Tuesday, November 23, 2010

Kerana Aku Seorang Yang Berhati Kecil

 Assalamualaikum...
aku yg berhati kecil..
aku bukan seorang yang baik. bukan seorang yang penyayang.juga bukan seorang yang manja. tapi aku hanya punyai satu hati yang kecil. hati kecil ini tidak lembut. tetapi cukup senang sayu hati dan bersimpati. hati kecil ini sekeras batu. tapi cairnya mudah mengalirkan airmata. degilnya dan egonya setinggi gunung. namun ketinggiannya itu musnah jika mereka pandai berkata-kata.


aku menegur bila perlu. sama berpesan pada mereka untuk mencariNYA sebelum kita akan pulang padaNYA. pesan aku ada sebabnya, pesan aku kerna sayang kamu, pesan aku bukan untuk kamu sahaja tapi buat ingatan diri ini. tapi pesan aku, kau biarkan saja, mula minda mencorakkan kata-kata.
"Bangun, solat subuh"
teriak aku lantang, suara aku garang. aku tahu dan aku sedar. teriakku dan suaraku itu aku mohon maaf, tapi pernah kamu fikir kenapa aku begitu?. sifat itu bukan aku mahu tapi aku perlu bila denganmu. pernah kamu fikir kenapa aku selalu begitu?. kerana pendengaran kamu dah tak macam dulu. jika aku tak begitu kau pasti beku serta membisu.
"tak nak solat ke? dah lewat ni, nanti habis waktu" 
 bukan mendesak atau memaksa kamu. tapi itu juga aku perlu bila denganmu. suruh aku acap kali mungkin akan buat kau jemu tapi pernah kah kau fikir kenapa aku suruh sedemikian rupa? pernah kau tanya aku kenapa? mungkin kamu dah lupa, jalanmu dah tak macam dulu lagi. lari kamu sudah tiada, jalan kamu sudah perlahan perlukan masa untuk berdiri.
aku hanya boleh bersabar dengan kerenah kamu yang dah melampau. mungkin ini ujianNYA untuk 'kami' kumpul pahala. Ustaz ada perpesan, kalau nak ubah seseorang supaya kurangkan seksaan atau hapuskan dosa biarlah ketika hidupnya. jika sudah mati dah tak berguna. aku sama-sama berpesan pada kamu dan aku sendiri.

Nota Conteng:- kejayaan itu buah hasil dari kemahuan yang tinggi dan usaha yang gigih..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...