Monday, May 14, 2012

Terima kasih ummi

Assalamualaikum...
ummi KAMI..
Kehadapan ummi yang KAMI sayang.. Semoga sihat dan bergembira dengan cucu baru ummi tahun ini.. Selamat Hari Ibu.. Selamat Hari Ibu.. Selamat Hari Ibu.. saat ni Dah tak tahu nak mulakan macam mana.. hanya ucapan Selamat Hari Ibu yang berulang-ulang dikepala. Walaupun sambutan hari ibu hanya ucapan dari kami yang menyusul kedengaran ditelinga ummi tapi itu sudah cukup bermakna bagi ummi kerna ummi tahu Kami sentiasa meletakkan ummi yang pertama dihati berbanding orang lain.

Hari-hari bersama ummi amat bermakna. Hari-hari bersama ummi sempurna hidup KAMI. Bila dikenangkan kembali 34 tahun yang lalu, bukan semuanya KAMI tahu susah ummi, bukan smuanya KAMI faham keadaan umi dan bukan semuanya Kami rasa perasaan ummi. Walaupun hanya beberapa tahun yang lalu cuba diingat kembali kenangan tika bersama sudah cukup buat KAMI berasa 'sesungguhnya amat bertuah memiliki UMMI'.

Pastinya abah turut terharu punya pasangan yang begitu sempurna buatnya, mok pula pasti berbangga sehinggakan orang tidak percaya wanita ini adalah menantu bukan anak, dan sudah semestinya saudara-mara turut gembira dapat menumpang kasih keluarga kita.

*********************************************************************************
UMMI,
seorang wanita yang sempurna di mata saya.
Marahnya tidak pernah berbekas dikulit kami.
Geramnya tidak pernah berbirat parut di badan kami.
Sabarnya sungguh menebal tanpa pernah meninggi suara.
tidak pernah sekalipun terniat dihati untuk memukul kami.
Salah kami sentiasa ditegur, kurang kami sentiasa ditambah..
sehinggakan saya merasakan UMMI adalah guru terbaik dalam hidup saya.
KAMI sayang UMMI..
MIA- abe kin & k.tini
Nota Conteng: mahu kumpul memori dengan UMMI banyak-banyak-banyak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...