Sunday, September 29, 2013

Beranilah jika anda melakukan kesalahan..

Assalamualaikum..


Bila anda melakukan sesuatu kesalahan, beranikah anda mengakuinya? mungkin anda jawab dengan spontan tapi memikirkan adakah betul diri berani menghadapinya. Mungkin anda akan memberikan jawapan yang kurang pasti atau melengah2kan masa untuk menjawab kerana tiada keyakinan dalam diri. Atau mungkin juga anda menjawab dengan beraninya kerana memikirkan diri anda memang sentiasa bersedia dengan segala risiko. Bagaimanakah jawapan anda?? Beranilah jika anda melakukan kesalahan...

Saya baru balik dari CC 1/2jam yang lalu. Printkan borang permohonan kerja & sijil2 yg ada. Sekarang saya adalah seorang lepasan siswazah yang tengah mencari kerja tetap. sudah boring dengan kerja kontrak sejak 3tahun yang lalu. sesiapa memerlukan kakitangan sila bagitau saya.. hahahaha..

Tengah layan borak sambil tunggu diorang print apa yang saya nak, tetiba datang sorang brother. Disebabkan saya punya banyak, so kasi la dia buat yg bro tu dulu. Tetiba nampak muka adik tu cuak. saya perasan kertas tersekat kat dalam mesin. ingatkan yang saya punya sbb dia sorok2 bawah meja. xpe la. saya buat xtahu je..

Tetiba Bro tadi datang balik cakap satu lg paper asal dia xda. Rupenya yg rosak tadi bro tu punya. Mungkin kerana takut banyak helah yang diorang berikan. Saya malas nak masuk campur sbb nanti adik tu yang malu dan keadaan macam xmengizinkan sbb ada orang lain lg. saya diamkan diri, nak tengok adik tu bagi respon cam mana. saya pun xnak jadikan keadaan lagi kelam kabut. Habis setiap sudut dan sijil saya bro tu belek satu-persatu. Biarlah janji dia puas hati. Akhirnya, bro tu keluar macam tu je sbb member dia call nak jumpe. Nasib korang baik dik....

Geram jugak bila fikirkan balik sbb adik tu tak sepatutnya berperangai macam tu, kerana ia akan memberikan pandangan buruk pada CC tu bukan pada dia sahaja. Jika sentiasa mengamalkan sikap sebegitu maka sampai bila anda ingin jadi pengecut. Nasihat buat saya dan adik itu. moga dia membaca entry ini (memang xkan baca pun sbb dia xkenal pun CK)... hahahaha

Nota Conteng: Bukan hanya berani kerana benar tapi beranilah jika berbuat kesalahan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...