aku mahu hati yang PUTIH |
Wujudmu putih
Bukannya merah
Kumahu kau bersih
Bukanlah hitam
Pada warna yang DIA berikan
Putih bersihnya tiada cela
Telah kucorak dan ku ukir-ukir
Moga cantik dipandang mata
kau dicelup pelbagai warna
Yang putih itu semakin kelam
Yang bersih itu bertukar hitam
Kini ku lihat kau makin suram
Jadinya kamu cantik rupawan
Tiada cacat tiada kekurangan
Sungguh elok sungguh menawan
Tp mengapa ku xtertawan
Bila ku kaji dan kuselidik
Yang itu ok yang ini pun nak
Kau xpernah puas serta tamak
Insaflah kamu wahai si anak
Kita disini bukannya lama
Ntah esok lusa di jemput Dia
Itu semua xkekal lama
Setahun dua reputlah ia
Wahai anakku anak yang baik
Dengarlah kataku baik-baik
Ku ukir kamu supaya menarik
Bukan untuk mereka tertarik
Supaya menjadi muslimah terbaik
Nota Conteng:- Putih itu bersih.. bersih itu indah
No comments:
Post a Comment