Assalamualaikum...
Cerita saya pada minggu ini banyak berkisar tentang perasaan yang
sedih-kecewa-pilu. Hari-hari yang dilalui penuh dengan pelbagai perasaan. Diri ini cuba untuk menjadi segagah mungkin, minda yang mengharapkan kekebalan dalam menentang segala yang tidak mahu saya ingatkan. hati yang terasa begitu pedih seakan saya telah menambah dot-dot- hitam ke atasnya.
Ini bukanlah minggu yang sesuai untuk saya menjadi lantang. Ini bukan minggu yang elok untuk saya bergosip nakal. Ini juga bukan minggu yang bagus untuk saya berbangga diri. Kerana saya ingin sentiasa mengingatkan diri agar cuba
menjaga hati supaya hitam jangan sesekali makin pekat. Agar
mulut jangan terlalu senang bercerita. Supaya
telinga sentiasa berlagu dengan zikir Allah. Mendoakan
lidah ini kelu tanpa suara & ayat berbisa. Agar
hormat saya makin baik. Agar
malu saya makin menebal.
Jenjalan di FB semalam, saya tertarik dengan kata2 ini. terasa seperti betapa jahatnya saya minggu lalu. Emosi telah membantu syaitan untuk menambahkan lagi pekat hitam hati ini. kata2 itu juga menyedarkan saya betapa setiap apa yang saya bersabar sebelum ini mungkin akan sia2 walaupun hanya beberapa kata yang kurang enak keluar dari mulut ini. Semoga nasihat dibawah dapat saya ingat kerana ujian Allah sentiasa ada untuk memberi peluang kepada saya 'mengumpul + menambah saham dunia supaya boleh dilaburkan di akhirat sana'.. InsyaAllah.
- kamu mengkritik dan menghina mereka yang berpakaian ketat, baju sendat dan tidak menutup aurat. Namun setelah beberapa ketika, kamu turut berpakaian seperti mereka.
- Kamu menyampah melihat pasangan yang couple. Namun setelah beberapa ketika, kamu turut menjadi seperti mereka.
- Kamu memandang sinis kepada mereka yang menukar tudung dari tudung labuh kepada tudung singkat. Namun setelah beberapa ketika, kamu turut menjadi seperti mereka.
- Dan tidak Allah biarkan kata2 kritikan, hinaan, dan cacian yang keluar dari mulutmu itu tanpa diuji semula keatas kamu.
p/s: adalah lebih baik kamu berdoa semoga dia diberi hidayah dari mengutuk dan menghina dalam diam...(^^,)..from Bidadari Besi's FB wall
Nota Conteng: Saya mengelak dari menegur mereka berkali2 andai malu sudah tiada dalam diri. Saya mendoakan iman saya teguh saat menjadi insan istimewa untuk menghadapi ujianNYA.