Thursday, November 25, 2010

26 Angka KERAMAT???

Assalamualaikum...

Korang pernah ingat tak zaman dolu-dolu banyak sangat surat2 layang -layang yang kita dapat tentang Sunnah Nabi, Pesanan Penjaga Makan Nabi, atau yang seumpama dengannya. sekarang surat sebegitu sukar dan hampir pupus. mungkin kerna teknologi canggih sekarang.

Korang pernah dapat FORWARD msg kat email korang. Akunye mail box kekadang melambak ngan email cam tu... aku SANGAT-sangat tak suka bila da msg yg cam kat bawah ni...
Untuk peringatan !!

1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini

dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan

kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahi Allah

dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa

tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini

adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya

meninggal dunia.

3. pada tahun 1977b Tun Dato< Mustapha, bekas ketua

menteri Sabah menerima wasiat ini, kemudian beliau

mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan

dan menghantarkan kepada orang maka selang berapa hari

kemudian dia telah menerima hadiah pertama dari

Kebajikan Masyarakat di Malaysia Timur.


4. Tan Sri Ghazali, jawi bekas menteri secara tidak

langsung telah di pecat daripada jawatanya kerana

apabila menerima wasiat ini beliau telah terlupa

mencetak 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain.

Tetapi beliau telah menyesal dengan kesilapanya lalu

segera membuat 20 salinan dan terus mengirimkan kepada

orang lain. Beberapa hari kemudian beliau telah

dilantik menjadi menteri kabinet.


5. Perdana Menteri Zulfikar Ali Bhutto telah menerima

wasiat ini dan tidak percayaakan kebenerannya dan

anggapannya palsu lalu dibuangkannya ke dalam tong

sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan

hukuman pancung sampai mati.

6. Terengganu, seorang perkerja bengkel kenderaan

menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali

dari perak. lalu membuat 20 salinan sepertimana

dituntut. Alhamdulillah dia telah dianugerahi seorang

gadis berakhlak sebagai isteri. Baginya

penganugerahan ini paling agung dan tidak ada tolak

bandinganya.

7. Di terenganu juga seorang Hamba Allah telah

menerima wasiat ini dari kawannya di melaka,

malangnya dia tidak mengindahkannya dan mengatakan

ianyqa bohong belaka dan sengaja diada-adakan untuk

menakut-nakutkan orang yang membacanya, berapa hari

kemudian dia mendapat penyakit ganjil dan

penderitaannya sukar dirawat oleh doktor, akhirnya

beliau teringat akan wasiat ini yang masih ada dalam

simpanannya, lalu menyuruh sepupunya mencetak wasiat

ini dan berikan kepada orang lain. seminggu kemudian

beliau pun beransur pulih sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh orang-orang yang menerima wasiat

ini dan tidak mempercayai dan tidak mengirimkan kepada

orang lain di mana mereka mendapat pelbagai

malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang

mengembirakan dan meyakinkan ini, anda jangan lupa

bmenyampaikan 20 salinan dalam masa 96 jam dari masa

anda menerimanya. Insyaalah, anda akan memperolehi

sesuatu daripada ALLAH dengan penuh keyakinan.

Pastinya ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat

keuntungan hidup.

HELLO!!!!
Hidup mati semua Tuhan yang tentukan okey.. and semalam aku dpt msg dr member.. "HATI2 ANGKA Keramat 26!!! 26 December 2004. Tsunami di Aceh! 26 Mei 2006 Gempa di Jogja! 26 Jun 2009 Gempa Tasik Malaya! 26 Oktober 2010 Tsunami di Mentawai! 26 Oktober 2010 Merapi Meletus! Ada apa dgn 26? Ternyata dlm al-qur'an surah ke 26 (asy-syu'ara) yang di dalamnya tentang azab Allah! Tlg sms ini krm pd 7org. lillahita'Ala ini Amanah jgn dhpus sblm dkrm k'7 org.. apa yg blaku pd 26 NOV 2010 hr jumaat ini. Allahualam.. then aku terus mintak bantuan makcik Yahoo psl semua kejadian tu...

26 December 2004- Tsunami di Aceh

26 Mei 2006- Gempa di Jogja


26 Jun 2009- Gempa Tasik Malaya

 26 Okt 2010- Tsunami di Mentawai

26 Okt 2010- Merapi Meletus

kemudian aku cari 'Teman' saya yang ummi kasi.. setelah menghayati maksud dan tafsiran surah itu terserlah segala kejadian yg berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, para nabi dan pemerintahan Firaun di zaman 'kelam' islam dahulu. 

tapi ape yang buat aku tertanya2 kenapa perlu disebarkan pada 7org?? lebih xleh ke?? klo kurang?? sampai sekarang aku masih lg fwrd kat yang lain.. so, kira aku taruk kat blog je la k.. maybe lebih dr 7 org yang dapat info ini.. dan aku rase msg tu kire ok la dr msg yg sblm ni 'Jika msg ini diabaikan selepas 7 hari, anda akan mendapat kecelakaan" huh!! dah mcm mendoakan kat org plak. 

p/s: kepada smua kenalan, mohon jgn hantar msg, email atau sebarang information yang boleh membuatkan kite serba salah dan buat aku menyampah atau mendoakan keburukan pada sesama kita.

Nota Conteng:- 26 nov 2010 aku blik ke kelantan.. so, doakan aku selamat sampai k.. mekasih 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...