la" Bagus. dah xpert..

"xleh2.. kena blajar la. senang ckit. ni tekan bawah no semua. Aina-kaktini-kakyah-abeizat-kakyah-nah-abekin-kakak ngan dah. Paham?" yeah.. cikgu garang yang ajor...

"owh.. paham2. msg?" amboi. xsabar yer..

"xyah la sms. biar kitorang tepon umi jah. ingat cas bateri. jgn lame nati rosak"


Itu citer dulu.. bertahun yang lalu.. tapi umi still pakai tepon-tangan yang sama. tak bertukar2 tak pernah mintak2..


******************************************************************

H0me$we3th0me: Saya ialah che rahmah
Received:8.19PM

(@ o @) .... aku terpisat2 tgk phone. baca sms. nilai dulu. ni sms cam budak baik je. xda tanda2 gurau atau april fo0l di ujung bulan 4 ni.

Me: saya adalah anak ke4 kamu.. nurussaadah
Sent: 8.19PM

H0me$we3th0me: Umi baru belajar taip
Received: 8.22PM

Me: bgs la.. up to date skit..
Sent: 8.23PM

26 April 2011------> 1st time dapat msg dari umi.


Nota Conteng:- Jangan terkejut tetiba umi da FB plak... entah2 dia senyap-senyap-baca-aku-nya-BLOG.. WE lub u-------> UMMI

Lampu Suluh Kaler Ijau dari Umi

Assalamualaikum...
pinjam dr pok cik google

Rindu pada umi melimpah ruah bulan ini. dah lama tak bercakap sbb bajet topup dah di blacklist dr senarai gaji bulan mac. atas perasaan kasihan kasih sayang dr seorang kakak maka dpat la saya bergusip dengan Maharani a.k.a umi tercinta.

Semalam borak2 dgan umi, tetiba muncul satu idea sengal nakal aku..

.
.
.
.
Tahun 2000 (imbas kembali----> aku nak PMR, so nak study ngan member2.. semua perempuan yang terbabas laki pun sebab geng ktorang baik..

Tahun 2002 aku SPM, malam2 aku g umah member sbb nak stdy sesame. semua perempuan. aku anak baik sebab tak nak umiabah sedih kalau orang kampung (kami agak pemes) bercerita pasal anak dara kuar ngan orang laki. yup. kami adik beradik memang macam ni. 

Bukan diorang tak kasi berkawan dengan lelaki tp kami sebagai anak dah sedia ada maklum & tak berapa gemar. Tapi umiabah memang peramah. cuba la korang lelaki atau perempuan (da lain jantina ke?) datang rumah, mesti sebaik mungkin nak dilayan.

Kami dah terbiasa diajar menghormati tetamu. itu adalah sifat yang ada dalam diri ini buat aku kagum dengan didikan mereka.

25 April 2011---->semalam da

aku tanya soalan nakal kat ummi. konon2nya nk kasi dia terkejut. 

"umi, kalau DAH nak kluar dengan member laki boleh x?"
"ke umi nak suruh dia mintak izin umi dulu?"

laju je umi jawab sambil bunyi senang ati

"kluar la jumpa sekali, kenal2 dulu"

waaa!!!! jawapan yang xku sangka2...
tetiba dengar adik aku menjerit. see. dia pun xpecaye umi boleh cakap cam tu.. hahaha
ini sudah bagus bila umi dah kasi lampu suluh kaler ijau dia.. 

kalau bercakap dengan umi xkan dia biarkan terhenti tanpa nasihat. itu aku dah tahu. kerna aku anak umiabah.

P/S: "keluar la jumpa sekali, kenal2 dulu. tapi pandai2 la bawa diri. ingat DIA. umi tahu anak umi pandai jaga diri & family"

Nota Conteng:- Insyallah. Baik tak umi aku?

Monday, April 25, 2011

Mahu Cantik?? part 2

Assalamualaikum...

jom kelip mata sat.. hati2 jgn sampai ayer liur menitik~~~


intro bg sesiapa yang belum abis khatam yang dulu sila renung-renungkan DISINI sebelum anda mengkaji info ini. Bagi sesiapa yang teringin nk cantik macam aku, boleh la mencuba disini.

Hari ini saya diet. Ulang lagi. D.I.E.T.. tak tahu dapat bertahan sampai bila.. hikhikhik (gelak sumbing.. ??)
So, tadi beli buah sbb kata member kurus saya ni, ia menjadi.. nawaitu yg suci lagi molek. saya makan buah hari ni.. guava & ciku. tetiba terfikir, buah saya beli ni ape paedah dia.. bila minta tolong 'Mak Ngah Limah Google'. inilah info yang saya nk kongsi bersama..

BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN
WAN HAFIZAH WAN HASSAN

BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

1 Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

2 Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

3 Pisang Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut 

4 Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat 

5 Nanas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceaedan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi

6 Belimbing Merawat Kencing Manis

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi

7 Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia

8 Pala Melegakan Kembung Perut

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit

9 Pinang dengan Pelbagai khasiat

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau

10 Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung 

11 Sengkuang Cina Penawar Bronkitis

Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu

12 Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi 

13 Pelbagai Khasiat Tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

14 Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.
Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan

15 Betik Selesaikan Sembelit

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah

KESIMPULAN

Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

BIBLIOGRAFI
Dr. Azizah Osman. 1998. Khasiat buah pala: Rempah laut dan minyak urut yang mujarab. Dewan Kosmik. Jabatan Sains Makanan UPM, November: 3
Dr. Ong Hean Chooi. 1998. Jus Lemon mempunyai khasiat yang tinggi. Dewan Kosmik. Jabatan Botani UM, Oktober: 34-36.
saya kasi sekali rujukan ini supaya anda yakin untuk mencuba.. sekian. mekasih 

Nota Conteng: n3 agak panjang yang amat. kalau boring sambung  baca besok.. 

Sunday, April 24, 2011

Pagi yang Indah dengan Nyanyian dr Sayang saya

Assalamualaikum...

sibuk kat opis dengan tugas yang perlu aku siapkan tetiba..

esa samba podemos nacerla
esa sambapodemos nacerla
y solo correr y correr y correrca
y solo ganar yganar y ganarles
sino es un bajon, unbajon,un bajoneo
pob arriba,poe abajo,tira,tira,tira y gol
tira y gol
salio,salio la foto ya salio
y todas las amigas de la de la villa quedan locas
es un tres acero(es el campeonato)
tres,cero,cero,cero
tres,cero,cero,cero y gol

nyaring lagu ni berbunyi.. (sure korang berbelit bacakan?? layan je kat sini..

lantas aku jawab.. 
"nyanyi lagu cam ari tu"
"malam ni, skrang bz kat opis la"
 

wah! dia call tuntut lagu tu.. mmg sayang dia btul. rindu la tu.. sori la dear dalam laptop.. xleh nyanyi.. 

tetiba dia nyanyi dalam phone lagu tu.. sambil gelak2 aku teman dia nyanyi. duet u oll.. rasa rugi lak tak record dgar dia nyanyi. aku layan je sambil gelak & nari2 senang ati...

maaf sayang aku naya, cikda xnyanyi semalam.. nyanyi je kat sini yer.. 

(dorang slalu view blog ni sbb kasi ikan kat atas tu makan) aku saje taruk aquarium tu tok sikenik3 aku. baik tak aku.. huahuahua..

Nota conteng:- tanx nyanyikan lagu tu. cikda senyum je pagi ari bila ingat Ya nyanyi..

Friday, April 22, 2011

Mahu Cantik??

Assalamualaikum..

Apakah cara yang betul untuk memakan buah? Sebenarnya cara yang betul untuk makan buah adalah tidak memakannya selepas sajian utama sebagai pencuci mulut. Buah harus dimakan semasa perut masih kosong! Buah memainkan peranan penting untuk mendetoksifikasi sistem badan anda, termasuk membekalkan sumber tenaga untuk menurunkan berat badan dan aktiviti lain.


Katakanlah anda makan dua potong roti dan kemudian sepotong buah. Potongan buah itu sudah sedia untuk melalui perut terus ke dalam usus tetapi dihalang dari melakukannya. Sementara itu, semua makanan membusuk, ferments dan berubah menjadi asid. Begitu buah datang ke dalam kenalan dengan makanan di perut dan cairan pencernaan, turun massa makanan bermula membusuk.
Jika anda telah menguasai cara yang benar makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal.
Ketika anda perlu minum jus buah-buah hanya minum jus segar. Bukan dari tin. Jangan minum jus yang telah dibakar. Jangan makan buah-buahan matang kerana anda tidak mendapatkan nutrisi. Anda hanya boleh merasakannya. Jadi berhenti membuat ‘pisang goreng’ atau ‘bubur durian’ jika anda ingin nutrisi. Memasak menghancurkan semua vitamin.
Makan buah yang asal lebih baik daripada minum jus. Tapi jika anda perlu minum jus, minum perlahan-lahan. Kerana anda harus membiarkannya bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya.

Anda boleh pergi pada cepat buah 3 hari untuk membersihkan tubuh anda. Hanya makan buah dan minum jus buah selama tiga hari dan kamu akan terkejut ketika rakan anda memberitahu anda bagaimana anda tampak berseri-seri! Selama segera buah, anda boleh makan buah-buahan disusun dalam bentuk salad dan membuatnya tampak lebih menarik.

Nota Conteng:- info dari Mak Ngah Limah Google

Wednesday, April 20, 2011

BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !



Tajuk : BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !


 Makan pulut dengan durian
sambil bersantai ditengah padang
saje mencuba abg Ben nyer peraduan
mana la tahu aku bleh menang

sape nak try jgk jom belek disini..
aku teka je sbb xtau arga brape?? abg Ben, tu durian harga KL or Klate??

terharu bila orang balas sayang saya

Assalamualaikum...
member saya yg saya SAYANG  
hihihihi.. gelak sensorang jap..
korang da tak member yang korang sayang?? pastu dia sayang koramg jugak..

saya ader..

saya ader..

saya ader..

raaamaiiii sangat..

tapi yang ini lain.. sebab dia wat n3 kat blog dia tuk saya..

tanx dear.. luv u forever.

"saya sayang kamu bila kamu sedih"
saya sayang kamu bila kamu gembira
saya sayang kamu bila kamu runsing
saya sayang kamu bila kamu gementar
tetap sayang kamu biarpun kamu jauh
harap kamu juga begitu"

Nota Conteng:- Shee jangan lupa simpan airmata kamu  buat saya...

Tuesday, April 19, 2011

Itu bukan Gila...

Assalamualaikum...


Aku suka jenjalan kat blog orang.. then aku gelak...
Aku suka naik aras 13.. then aku gelak..
Aku gelak sens0rang bila aku tgk movie..
Aku senyum2 manja time tggu Komuter or bus..
Aku senyum sensorang sampai tepuk meja time makan..
Aku baca komik ujang.. aku mengilai..

tetiba aku nampak da orang jeling kat aku...
tetiba aku rasa cam aku lain dari orang lain..
lain ke??

o0hoh!!!
dorang tgk aku senyum sensorang. kire aku ni unik ke??
dorang dengar aku gelak sembunyi2. kire aku ni special ke??
ape dorang tak pernah macam tu ke??

"orang gila je gelak sorang-sorang".. hohoho.. ayat lapuk la akak...
orang sekarang gelak sorang-sorang tu tak gila..
kalau tak ramai yg berjemaah kat Tanjung Rambutan..

alah.. cam la time dia bercinta dengan lelaki dia dulu tak ketawa sensorang..
(aku xpuas ati betul bila org ckp gile gelak sorang2) kalau ade video time dorang bercinta mesti mulut semua orang bisu..

salah ke aku gelak sensorang time baca blog orang yang wat N3 kelakor.. xpun bila n3 dia wat ayat yg hyperbola.. salah ker??

salah ker aku gelak sensorang kat aras 13 bila aku tahan malu tersalah susun jalan (btui ke ayat ni) sampai nk terjelepuk jatuh.. salah ke??

salah ke aku gelak sensorang time tgk movie lawak-tak-leh-blah.. salah ker??

salah ker aku senyum2 manja bila tunggu Komuter or bus sbb aku teringat kat member aku terkentut waktu ketawa.. salah ker??

salah ker aku tepuk meja time makan & senyum sensorang bila aku rase kerusi yang aku duduk tu tak selamat.. salah ker??

salah ker aku ketawa terguling2 kat hall umah bila aku baca buku gila2 or ujang. salah ker??

salah ker klo aku nk senyum sensorang bila aku nampak 'lelaki' aku.. salah ker??

gelak lah sesopan dia~~~

Nota Conteng:- Burung nuri burung dara,
                         Terbang ke sisi taman kayangan,
                         Salahkah kalau aku ketawa,
                         walaupun duduk tanpa berteman.

Monday, April 18, 2011

1 soalan 1000 jawapan

Assalamualaikum..
berkali2 soalan yang sama ditanya. kalau tak sama pun tp da bau2 sikit la.. sampai terasa jari ni nk membebel kat blog ni.. 1 soalan yang punya 1000 jawapan. ini aku je yang kasi, kalau orang lain tak tahu la plak brape jawapan dia..

soalan berkarat :-
1) Bila nk da pakwe?
2) memilih ke sampai xkapel2?
3) Orang macam mane ko tunggu/cari??
4) bila nk kawin??
5) tak terasa nk bercinta ke??

dan yang terkini, paling TERKINI soalan dia.. best je aku dengar, sebab soalan dia lain dr yang lain..
"ADDA tak stress ke tak da pakwe lg"
yea.. yea.. yea.. soalan yg memang sesuai dgn umor aku skarang. tak perlu nak fikir lama2. sebab soalan tu senang je. bukan open book test. bukan tutorial mengejut. bukan juga quiz nk up result pown~~~

"tak stress pun. nape?"
OK. biar saya terangkan disini. mengikut situasi.emosi.dan hidup saya sekarang, bercinta a.k.a punya 'pacar' adalah
amat
amat
amat
tidak penting. saya tak tahu pandangan orang lain kerna kita bukan berada dalam situasi yang sama. bukan dalam keluarga yang sama. bukan kongsi akaun bank yang sama juga bukan tinggal bersama. yang sama adalah kita hidup di dunia yang sama. itu sahaja.

untuk orang yang sama muda seperti saya. sudah punya anak dan keluarga, Alhamdulillah. saya tumpang gembira dengan mereka. malah mendoakan kenalan saya sentiasa berada dalam keadaan yang mereka ingini.

1) Bila nak ade pakwe?
Tunggu sampai hati saya jumpe dengan mereka yang buat saya dup-dap2. nafas kekadang cepat kekadang sekat2. jalan tersenyum sorang2 bila nampak si dia.hanya tunggu dia cakap 'nak jadi awek saye x?'

2) Memilih ke sampai x kapel2?
Yup, memilih.. macam yang korang tau. saya mencari orang yang kaya. kaye segala-galanya. kat sini saya tak nk xplain panjang2 sbb korang sure ckap saya budak DEMAND. hahaha.. betul.. nak cari teman hidup kena betul2 dik.. bukan sehari 2 je.. kalau takat main2, tak elok..

3) Orang macam mane ko tnggu & cari??
kalau nk list jawapan kat sini banyak kot. penat nk tulis ni. tapi yang penting kaya segala-galanya la..
  • dia MESTI kaya dengan IMAN
  • dia MESTI kaya dengan AGAMA
  • dia MESTI kaya dengan ILMU
  • dia MESTI kaya dengan KASIH SAYANG
  • dia MESTI kaya dengan ADAB
  • dia MESTI kaya dengan semua di atas..
tengok.. ni baru sikit, aku dah penat taip.. yang penting dia MESTI rajin cari DUIT sebab nanti kitorang KAYA. now, korang paham kan aku nk orang cam ne. x paham? okeh!!! aku malas nk citer lagi. OUT!!!


4)Bila nk kawin?
tunggu kakak aku berumah + tangga dulu baru aku teropong 'lelaki' aku k..

5) Tak terasa nk bercinta ke??
terasa la.. tapi skarang ni semua tu tak penting lagi.  nampak je aku  macam orang xda perasaan tp dalam hati ade taman u.. dalam taman ade la 'kumbang'.. hahaha.. gatai~~~

tak nampak cam 1000 jawapan kan?? sebab aku nk ceritakan semuanya perlu masa. kang da lak terbabas ayat2 yang xelok lak.. so, tunggu la n3 yang lain k..

pada yang bertanya tu.. "jangan stress dan sedih2. ape yang berlaku semua ada hikmahnya. ADDA percaya jodoh tu akan sampai. lambat atau cepat DIA yang tentukan. kawin atau tidak DIA yang janjikan. kita teruskan hidup, selagi terdaya korbankan apa yang ada pada keluarga. hidup dan mati kita takkan terputus ikatan itu. ADDA doakan jodoh kita mendapat berkat dariNYA"


Nota Conteng:- Cinta tak perlu dicari. Biarkan ia hadir dengan sendiri. Membawa seribu cerita. Memberi seribu kenangan yang penuh dengan beribu2 makna...

Sunday, April 17, 2011

aku tak pernah tua

Assalamualaikum...
sori si kenik3 aku.. ni cikDa yg punyer

Bunyi n3 kali ni agak angkuh sedikit..
yup aku tak pernah tua..

alkisahnya cam ni.. ari jumaat lepas (okeh n3 lambat sbb aku malas..) aku kuar ngan hosmate..
shupink3 abiskan duit... xla.. mane leh aku kan Hajah Bakhilliah.. aku temankan dia belikan adiah besday member dia.. agak2 besday aku dia kasi x? (hahahaha, sengal gurau jap)

anak dara jenjalan ujung minggu xda saPE yang heran.. lagi2 klo 'kapel'.. berkepit sampai angin xleh lalu~~~ hahahaha.. ayat kasi over la cikit kan.. jgn terasa yg ber'kapel', & yg br nk kapel jgn cecuba nk buat k.. ingat kat ana raffali, ultimate & suhaimi tu.. penat2 je dorang nyanyi ok..

kami (single & available) lagi la FREE, xda yg nk mengamuk bila blik rumah. tak da yang nk bebel bila lambat balik. xda yang nak muncung klo dapur tak berbunyi k.. T.A.K. A.D.A. oke.. 

okeh!!! dah merapu tu.. STOP. titik.Noktah.

dah penat shupink & isi perut..

Hosmate:- nak g 'popular' jap
Aku:- nak beli buku erk? OK
Hosmate:- x.. nk hidu buku jap..
Aku:- (?___?) {terkedu}

Last2.. memang aku yg beli buku.. hihihi.. dia pi hidu buku je.. 

Nota Conteng:- org SOLO memang cam Budak2 kot~~

Friday, April 15, 2011

rindu si Kenik3 itu

Assalamualaikum..

rindu si kenik3 kesayangan aku..



rindu Naya-------->Hanim Nadia

windu g-hah-------->Annur Najihah

rindu dik Ain------->Nur Ain Zafirah





Nota Conteng:- Cik Da g shupink td.. Raye nanti baru kasi.. kumpul sampai banyak dulu yer~~~

Thursday, April 14, 2011

Aku mau KAYA!!!

Assalamualaikum...

sebut saja KAYA semua orang nak..
cuba tanya 'siapa nk duit?? goyang tangan cam Usop vicair'..
sure berduyun2 hayun tangan sampai xnampak tanah... cam ABPBH dulu..
ala.. yang pakwe artis aku menang tu...

aku memang dari dulu.. sampai sekarang pun xpernah berubah jawapan tu..

"kak Adda nk cari pakwe macam mana ni?"
"yang KAYA.. KAYA segala2nya..."
"dah agak da.. dari dulu xpernah berubah.."klo xdapat jgk??"
"mesti akan dapat, insyallah"
"ish! degil.."
aku sengih mengerti.. tau sgt perangai aku.. yup.. budak degil kepala batu.tengkorak keras. korang lak ape???

Nota Conteng:- 'siapa nk duit?? goyang tangan cam Usop vicair'

Wednesday, April 13, 2011

Rahmat..

Assalamualaikum...

Hari ni saya 'syukur'..
sangat2 bersyukur.. betul apa ummi pesan, rahmat tuhan kita tak jangka bila, macam mana, dan dimana..

bulan ni agak kering sedikit 'poket' sebab duit dah banyak labur kat tempat lain..
  1. jumpe doc xhenti2
  2. kasi belanja kazen yang minta dimanja
  3. beli baju utk diri sendiri
  4. shopping benda yg xpatut
  5. hadiah utk si kenik3 aku 
 nampak??  duit keluar macam tu je..
xpe la.. bukan selalu ader duit nk ingat kat 'org lain'.. time keje jer...

minggu lepas masuk gaji..aku cam biase la.. haji  hajah  bakhillah, masuk duit terus kira ape yg perlu & tak..
so, bila dah cut ape yg xpatut dan kira ape yg perlu, balance =  RM24.00
ouhmaigod... cam ne?? cam ne?? cam ne??

tapi rahmat tuhan tu aku sedar sekarang..
ingat pesan abah & tabiat abah dulu.. dapat gaji bagi mok dulu --> nenek aku la

dan alhamdulillah, kami masih dapat makan sampai sekarang.. bila dah dpt gaji, terus kasi kat ummi.. walaupun xbanyak tp dah lega sebab 'niat' nak kasi pada ummi tercapai... walaupun aku lupa DIA tapi dia masih tlg bila kita ingat kat ibu ayah.. 

bila aku check balik, balance aku masih banyak dan mampu untuk belanja 'mereka'..
agak tersentuh & sebak sedikit.. 
okeh don't cry.. 
huhuhu...huwaaa....

tetiba aku teringat kat 'ustaz free' semalam.. dia cakap 'kita beruntung sebab dosa yang kita buat kat dunia akan dapat balasan di akhirat, sebab nabi kita mohon supaya dapat pengampunan untuk umatnya".. macam mane klo pengampunan untuk kita kat dunia ni xda??

dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada...

Nota conteng:- Cahaya_kebahagiaan.. sila jgn lupa 'mereka' yang sentiasa sayang anda~~~

Tuesday, April 12, 2011

Assalamualaikum...

ni pic cerpen saya

masih ingat cerpen aku???
 rupernyer tersenarai gak...

malunyer.. awal2 lagi aku dah taruk kat dalam blog aku... over bebenor..
ingat xleh join da...

pe2 pun thank kat admin blog k...

sesape nk vote aku leh je klik sini...

Nota Conteng: sila jgn vote kat Berita Harian... ni contest blog sahaja.. TQ

tetiba font BESAR...

Friday, April 8, 2011

Lelaki itu

Assalamualaikum...
Pernah kamu percaya 'cinta pandang pertama'?
pernah kamu rasa cinta pandang pertama??
Wujud ke cinta pandang pertama??

okeh, ini bukan sesi nk tahu ape tu cinta pandang pertama or kedua or ketiga atau yg lain2nyer..
tapi ini tentang ape yang aku rasa...

aku pernah ter'suka' kat member skool dulu kala.. time jaman muda mudi.. aku nampak dia masuk kelas 1st time dulu... fuhh!! 
bercahaya pintu tu..
mata aku pun terpinar2..
dia lak relekz je duk kat belakang member sebelah aku..
jenuh gak toleh...
tapi aku ego.. berlagak la.. malu ar org perasan tgk dia..
ok.. aku ngaku aku ego.. xda makna nk tgk 'bdk' tu..

mesti korang cakap aku merapu kan? ayat mengarut xleh blah kan??

tapi betul... aku xtipu.. aku pernah suka kat mamat tu.. itupun sebab time dia masuk pintu cam silau je..
so, aku pecaya la itu kononnye cinto pandang petama aku....

korang pecaye ke cite aku??

Nota Conteng: buat Meylisa sahabat aku.. tanx ko tolong support aku dulu...

"99 Hari Kisah Klasik Cahaya_Kebahagiaan : Pecinta Si Power Ranger"



"99 Hari Kisah Klasik Cahaya_Kebahagiaan : Pecinta Si Power Ranger"

Nurul.. lembut kedengaran bunyi suaranya memanggilku sambil menghulurkan kedua-dua belah tangannya. Aku tak membalas panggilannya tapi hanya sekadar senyuman yang manis dariku..
“Nurul!!” panggilnya lagi tapi dengan sedikit garau suaranya. 

Tak juga ku membalas panggilannya itu tapi sekadar tersenyum manis, lebih manis dari tadi. Mungkin kerana geram dengan cara aku itu “Nurul!!!”, panggilan garau malah lebih kuat dari tadi, garang suara tu macam bapa tiri panggil anak tirinya. Bukan sekadar panggilannya sebegitu malah dihulurkan sejambak bunga mawar yang dah layu. Layu pun layulah, nak buat macam mana Power Ranger aku kasi. Senyum ku riang sekali, dapat bunga dari kekasih hati.

Ketika memegang bunga itu terasa pedih pula tapak tangan ini, Rupanya ada duri lagi. Lantas ku hidu bunga itu, waa..busuk baunya.. kenapa ye. Tapi tanda berterima kasihku padanya aku muncungkan bibir untuk mencium tuan empunya badan. “aduh”.. 

“Ha! Bangun pun kau Nurul. Dah puas aku panggil dengan lembut, dengan batang penyapu, last-last aku terajang kau baru nak bangun”. Omel gadis berbaju biru dalam bilik aku tu. Sibuk je.

“patutla.. sampai hati kau Sal, sakit bont aku”. Balasku lembut.

“sorry la Nurul, itu pun aku terpaksa. Dah kau nak cium aku, gila ke. Sempat lagi kau senyum-senyum hidu penyapu ni. Kelakar la aku tengok. Apa best ke mimpi kau tu sampai begitu sekali jadinya?” kata Sal sambil ketawa, siap pegang perut lagi. Lawak la tu.

“ye ke Sal, Hish!untung kau dapat tengok aku senyum ye, bukan senang orang nak tengok aku senyum” balasku dengan bangga. Saja nak cover malu.

“memang bertuah Nurul, biasanya kau tak senyum tapi ketawa sampai nak tercabut pintu bilik ni..” 

“Allah!, tak adalah sampai macam tu aku ketawa, kau ni menambah-nambah lagi” protes ku. 

“Ye lah tu..” balas Sal terus berjalan menuju ke katilnya.

“woi, tunggu dulu, macam mana aku senyum tu? Nak jugak aku tahu, manis ke tak?” perasaan ingin tahu membuak-buak. Ye la, mesti kiut kan.

“Err.. macam ni” sambil menunjukkan senyuman dengan bibir yang muncung ke atas dan mata juling ditengah-tengah. 


“Haa. Ok la tu” kataku. Lantas dibalingnya bantal busuk kepadaku. Busuknya bantal kau Sal.

“weh, apasal kau kejut aku?”

“Oh, lupa plak. Kau dah solat zohor? Tak elok tidur petang nanti gemuk, nenek aku yang cakap. Betul atau tak itu aku tak tahu” bahunya dijungkit.

“Thank you! Sal, kalau nenek kau yang cakap, betul la tu. Baka Tun Teja la katakan” balasku sambil bangun menuju ke tandas untuk menunaikan kewajipan kepada-Nya.

“Sal..sal..sal..sal..sal” ku sebut nama Saleha sebanyak 5 kali dengan nada lembut dan berirama sambil memasukkan cekodok ke dalam mulut. 

“Urmm.. Bestnya, manis cukup, masin okay, sedap betul la. Siapa yang buat ni, pandai betul. Anak siapa ni?” ucapku dengan gurauan. Ayat bodek. Bukan aku tak tahu kat rumah ni aku dengan Sal je yang tinggal. Budak-budak lain pergi camping.

“Gatal!” balas Saleha sambil menjeling padaku. Alah jeling manja seorang kawan. Senyum geli hati. 

“Cute jugak anak pak Brahim ni kan. Baru Nurul sedar, tak gemuk, tak kurus, still maintain tapi tak boleh lawan anak pak Mad ni. Sorry” jawabku, terus berlari kearah ruang menonton. Masih sempat mencapai bekas cekodok. 

“Oit!!” kedengaran teriak dari dapur. 

“Apanya?” tangan memegang remote television. 

“kau tu, selamba ya ya je angkut pinggan cekodok tu nape?”

”Ya Allah! Tak sedar pulak aku” sengihku tapi tetap manis dipandang.

“Sal, dengar la ni” setelah sedar Saleha disebelahku. 

“apa Nurul? Kalau kau nak puji aku lagi tak payah la. Kita berdua je kat sini, tak da orang dengar pun. Lain kali nak puji, puji la depan orang ramai, baru betul” kurang asam boi nya member.

“Alah perasan la kau ni. Aku tak cakap pun lagi pasal apa” sengih lak budak sal ni. Kemudian dia pandang aku dan seolah-olah ingin aku teruskan bercerita. “Hensem kan?”

“Nurul, kau ni kan. Suka sangat cakap entah apa-apa. Merepek betul la. Agak-agak la kau nak cakap Fasha Sanda tu hensem. Cantik la.. Memang pun, tapi kita pun mesti cantik jugak kalau make up cam dia. Lagi cantik kot. Tengok muka kau sikit?” soalnya sambil pandang muka aku.

“Bukan dia la. Tapi Ammar, budak investment tu la.Power Ranges” balas aku dengan marah. 

“lain kali cakap biar ‘terang’, baru aku faham.ini tak cakap tergantung-gantung” protes Sal. Aik, bukan kau kan main redah je tadi.

Kami diam seketika melayan cerita ‘Natasya’ yang sudah menjadi cerita kegemaran aku dan Sal. “Dah lama kan kau tak jumpa Power Ranger kau tu, dah berapa hari ye?” Eleh, sibuk je nak tahu. Aku pun memang nak bagi tahu pun. Saleha adalah dairi bergerak aku.

“tak lah, tadi dah jumpa. Dia bagi bunga kat aku tapi tetiba ada minah sorang ni kacau aku. Potong line betul!” mata ku jeling memandangnya. Saleha ni susah nak faham kalau orang peril dia. Sumpah dia mesti tak faham. Tak pe la janji hati dia baik.

“ye ke, eee.. bestnya. Bunga apa dia kasi? Bila? Kat mana? Aku tak tahu pun. Hah! Minah mana yang kacau line kau ni? Bagi tahu aku cepat, biar dia kenal waris Tun Teja ni” Huii. Marah betul member aku ni, siap tunjuk silat lagi. Memang betul la waris Tun Teja. Aku geleng kepala ‘dah aku agak, kau memang lambat tangkap apa aku nak bagi tahu’. Sal.. Sal..

Aku tersenyum. “ tadi petang dia bagi bunga mawar kot, tapi bau busuk. Dalam mimpi tadi kaulah potong line aku”. 

Panas telinga aku dengar dia ketawa. “dia bukan bagi bunga mawar tapi bunga tahi ayam. Macam penyapu rumah kita ni bau dia” dan dia masih ketawa. Senang hati ye cik Sal.

“tak sabar aku nak pergi kelas besok. Kelas dia kat depan kelas kita kan, Sal?” saleha berdiri kemudian menolak kepalaku sambil menggelengkan kepalanya. 

“memangla depan kelas kita, tapi berlainan blok la. Kau ni Nurul, kalau berangan tinggi sangat. Susah aku nak tarik balik. Dah melangit ke kau berangan dengan power ranger kau tu?”

“kata kita, dia lagi teruk. Berangan dengan Ninja Boy sampai nak tidor pun tersenyum-senyum. Lagi teruk dari kita tau” Saleha pun ada minat kat seorang mamat ni tapi cerita dia lain sikit. Dia dapat layanan daripada si Ninja Boy. Aku, takat nak berangan sorang-sorang boleh la. Tak pe la, janji aku gembira. Ayat semangat untuk diri sendiri.


“Nurul, kalau la tetiba si Power Ranger tu tegur kau, apa kau nak buat?” soalan best ni. 

Jawapan pun mesti best jugak kan. “Buat bodoh la” sengihku. 

“tak la, aku rasa masa tu mesti aku pengsan dulu. Ye la. Orang kita minat tetiba tegur. Bagi kau la Sal, apa patut aku buat?” aku pulak tanya dia. Otak Saleha ni kadang-kadang bergeliga jugak tau. Budak pandai tu.

“kalau aku la kan” aku melihat jari telunjuknya menepuk pipi berkali-kali. Lambat pulak dia jawab. Saja la tu. 

“aku akan baca syair kat dia, kau ambik je yang senang-senang. Contohnya
‘tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Tegur hamba bila nampak,
Esok jangan rindu-rinduan’

Hrrm.. Ok kan?” jawabnya seraya mengangguk- anggukkan kepalanya. 

Macam Latipah Omar la aku rasa. Berpantun sambil tangan bergerak-gerak. Nasib baik dia tak menari kat situ. 

“kau tak yah cakap, mesti nenek kau ajar kan? Sal, kita ni tahun 2020 bukan zaman nenek kau, baca puisi atau syair” rungutku. Ingatkan boleh pakai idea dia. Rupanya lagi teruk.

“dah la Sal, baik kau tak payah fikir pasal tu sebab takkan jadinye” sedih aku nak terima keadaan jiwa aku masa ucap ayat itu. 

“tak da la, aku cuma tanya mana la tau, tetiba jadi kan. Kau jangan terkedu pulak” kata Sal. Harap-harap masin mulut kau Sal.

Hari dah berubah, bulan dah bertukar, penat cuti semester kat umah, dah sampai masa nak masuk semester baru lak… aku macam biasa la. Semangat yang berkobar-kobar nak gi study sambil menikmati kehenseman Power Ranger ku yang dah lame tak jumpa.. Last jumpa masa hantar Sal balik Perak ari tu kat terminal bas.. Macam mana dia yer??

Setiba aku dirumah sewa, disambut oleh housemate lain. Sal, Ina,Leha dan Aida yang lama aku rindu tu. Dah makin besar diorang ni. Jaga badan betul kot. Esoknya, semua sibuk bersiap nak ke kelas masing-masing.. aku seperti biasa bersama member sehati sejiwa aku. Siapa lagi kalau bukan si Saleha tu..
Dengan baju kurung yang ku rasakan menawan ni, aku berjalan seolah-olah model yang sedang berjalan atas pentas fesyen show ke kelas dengan keyakinan yang berkobar-kobar untuk tampil menarik di depan lelaki pujaan hatiku ‘Power Ranger’. 

Macan lagu kumpulan Raffedge tu, “cantik, menarik, tertarik, kau memang Da Bomb”…

Sedang aku membetulkan beg sandang yg dah kusam kat bahu, Saleha menyiku “Nurul, dia.. dia.. tu Power Ranger, maintain tau jangan gabra.. 
senyum.. 
senyum manis-manis..
ok sekarang senyum manis lagi..” tak henti-henti Sal mengajar aku. 

Wah! Dah macam pakar kaunseling cinta pulak aku rasa. Nak tergelak pun ada. Ye la.. dia pulak yang over. Siap dengan mimik muka lagi.. Sal. Sal..

Aku seolah-olah lalang, mengikut je kata si Saleha ni.. tak pe la.. mana la tahu lain kali tak ada peluang nak senyum kat dia lagi kan.. 

dengan bibir yang masih tersenyum ni, ku jeling ke kanan dan kiri, mana la tau ada orang lain. Nasib baik hanya kami bertiga je kat situ..

Jantung berdebar-debar. 

Dup 

dap 

dup

dap.. 

berselisih ngan ‘cinta hatiku’. Tetiba 

“Nurul”.. Waaa.. Dia panggil nama aku la.. eh! Cam ne dia tau nama aku?.. Sal, apa aku nak wat ni, pusing tak?.. ah! Pusing je la… 

“yup, saya…” kataku sambil tersenyum.. manja suara aku, pasti cair dia kan? Sal kat sebelah terlopong dengan suara ku, hampir nak meleleh air luar tu… 


“Sal, boleh kami nak cakap kejap?” katanya menoleh kearah Saleha..

“Baik, bang”…

Bang!.. ish! Dah lebih Sal ni, aku pun tak panggil abang. Mungkin hormat kot. Ammar kan tua 2 tahun dari kami.. tak pe Nurul, tak pe..relaks… 

"Am suka dekat Nurul, sudi kawan dengan Am?” Adoi, Sal apa aku nak jawab ni… Lame aku berdiam menbisu. bukan apa, tengah fikir nak jawab macam mana..

“tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
tegur Nurul bila Am Nampak,
esok jangan rindu-rinduan”

terus aku menyanyikan syair itu selepas dikejutkan oleh Sal.. ‘siap kau sal, malu aku tau!!!’

Ammar yang mendengar menahan ketawanya.. ya aku tahu kelakar bunyinya. 

Cam orang zaman retro bercinta je.. Sal lagi la, siap memegang perut tahan tawa sambil berlari ke tandas.. nak buang hajat atau nak melepaskan tawa?? Malunya… mak tolong la anak mak ni…

“mmm… best.. tak tau pulak suara Nurul best? So, ape jawapan dia? Sudi tak?” Tanya Ammar buat kali kedua.. 

“kalau Nurul cakap tak sudi, apa Am akan jawab?” aku bertanya.. wah! Dah pandai aku memberi reaksi yang selama ini aku fikir jika situasi ni berlaku…

“jika kau tiada 
pada siapa kan kudendang syair cinta 
dan dakapan mana harus ku bersandar
meraih kasih yang ku perlu”

Ammar menyanyikan lagu Jika Kau Tiada nyanyian Erra dan Yusri. 

Erm.. pandai… Romantiknya…. 

“kalau Nurul setuju jadi kawan Am, apa Am nak kata lak?” Tanya aku lagi. Jawab la.. Jawab la.. Hehehe suka lak aku..

ku juga mencintai dirimu,
kau amat sempurna buat ku 
bukan saja aku biarkan 
kan ku ucap jua padamu

tak habis-habis Sal menyanyikan lagu Saiful Malaysia Idol tu sambil mencuit-cuit dagu aku… siap senyum-senyum lagi.. ngada-ngada tau. Eee geramnya aku…

Seketika kemudian dia tukar pulak nyanyian lain.. 

“tuai padi antara masak, 
esok jangan rindu-rinduan,
intai Nurul bila Am nampak,
esok jangan rindu-rinduan”

Tak pe Sal. Aku sabar je k. nak wat cam ne, bakal adik ipar. Pandai yer korang simpan rahsia.. baru tadi aku tahu yang si Saleha Zuraini Ibrahim tu adik kepada Ammar Hamzah Ibrahim.. Patutla bila hantar Sal je mesti jumpa dia. Tak hairan la dia tahu nama aku. Nampaknya aku pun bakal tergolong dalam waris Tun Teja juga lah ye.. 

Ammar Hamzah Ibrahim dan Ain Nur Syuhada Muhammad… Sesuai dan serasi kan. Aku harap kita juga sehati dan sejiwa. Power Rangerku sesungguhnya “ku jua mencintaimu” tulus ikhlas dari snowhite_teruterubozu mu..

Sukarnya ‘tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya
Ooh.oh.

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu
Sukarnya untukku ucapkan
Ku takut akan kehilangan mu
Akan ku buat segalanya
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya
Ohhh..

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

Maaf sal, kau kena dengar lagu ni hari-hari kat bilik kita…:-p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...