Tuesday, October 25, 2011

M.A.L.A.S

Assalamualaikum...


Sicantik, Sikiut & Si kacak,


Dengan hormatnya saya merujuk kepada tajuk di atas

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak Cahaya_Kebahagian telah diserang sejenis penyakit malas yang sukar untuk dipulihkan kerana tiada ubat disediakan untuk penyakit ini. 

3.         Penyakit ini dapat dikesan beberapa hari yang lalu ketika saya bergumbira-riang-ria mengikuti kursus yang dijalankan di tempat mencari nafkah selama 3 hari.

4.         Ceritera yang terbaru akan dipaparkan mengikut situasi mental, emosi & masa.  Diharap semua memahami.

Sekian, terima kasih.


 
  


  (Cahaya Kebahagian)
Insan Kerdil
www.akubdkkampong.blogspot.com

 Nota Conteng: sibok dengan kerja sampaikan dalam blog pun nk wat cam kerje~~~

Wednesday, October 19, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #10

Assalamualaikum....





Nota Conteng: mengamit memori.. hanya beberapa keping sahaja yang masih sempat diselamatkan... rindu saat sekolah dulu terasa...

Monday, October 17, 2011

Wahai Mimpi

Assalamualaikum...
Sudah hampir 1 minggu tidur saya diganggu oleh mimpi2 yang kurang enak. contohnya semalam saya mimpi deodorant saya dah abis. Bila saya pergi kedai semua kedai dah abis jual, bangun esok pagi terus saya cari deodorant-check dah abis atau masih ade lagi.
Sehari sebelum tu saya mimpi keluar dengan member rumah pastu ada sorang lelaki yang saya tak suka tetiba cakap " xdapat yang tua, yang muda lagi bagus"... HUH!!!!
mimpi2 yang menakutkan je muncul sekarang ni.. mungkin terlampau banyak sangat berfikir sampaikan dah pelik2 saya mimpi...
 wahai tidur....
mimpilah kamu yang enak2.. 
moga aku girang esok pagi.. 
moga senyum aku xberhenti.. 
moga lelaki itu tabah menanti.. 
dan moga----sila sambung sendiri k...(>__<)
Nota Conteng:  Moga 'lelaki' itu hadir malam ini

Wednesday, October 12, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #9

Assalamualaikum...


Yang mane satu saya?? 
Hint: Berkasut putih bertompok hitam, 
        Bert-shirt cantik berlengan panjang,
        Bersenam sambil tersenyum girang,
        itulah saya budak yang riang...

Nota Conteng: terkenang di masa lalu

Monday, October 10, 2011

Diam buat hati saya lapang

 Assalamualaikum....
Alhamdulillah perkabaran dari sahabat yang saya dengar membuatkan hati saya lapang setelah penat melayan masalah yang mengganggu konsentrasi di rumah & pejabat.
syukur dengan apa yang 'terjadi'..
syukur dengan apa yang aku 'lihat'..
syukur dengan ape yang aku 'dengar'...
dan sangat2 bersyukur dengan apa yang DIA beri..
ALHAMDULILLAH~~~
Nota Conteng: sebuah kesabaran untuk setiap kepahitan yang berlaku pasti akan ada satu kebahagiaan bagi satu penantian... Abe udin yang kedekut, kak uyu minta blanje cokelat black forest~~~

Friday, October 7, 2011

Senyum belum tentu membantu hati kamu menjadi lapang

Assalamualaikum...


Cerita saya pada minggu ini banyak berkisar tentang perasaan yang sedih-kecewa-pilu. Hari-hari yang dilalui penuh dengan pelbagai perasaan. Diri ini cuba untuk menjadi segagah mungkin, minda yang mengharapkan kekebalan dalam menentang segala yang tidak mahu saya ingatkan. hati yang terasa begitu pedih seakan saya telah menambah dot-dot- hitam ke atasnya.

Ini bukanlah minggu yang sesuai untuk saya menjadi lantang. Ini bukan minggu yang elok untuk saya bergosip nakal. Ini juga bukan minggu yang bagus untuk saya berbangga diri. Kerana saya ingin sentiasa mengingatkan diri agar cuba menjaga hati supaya hitam jangan sesekali makin pekat. Agar mulut jangan terlalu senang bercerita. Supaya telinga sentiasa berlagu dengan zikir Allah. Mendoakan lidah ini kelu tanpa suara & ayat berbisa. Agar hormat saya makin baik. Agar malu saya makin menebal.

Jenjalan di FB semalam, saya tertarik dengan kata2 ini. terasa seperti betapa jahatnya saya minggu lalu. Emosi telah membantu syaitan untuk menambahkan lagi pekat hitam hati ini. kata2 itu juga menyedarkan saya betapa setiap apa yang saya bersabar sebelum ini mungkin akan sia2 walaupun hanya beberapa kata yang kurang enak keluar dari mulut ini. Semoga nasihat dibawah dapat saya ingat kerana ujian Allah sentiasa ada untuk memberi peluang kepada saya 'mengumpul + menambah saham dunia supaya boleh dilaburkan di akhirat sana'.. InsyaAllah.
  • kamu mengkritik dan menghina mereka yang berpakaian ketat, baju sendat dan tidak menutup aurat. Namun setelah beberapa ketika, kamu turut berpakaian seperti mereka.
  • Kamu menyampah melihat pasangan yang couple. Namun setelah beberapa ketika, kamu turut menjadi seperti mereka.
  • Kamu memandang sinis kepada mereka yang menukar tudung dari tudung labuh kepada tudung singkat. Namun setelah beberapa ketika, kamu turut menjadi seperti mereka.
  •  Dan tidak Allah biarkan kata2 kritikan, hinaan, dan cacian yang keluar dari mulutmu itu tanpa diuji semula keatas kamu.
p/s: adalah lebih baik kamu berdoa semoga dia diberi hidayah dari mengutuk dan menghina dalam diam...(^^,)..from Bidadari Besi's FB wall
Nota Conteng: Saya mengelak dari menegur mereka berkali2 andai malu sudah tiada dalam diri. Saya mendoakan iman saya teguh saat menjadi insan istimewa untuk menghadapi ujianNYA.

Wednesday, October 5, 2011

Rabu Bercerita tanpa kata @ Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum...


saat jiwa lara, maka diam itu lebih mulia..
saat hati panas beremosi, maka temani aku disisi..
saat aku lemah tak berdaya, suntikkan aku tenaga cintaMU

Nota Conteng: Meluah bukan satu jalan penyelesaian yang baik andai malu sudah hilang dalam diri..

Tuesday, October 4, 2011

saat saya resah, biar bintang saja menemani

Assalamualaikum...
Semalam hari yang sangat menguji jiwa saya. hari yang saya rasakan dada penuh sebak dengan berbagai perkara sampaikan tak tahu macam mana hendak diluahkan. bagaimana kata dan cerita untuk di sampaikan pada mereka yang amat memahami. alhamdulillah, selepas keluar melepak di tasik sambil ingin menikmati bintang malam yang tak muncul2. 
 buat 'mereka-mereka' yang saya sayang, terima kasih kerana menemani & memahami jiwa lara semalam...huhuhu
pic curi dr pakcik google
tiada limau seMASAM cuka..
tiada pekasam seMASIN garam..
tiada kopi seHITAM arang..
tiada salji sePUTIH kapas..
tiada peria sePAHIT hempedu..
...tiada pantai seLUAS laut.....
tiada gula seMANIS madu..
tiada yg AGUNG selain DIA~~~
 Nota Conteng: Saya mendoakan agar hati saya lapang tanpa penuh hitam dengan sesuatu yang tidak elok
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...