There was an error in this gadget

Wednesday, December 26, 2012

Kutiau ku ke singki..

Assalamualaikum...

Hujung tahun ni macam-macam kisah banjir kita boleh dengar. Tapi saya bukan nak story pasal banjir k. Ini adalah kisah kehampaan yang terjadi pada diri saya. 0keh!! Kalau time hujan tak nak Berenti ni la perut sentiasa berkeroncong. So, berbekalkan ingatan kutiau aka kiew tiau yang tak digunakan kat dapur, bersemangat saya nak memasak. Hari ni plug suiz lampu dapur meletop tak tau pasal ape, so masak pakai torchlight tepon cap ayam je.. janji masak..

Bawang putih, bawang merah, cili siap dipotong. Kutiau dah direndam dan dicuci. Panaskan kuali. minyak masak dah masuk, kacau senduk ala-ala PRO chep. Tumis bahan tadi. Garam. Air. Kicap masin-manis. Tabur serbuk lada hitam-lada putih. +sayur goreng yang dah ade. kacau agak-agak sebati, then rasa. Campak kutiau pastu goncang kuali ala-ala chef ismail. 

Last skali taruk telur kasi nampak cam Char Kiew Tiau xda seafood.. hahaha... Prang! sebijik.. x cukup ni.. prang!! dua bijik.. cantik susun kiri-kanan telur tu.. Prang!!! tak sempat nak tuang kat tengah2 dah jatuh kat dalam kuali.. abis sebijik laju masuk dalam kuali.. Pejam-celik-pejam-celik intai kulit telur. da benda itam dalam kulit tu.. saya hidu, ada bau busuk. Sah!!! telur sejuk+busuk...

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! abis kutiau tu.. hampa keciwa dan sensara rasanya sebab dah lame xmasak kutiau tetiba jadi camni.. huhuhuhu... baik je susunan tadi.. tunggu kejap je nak angkat dalam mangkuk.. Adoi! mmg xberjodoh la perut ngan kutiau malam ni.. Maaf ye perut, lain masa kasi ketemu.. Putus harapan dgn kutiau tadi terus masak nasi goreng belacan...moral of the story -pecahkan telur dalam mangkuk dulu before taruk dalam kuali- hurm~~~


Nota Conteng: Orang tamak selalu rugi.. Padahal dua biji telur pun dah cukup~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...