Monday, September 5, 2011

hari raya tapi belum ada cerita raya

Assalamualaikum....


Sila abaikan tajuk n3 ini. cerita hari ini tiada kaitan dengan hari raya. tiada kaitan dengan gembiranya makan daging dihari raya. juga tiada kaitan betapa banyaknya duit saya berbelanja untuk hari raya. itu semua saya simpan untuk lain masa.

tengok pic diatas? cantik? berserabut? biasa-biasa? atau tak menarik langsung? gambar diatar saya sesaje kasi ada hiasan untuk story kali ini. mood dan kepala saya dah hampir sama dengan pic itu. Mood saya dah macam layu untuk bekerja kerana tenaga & bateri belum penuh-sepenuh-penuhnya gara-gara pulang dari kampung baru. fikiran saya juga dah macam bunga2 itu yang berserabut memenuhi kawasan yang entah kat mana pun saya tak sempat nak selidik sebab saya pinjam dari encik/cik google. Terima kasih encik/cik google.

ok. sekarang mst korang pun pening+heran entah ape yang saya nk bagi tahu. entah ape yang saya nk cerita kan? abaikan sahaja, atau lebih senang terus ziarah di blog2 lain kerana sekarang saya tengah melepaskan segala benda yang ada di dalam fikiran saya. melepaskan masalah yang berkumpul sejak seminggu yang lalu. Kalau lah bleh buat macam Squidward Tentacles, mencabut otaknye bila tension dengan spongebob atau seperti Albus Dumbledore menggunakan kayu magic dia untuk keluarkan ingatan yang dia tak nk ingat.

saya bukan nk cari masalah tapi saya nk selesaikan masalah.. tapi rupa-rupanaya masalah itu dah jadi satu masalah bagi saya. okeh! stop membebel. Jom balik sambung kat umah sbb dah time balik..

mari temani saya membebel lagi di sini. masalah yang saya hadapi sebenarnya kechik sahaja tapi apabila saya dengan baik hati mencuba utk selesaikan masalah itu, ia dah jadi makin rumit pulak. dicampurkan dengan masalah-masalah yang dah ada, juga baru ada makin la saya peNing!!!!!!!!!!!

akhirnya saya tolak ketepi masalah kechik td. bangun jenjalan gi toilet. termenung kat tingkap sambil tengok bawah. tapi still lagi gelisah. saya amek purse g bank. cucuk kad tgk balance gaji walaupun saya tahu gaji  xda pown lg. melenggang g opis orang lain jap. kaji tempat orang2 yang saya nk bz body--> senyum sumbing bila nampak lelaki itu. check surat boss ada ke tak. then turun opis balik.. cukup 35minit saya tinggalkan kerusi terus sambung balik ngadap pc.

sekarang layan SpongeboB. jap lagi nk skipping or melawat kawasan rumah sampai lega then nk tengok movie yang buat air mata meleleh.. ini baru satu masalah sudah buat saya gelisah. kalau semua masalah saya layan sure saya dah tak tentu arah...

Nota Conteng: Saya pening tak dapat nak pikir.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...