Friday, November 19, 2010

Pelangi Selepas Hujan | iluvislam

Assalamualaikum..

basah hujan sebelum menikmati keindahan pelangi

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.
                                 
                                ***********

saya sering tertanya2 siapa ciptakan langit yang biru.
dihiasi awan yang berarak dan berubah bentuk.
malam pula hitam dan kelam.
tapi tersenyum bila melihat kerdipan bintang.
juga ditemani keindahan sang bulan.

saya sering merasakan hujan amat menakutkan.
bila datangnya kilat dan ngauman guruh.
tapi rupanya hujan itu rahmat
bila ianya berhenti saya tercari2 kemana pelangi
untuk menghayati warna-warninya

saya sering melihat pokok - pokok menari
tanpa guru yang mengajar 
tanpa orang yang menggoncang
rupenya di tiup si angin bayu 
xdapat dilihat tapi dapat dirasa
lantas diri ini berfikir. 
kenapa ditanya semua itu.
siapa, kenapa dan mengapa.
pasti semua itu ada sebabnya
oleh DIA yang mencipta.

kehidupan diibaratkan seperti smua itu. bila kita gembira, senyuman singgah dibibir. hati girang bukan kepalang. belum puas gembira datang menjengah pelbagai macam dugaan bagai kilat, guruh melanda. terasa diri tiada yang sayang. seolah2 hidup dah tak berguna lagi sehinggakan kesedihan berteman dijiwa umpama hujan, lalu airmata mengalir di mata. tanpa kita sedar semua itu ujianNYA. Pasti akan ada kenikmatan yang diberi seperti DIA menghadiahkan pelangi di petang hari.

Nota Conteng:- bila tersengih jgn dilupe pada DIA

2 comments:

quratuaina said...

alhamdulillah..
moga tika hidup tanpa pelangi, menjadi ingatan dan pedoman..
tidak hanya mengingati saat pelangi hadir tanpa menjengah tika hidup di selubungi hujan..
moga hujan di kemudian hari lebih bermakna kerna pernah mengingati dan merasai hari hujan berpelangi pernah hadir suatu ketika dulu..
Allah Maha Adil dan sayang pada Umat yang mengingatinya tika susah, apatah lagi sewaktu senang...
mood...saje nih...hehehe=)

Cahaya_Kebahag!aan said...

wah... xkusangka doctor yg pegang jarum pun pandai berkata2.. speechless~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...