Sunday, October 31, 2010
Saya Sudah Bertunang


Secebis Ingatan Buat Adam
![]() |
Kenapa cara kite berbeza?? kerana kita istimewa |
Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
DARIKU KAUM HAWA ABAD INI...


Friday, October 29, 2010
Sayang Ayang x??
![]() |
warna cinta kita yang dulu.. |
ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak kekampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan keretaabang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?
tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri
kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nakmakan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayangmengada-ngada
kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takutorang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
![]() |
Ayang benci bila abang dengan dia.. benci! benci!! benci!!!! |
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
ayang

Nota conteng:- n3 yg terkumpul dlm email saya.. tuan empunya, saya mohon share k!!! TANX


Pendapat sayatentang surat dibawah
![]() | ||
cantik kan gambar nie? |
disini seperti yang saya janjikan pada n3 surat cinta untuk My Future Wife(s) kenapa saya suka dgn penulisan dia.
Nasihat buat kaum hawa..
smua yang membaca pasti merasekan wah.. baiknye dia, bagus la ko, kelakar gila surat ko, tulis cam da hati nak kawin 4, or pe2 je la... tp pendapat aku ia adalah 1 peluang yang baik bagi seorang wanita dalam meneliti diri untuk jadi pilihan si Adam. kerana penulisnye lelaki sudah pasti dia memberi pendapat bg pihak mereka. so, terima kasih.
melalui ape yang ditulis, walaupun lawak tetapi sinis bagi hawa yang membaca. bg aku itu xmenjejaskan ape2 malah aku lagi berterima kasih sbb dia dah bagi tahu jika kite begitu (perangai yg buruk la), bermakna ade lah peluang untuk merasa kepahitan bermadu, dimadu & memadukan diri-->korang paham, Okeh abaikan jer...
Sabda Rasulullah SAW:
Seorang muslim adalah sesiapa yang menyelamatkan setiap muslim dengan ucapan & tangannya (kuasanya)aku ambil petikan ni dr buku Peringatan Buat Muslim
bila membacanye aku hanya pandai untuk berfikir secara +ve.
1- ucapan = kata2 / nasihat / lebih tepat lagi butir bicara yang keluar dr mulut.
2- tanganya (kuasanya) = mak ayah / kawan2 / saudara mara / para pendidik / SUAMI & sebagainya.
jika ada yang x bersetuju or panas hati dgn entry ini aku minta maaf dan pesan aku:
- baca dgn tenang
- be positif
- luah ape yg korang xpuas ati tp be rasional
- percaya pd qada' & qadar>> da kaitan ngan n3 ke?? lantak la
- tutup je blog aku / klik X kat belah kanan korang.
Nota conteng:- 'aku bukan insan sempurna hanya cuba menjadi sempurna'


Thursday, October 28, 2010
Surat Cinta Untuk My Future Wife(s)
Assalamualaikum
Kehadapan my future wife(s)
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.
My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.
kredit: http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/10/surat-cinta-untuk-my-future-wifes.html


Mainan BukuMuka
terlampau asyik dengan menjelajah ke blog2 yang baru aku temui sehingga idea untuk mencoret sesuatu buat simpanan aku sendiri telah hilang. sesungguhnye laman maya sekarang ini menjadi satu tembat untuk meluah suara hati, pendapat dan sebagainye.
okeh, dah lari topik nampaknyer. bila aku dah membebel maka akan mengarutlah segala isi kat sini. so, lebih baik aku control mind & focus tentang ape yang aku nak bagi tahu.
aku panggil BukuMuka.
dia panggil Facebook.
ank sedara aku panggil Pesbuk.
korang panggil??
pernah x korang try soklan2 yg da kat BukuMuka tu.. aku selalu layan bila ader soklan yang best & yang pasti jawapan dia mst menggelikan hati serta xmasuk dek akal. antara yg aku suka adelah:
![]() | ||
cantik cincin?? |
fuyoo0!!! da ahli nujun free la kat FB nie. disebabkan aku nk mencuba kepakaran nujun xpak belalang ni. aku pun 'klik' la. 1st, tahun 2018.. mak aii lame giler umo 33 baru kawin. xpe cuba lagi. 2nd, 2010. mengarut la, dah nak abis da 2010. 3rd, 2020. hahaha. penat aku nk kira umur brape so aku cuba lg. last try. P.Ramlee cakap bleh 3 kali je. tp aku yg keras kepala nk try gak. mane tau ok. huhuhu. and result dia 2011. yeah! tahun depan. dat means da kenduri la kat umah. tp mane tahu pengantin dia bukan aku tp akak aku.. hua3..
![]() | ||
anak sape ni? yang pasti bukan aku. |
aku tertanya2 jugak cam ne rupe anak aku. keturunan aku. walaupun xda calon suami tp mane tahu bila dah tau ciri2 anak da same ngan list2 calon2 skung. hahaha. gurau jek k. yang ni aku hanya buat 1 cobaan sahaja. malas nk layan sbb dah tahu mengarut. yang pasti jawapan dia cam xlogik. layan~~~
![]() | ||||
Bila korang dapat anak?? |
best soklan dia. pasti aku nk tahu bila aku nak dapat baby. dan jawapan bila aku dah 'klik' pada umur aku 38 tahun. aduh!! lame lagi. cubaan kedua 26 tahun, dat means tahun depan la. how? skung pun xkawin lg. masih xpuas hati aku try cubaan ketiga, 16 tahun. ayoyo00 dah lepas lak. sure dia salah check anak orang lain. last cubaan umur 31 tahun. layan je beb.. bukan betul pown~~
sape2 yang dah try mst tergelak kan & sure mata korang pusing2 tgk jawapan. dan korang pun sure tahu smua tu hanya satu mainan. jangan sampai percaya dah la..
p/s:- korang setuju ke dgn jwapan dorang??


Sunday, October 24, 2010
Selected poem from me


Friday, October 22, 2010
DIA masih sayang kami


Thursday, October 21, 2010
Selamat hari lahir Nur Ilham Izzah


PUNB & Nasi Ulam Kampung Kraftangan Kelantan
sediakan pen itam, pencil 2b n note book..


Wednesday, October 20, 2010
Kelantan VS Kedah.. Juara??
![]() | |||
Pic sponsor by www.yahoo.com |


Wajah Siapa Di Hati Mu

Wajah Siapakah Yang Dikau Cari Setelah Dikau Mengecewakanku Senyuman Siapakah Yang Masih Dikau Nanti Untuk Mengisi Kekosongan Jiwa
Lembutnya Lidah Mengucapkan Kata Melafazkan Dendammu Rindukanku Padamu Hanayalah aku Yang Dapat Menghiburmu dan Jua Melenyapkan Keresahan
Tapi Kini Tiada Lagi Senyuman Manis dan Tawa Mesramu Terbiar Aku
Keseorangan
Derita Melanda Mengganggu Hatiku Mengapa Begini Berakhirnya Dunia Cintaku
Sayang
Kembalilah Dikau Dalam Hatiku Terangilah Segala Kegelapan Nyalakanlan Semula Obor Cinta Kita Agar Damai Hatiku dan Hatimu


Permata



Petua Mendapat Pasangan siri 2
~ Oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

