Terima seadanya
Mana aku pergi disitulah aku lalui
Macam mana aku pilih begitulah aku rasa
Apa yang aku mintak ini yang aku terima
Apa yang aku mahu ini yang aku dapat
Bila ada positive pasti tersedia negative
Jika ada yang jahat mesti terselit yang baik
Aku harus menjadi aku
Beginilah aku sebagaimana aku
Jangan berkasar bila dikasari
Harus berlembut jika diuji
Tabah & sabar bila teruji
Jangan melenting bila dikeji
Bibirku manis berikan senyuman
Hatiku riang mencari ketenangan
Mindaku senang menghayati keindahan
Hari aku girang tanpa gangguan
Alhamdulillah….
Minda masih segar dengan nasihat ummi
Terus membeku disanubari
Hati sentiasa bersalawat
Lidah basah dengan zikir
Jiwa sentiasa bermunajat
Muka seri dengan senyuman
Aku bersyukur..
Mataku indah dengan warna
Telingaku masih punya deria
Mulutku bergetar mengeluarkan suara
Kulitku elok badanku sihat
Makanku baik tanpa memilih..
Indahnya aku ciptaanNYA…
Nota Conteng:- 'biar hidup penuh dengan warna2 indah"
No comments:
Post a Comment