Wednesday, March 31, 2010

Pagi yg Gelap.. Kini sdah TERANG

moning... aku ngantuk lg la... skung ni tgh menaip dlm keadaan mata yg kuyu ala-ala garlfield... dgn kpala yg biol xtdo dr smalam coz baca novel yg berantu kat umah ni.. ngantuk nyer.. okeh2 aku nk citer yg pg td aku dpt msg 'syg check spa. exam 41'.. terkocoh2 aku lari turun on pc kat bwah ni, gn blur2 lg nasib baik xjatuh tgga.. dah check td.. alhamdulillah dpt exam tu.. Nama Penuh : NURUSSAADAH BINTI MUHAMMAD Peperiksaan : PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41 Kod Skim : 14INTE No. Angka Giliran : 0636048 Tempat Peperiksaan : DEWAN , SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA KOMPLEKS SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB 15300 KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM. Tarikh Peperiksaan Bahagian Seksyen Masa Dari Masa Hingga 10/4/2010 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41 1 A 09:00 09:40 10/4/2010 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41 1 B 10:00 10:45 10/4/2010 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41 1 C 11:00 11:45 10/4/2010 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41 1 D 12:00 13:00 10/4/2010 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41 1 E 14:00 15:00 10/4/2010 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41 2 A 15:20 16:00 10/4/2010 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41 2 B 16:00 16:20 1st time ni.. nk prepare ape?? aarrrggggg... ni wat aku nk pk mcm2 ni... nak stdy ape?? nk g ngan sape?? nk g ngan ape?? nak pakai bj ape?? kaler ape?? haish...kang aku tdo br tau.. pening2.. siap bgtau lg ape yg kuar... bila dah bc br la menggelabah aku... huuuuuaaaaaaa

BAHAGIAN 1 terbahagi kepada 5 seksyen iaitu:

Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya. Ia merangkumi pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Masa :40 minit

Jumlah soalan :50

Seksyen B - Daya menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur Kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut:-

i. Kemahiran Logik

Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii. Kemahiran Menginterpretasi Data

Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii. Konsep Matematik

Konsep matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam Kertas Matematik tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Masa : 45 minit

Jumlah Soalan : 40

Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Seksyen ini mengukur kefahaman dan pengertian berasaskan 4 petikan karangan yang dikemukakan iaitu 2 dalam Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap petikan diikuti dengan 5 soalan.

Masa : 45 minit

Jumlah Soalan : 40

Seksyen D - Esei Bahasa Melayu

Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa : 1 jam

Soalan : 3 jawab 1

Panjang Esei : 300 hingga 500 patah perkataan

Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Pemilihan esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa : 1 jam

Soalan : 3 jawab 1

Panjang Esei : 200 hingga 300 patah perkataan

Bahagian 2 mengandungi 2 seksyen iaitu:

Seksyen A - Sahsiah Diri

Seksyen ini untuk mengenal pasti profil sahsiah calon. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dan perlu menjawab dengan jujur tentang diri sendiri.

Masa : 40 minit

Soalan : 200

Seksyen B - Minat

Seksyen ini mengenal pasti kecenderungan calon dari segi bidang kerjaya yang diminati. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan.

Masa : 20 minit

Soalan : 227

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...