Tuesday, November 9, 2010

perempuan banyak cakap

Assalamualaikum..



semalam aku, ummi dan adik menonton 1 drama yang kami gemari. 1 part yang aku suka bila si suami cakap "suka sangat membebel." lantas umi tanya ape orang tu ckp.. mungkin perlahan & takut si isteri dengar so, kitorg pun bkn dapt tangkap dengar sepenuhnya. Bila dah bagi tahu umi dia gelak. aku gelak & adik aku gelak. korang jangan gelak.
tetiba aku tanya kat umi.
"perempuan memang suka membebel kan?"

aku xtahu la bagi wanita kat luar sana tu marah or xsuka ape yang aku akan cakap nanti. Tapi bagi aku inilah kenyataannya. PEREMPUAN MEMANG BANYAK CAKAP. kalau nk dibandingkan dengan lelaki memang kita bercakap lebih banyak dari lelaki. aku setuju sebab aku pun banyak cakap. hihihi. kawan2 setuju? sila angkat tangan.
Bagi lelaki yang tengah hangat bercinta sekarang, terutama sekali kalau anda mempunyai makwe2 yang pendiam, sila jangan fikir anda selamat dari kami yang suka bercakap. perwatakan makwe2 anda pasti akan berubah bila kamu berkahwin nanti, lagi2 kalau dah ader permata hati korang a.k.a cahaya mata, senang paham Anak.


Tapi aku xsalahkan perempuan2 kalau mereka bercinta xbanyak cakap, sebab kami perlu mempunyai sifat malu dalam diri, jika sifat malu dalam diri tiada, kami pasti tidak sesopan dan seelok ini (ustaz pesan perempuan haruslah mempunyai sifat malu agar akhlaknya terkawal dan bagi aku malu itu perlu untuk seorang islam. panjang lak kalau aku xplain)
Dan korang--> kaum adam/pakwe2, jangan salahkan atau mula nk cari baru sebab takut korang akan dengar kami bercakap je. bla.. bla.. bla.. tanpa henti bila kawin. kenapa aku cakap bila kawin baru nampak awek2 anda banyak cakap?? contohnya ialah bila anda selalu jumpa diorang. hari2. pasti soalan akan ditanya dari pagi sampai anda tidur dimalam hari.

pagi hari si pengantin baru..
"slamat pagi...sayang, nak breakfast teh/kopi? or ari ni nak try milo. semalam baby beli nescafe 3 in 1. nak try? baby buatkan k?" see.. 1 kali bercakap je banyak soalan yang akan keluar. so, ape laki jawab "kopi" hahaha. mesti sedih bila jadi cam ni kan. tak pe sayang saya.. perempuan mengharapkan jawapan "slamat pagi baby, ari ni sayang nk kopi la. baby beli yang mane 1? original or regular? petang nanti kita try k" wanita, kamu jangan mengharap dgn jawapan sebegitu kerna lelaki xsama seperti kita. kalau ada, anda berTUAH.

bila dah panas matahari naik..
"sayang, kita lunch ari ni nasi putih dengan kari ayam, kailan goreng and pajeri nenas k. atau sayang nak makan sup tulang ari ni? baby masak yang tu esok, then lusa kita balik umah mama nak?? rindu kat tomyam mak jah la.." semangatnya si isteri bercerita. dah siap susun lagi list yang dia nak masak. suami saya, sayang saya lah.. untung si suami tu. suami jawab "mana2 lah, sayang ok je. okay nanti kita balik". ketahuilah wahai suami, riangku biarlah berpanjangan.. "kari ayam, bestnya.. nanti goreng ikan masin skali ye baby. sup tulang esok la k. balik umah mama, baby belajar la cara buat tomyam tu, sayang boleh rasa tomyam baby pulak. mesti lagi sedap dari mak jah. minggu depan kita makan kedai, cian baby sayang"

petang redup dibuai angin lalu..
tengah hilangkan penat kat atas buaian depan rumah, si isteri bawa keluar kuih muih dan air. minum petang. suami saya, mesti saya sayang. "kereta ni dah kotor sikit, cuba sayang tengok kat bawah tu, cam dah banyak sangat lumpur. eh, tayar dia pun sama. kita basuh la hujung minggu nanti ya sayang." "nanti boleh la baby beli pokok bunga di pasar pagi nk tanam kat depan ni, da anak nanti susah pulak." jika pasangan anda cakap mcn ni, ini bermakna dia ambil berat, inginkan perhatian anda serta berkongsi pendapat dengan anda.  sayang saya, semuanya saya nk nampak sempurna. "sayang pun memang dah plan pun. nanti kita tanam bunga biar segar n cantik kat sini."

malam bertemankan bintang dilangit..
"esok baby keje sampai petang tau. nanti sayang makan lunch kat luar k. bos suruh uruskan program yang company buat, dia cakap baby rajin dan pandai bercakap. sayang xkisah kan?" sayang saya, tak bersama tapi sentiasa dihati. sokong lah kami kerana kami amat memerlukan semangat dan sokongan kamu, wahai si adam. "baby balik lambat sngat ke? kita makan malam kat luar k. sayang jemput kat sana, kereta tinggal je kat opis nanti esok sayang hantar ye"

bakal ibu...
"abang, nanti kita daftar kat hospital yang dekat rumah la. kak ila cakap kena awal takut nanti ramai. barang2 bayi saya nak beli petang nanti. abang jangan lupa balik awal sebab kita nk beli sama2" "anak sulung kita nanti nak taruk nama ape? kalau lelaki? kalau perempuan? kita pilih la yang da maksud islam. kak ila cakap moga dpt berkat kalau nama dengan maksud dia elok, dia nk kasi pinjam buku untk nama anak2 mengikut islam esok." abang saya, apa dia cakap saya turuti. "abang rase kita daftar kat tempat yang ayang nk bersalin nanti. baik dekat umah mama, nanti kita balik sana, da orang tengokkan ayang. barang baby nanti abang set masa kita g beli k. nama2 tu abang dah fikir kalau ayang ada pilihan sendiri nanti kita decide yang mana 1 k"

si ibu yang prihatin...
"papa, yusuf dah boleh merangkak tadi. suka mama tengok. tapi hampir nak tersungkur, nasib ain ada. sengih je dia bila aisyah dengan ainun mengagah. dah besar da smua kan papa." "pa, ainun nak tuisyen tu. nanti hujung minggu kena la hantar dia klau papa kasi. lagipun tahun ni nak exam. aisyah pun sama." mama sayang papa, mama nak kongsi kegembiraan kami bersama. "iye, rugi papa xdapat tengok.. untung papa dapat mama, tolong uruskan keluarga. mekasih mama. i luv u"

jiran yang mesra..
" kak melah wat kenduri kesyukuran esok mala. dia mintak tolong mama bantu2 esok kat rumah dia, nanti papa datang. abang rashid suruh datang skali. diorang jemput smua kat sini." "tadi mama berbual dengan rose, dia cakap abang jamal kat rumah ujung tu sakit kuat. esok petang kita ziarah lah. kesian anak2 kecik lagi.." yang ni korang sendiri fikir mcm mane nk jawab...

dan kami si hawa masih lagi bertanya dan bercakap tanpa pernah rasa penat. tanpa rasa bosan dan setiap perkataan itu ibarat setiap detik denyutan nadi. itu lah perempuan. istimewanya perempuan kerana setiap perkataan, setiap persoalan, setiap jawapan yang kamu dengar wahai si adam adalah dari perasaan kami. kami bercakap kerana kami sayang, kami percakap kerana kami ambil berat, kami bercakap kerana kami meluah, dan kami bercakap ketika kami berteman.

nota conteng:- andai suatu hari kami bisu, apakah akan terjadi??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...