There was an error in this gadget

Friday, August 26, 2011

Menghitung Hari:- balik raya

Assalamualaikum...
Saya sedang menghitung hari. wah! cam kris dayanti plak ye, nk menghitung hari bagai.. okeh saya nk cakap juga.. saya menghitung hari. menghitung hari nak balik kampung. semangat nak balik berkobar-kobar ini hari.

Pagi tadi datang opis kul 6.45pg, gila datang awal pagi. macam la masuk opis awal dapat balik awal.. hahaha.. semangat yang amat sehingga nk tidur pun tak dapat. cuba bayangkan last saya blik Kelantan raya cina ari tu. kalau simpan dalam botol sirap kordial 5liter pun rindu saya pasti melimpah-ruah keluar sebab banyak amat. 
Hari-hari asyik bercakap kat telefon je. bukan hati kering tak ingat kampung tapi sehari-dua blik pastu pulang kl tuk kerje.. hmmm... kem salam la... wat penat badan & rindu nk bertekak ngan semua orang pun xlepas.. 

Balik raya tahun ni mungkin lebih  bermakna sedikit sebab, ini tahun pertama beraya sebagai -seorang yang sudah bekerja-. So, ade la pengalaman kasi duit raya nanti. sebelum ni asyik tadah tangan mintak ngan adik-beradik, tahun ni ade la rezeki nk hulur tangan kasi sampul sekeping dua. Blik kampung pun perasaan dia lain sikit aura raya tu terasa bila dah beli macam-macam untuk orang umah.
rupanya ini perasaan balik beraya bila jauh dari keluarga & sudah bekerja.. hihihihi.. Hepi!!!!

Jangan lupa yer!!

Nota Conteng: aku mendoakan ketenangan jiwaku, aku mengharapkan kesucian lidahku, aku mendambakan keluhuran akhlakku, aku memerlukan kesabaran serta ketabahan & aku sentiasa menginginkan keberkatan hidup ini dariMU..

1 comment:

gedek! said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, nurussaadah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...