Hari ni sudah 12 Ramadhan. Alhamdulillah tidak tergugat untuk ponteng puasa bila menikmati hidangan yang memang kasi saya sluurp!!! (telan liur). Dan masih sempat untuk saya kongsikan ilmu2 dari mereka yang lebih pakar. I kan budak baru belajar, kalau salah nanti bahaya..
Tazkirah ini saya terima dari email kerja di office dan telah pendekkan sesimple yang mungkin untuk dipaparkan di blog saya untuk dikongsikan ilmu bersama mereka2 yang membaca. Terima kasih.
Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal Ramadan sampai akhir Ramadan iaitu doa;
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun,
Ampunkanlah dosa-dosa saya).
Kalau dibuat setiap malam dari awal Ramadan sampai akhir Ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan Ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.
Tazkirah ramadan ini ditulis semula daripada rakaman tazkirah Ramadan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din pada hari Khamis 12 Ramadan 1427H bersamaan 5 Oktober 2006. Untuk mengikuti tazkirah lain lagi boleh tekan tetikus kamu disini.
Nota Conteng: Teringat pesan kakak saya (isteri abang saya) Bulan Ramadhan juga Bulan Jodoh. Jangan lupa doa percepatkan jodoh----> buat si anak dara sahaja
No comments:
Post a Comment