Wednesday, July 20, 2011

Rasa hari Rabu..

Assalamualaikum..

 Diam saya tanpa kata. Dalam hati rasa penuh sesak, tebal dan makin sesak memenuhi ruang. Hati tertahan andai badai ini boleh saya bendung, andai badai ini akan susut ditelan masa yang berlalu, akan saya tahan ia sehingga hilang dari pandangan mata tanpa dapat dihidu mereka yang saya sayang.

Diam saya tanpa kata. Dalam diri menanggung beban, makin ia datang menebal buatkan jiwa saya kusut. Memikirkan sesuatu yang buat saya merasakan diri menjadi seseorang yang lain. Seseorang yang saya sendiri tidak suka. Beban yang menebal itu mahu saya cantas ia supaya ringan kepala ini dengan sesuatu yang saya sukai.

Diam saya tanpa kata membuatkan hati saya makin gelisah. Andai mulut ini pandai berkata-kata. Andai diri ini berani untuk berkata. Andai hati ini bisa meluahkan semua kata-kata itu. Moga semua yang hitam ini bertukar putih.

Nota Conteng: 
saya mencari kekuatan diri untuk hari ini dan minggu ini..
saya mencari ketenangan minda untuk diri ini dan jiwa ini..
saya melempar pergi kusut & kotor hati ini, agar hitam itu bertukar merah..
saya ingin hapuskan benci dalam diri serta iri hati yang mula wujud tanpa disedari..
saya mahu mencari kekuatan ini agar putih akan muncur,
agar sabar & tabah menebal, 
agar damai ini datang kala saya memerlukan~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...