Sunday, May 9, 2010

"SELAMAT HARI IBU -------> UMMI"

buat mu ummi.... Ibu bergenang air mataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian Biarpun kepahitan telah engkau rasakan Tak pula kau merasa jemu Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu Dari kecil hingga dewasa Hidupmu kau korbankan Biarpun dirimu yang telah terkorban Tak dapat kubalasi akan semua ini Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu Ibu kau ampunilah dosaku Andainya pernah menghiris hatimu Restumu yang amatlah aku harapkan Kerana disitu letak syurgaku Tabahnya melayani kenakalan anakmu Mengajarku erti kesabaran Kau bagai pelita di kala aku kegelapan Menyuluh jalan kehidupan Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana... Kasih sayangmu sungguh bernilai Itulah harta yang engkau berikan Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu ------------------------------------------------------------------------------------------------- Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Tempat menyatakan kasih Wahai ibu Betapa tidak hanya engkaulah Yang menyinari hidupku Sepanjang masa engkau berkorban Tidak putusnya bagai air lalu Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Tempatku menyerahkan kasih Wahai ibu selamat hari ibu sedunia buat ummi.... aku tiada ucapan yg dapat digambarkan selain dr lagu ini.. walaupun orang kate hari ibu bukan hanya pada hari ini kerana hari-hari adalah hari ibu, tp jika kita tidak khusus kan 1 hari buat hari ibu, pasti kita xkan menunjukkan betapa bermakna ibu dlam hidup ini.. keranan hari ibu ini, rmai ibu2 mendapat ucapan atau hadiah dari insan tersayang.. tidakkah ini satu hari yg mereka amat nanti2kan.. suatu masa kita juga menantikannya.... dibawah ini aku sediakan originally dr aku buat ummi tersayang..
ummi.. kaulah ratu hati ku.. kaulah nyawaku.. kaulah jiwa ku.. kau mengubat laraku.. kau pemangkin semangatku.. ummi.. hidupku ceria bersamamu.. hari2 ku memerlukanmu.. kasihmu xpernah kurang.. ilmu dr mu xpernah berhenti.. sayangmu berbelah bagi.. ummi.. walau tanpa 'teman' disisi.. kau tabah didepanku.. tidak sekali kau menyesali.. wujudnya kami disisi.. malah kau syukuri.. ummi... kau tiada dua, tiada tiga.. tidak tumbuh juga tiada ganti.. hadirnya mu suatu rahmat.. setianya mu memberi berkat.. kau hanya satu dlam seribu.. ummi... kasih sayangmu xpernah dipersia.. belaianmu pengubat jiwa.. didikanmu begitu bernilai.. sehingga ku menjadi manusia... ku berdoa menjadi sepertimu.. ummi.. xpernah terlintas ku ingin mencari ganti... tidak mungkin ada gantimu.. hanya engkau & pasti engkau.. kaulah insan teristimewa... ~~~ummi ku sayang ummi~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...