Sunday, October 31, 2010

Saya Sudah Bertunang


 Assalamualaikum...
sedang leka menjelajah PC saya terjumpe artikal yg telah tersimpan didalamnya. setelah membaca hati tersentuh untuk sama2 berkongsi sebuah kisah yang begitu bagus sekali. puas berusaha mencari akhirnya saya berjumpe penulis asal Insyirah soleha di FB dan meminta keizinannya.. same2 lah kita menghayatinya...
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

nota conteng:- alhamdulillah saya masih belum di tunangkan lagi.. moga smgt kearahnya xkan pernah jatuh.. 

Secebis Ingatan Buat Adam


Kenapa cara kite berbeza?? kerana kita istimewa

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

DARIKU KAUM HAWA ABAD INI...

creadit to mimi jasmine, member stdy dulu~~

Friday, October 29, 2010

Sayang Ayang x??

warna cinta kita yang dulu..
  Dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak kekampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan keretaabang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nakmakan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayangmengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takutorang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..



Ayang benci bila abang dengan dia.. benci! benci!! benci!!!!
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

 



 Nota conteng:- n3 yg terkumpul dlm email saya.. tuan empunya, saya mohon share k!!! TANX

Pendapat sayatentang surat dibawah

Salam..

cantik kan gambar nie?


disini seperti yang saya janjikan pada n3 surat cinta untuk My Future Wife(s) kenapa saya suka dgn penulisan dia.

Nasihat buat kaum hawa..
smua yang membaca pasti merasekan wah.. baiknye dia, bagus la ko, kelakar gila surat ko, tulis cam da hati nak kawin 4, or pe2 je la... tp pendapat aku ia adalah 1 peluang yang baik bagi seorang wanita dalam meneliti diri untuk jadi pilihan si Adam. kerana penulisnye lelaki sudah pasti dia memberi pendapat bg pihak mereka. so, terima kasih.

melalui ape yang ditulis, walaupun lawak tetapi sinis bagi hawa yang membaca. bg aku itu xmenjejaskan ape2 malah aku lagi berterima kasih sbb dia dah bagi tahu jika kite begitu (perangai yg buruk la), bermakna ade lah peluang untuk merasa kepahitan bermadu, dimadu & memadukan diri-->korang paham, Okeh abaikan jer...


Sabda Rasulullah SAW:
Seorang muslim adalah sesiapa yang menyelamatkan setiap muslim dengan ucapan & tangannya (kuasanya)
 aku ambil petikan ni dr buku Peringatan Buat Muslim hadiah hari jadi dr seorang kawan.nak jugak bagi tau. nyampah....

bila membacanye aku hanya pandai untuk berfikir secara +ve.
1- ucapan = kata2 / nasihat / lebih tepat lagi butir bicara yang keluar dr mulut.
2- tanganya (kuasanya) = mak ayah / kawan2 / saudara mara / para pendidik / SUAMI & sebagainya.

jika ada yang x bersetuju or panas hati dgn entry ini aku minta maaf dan pesan aku:
- baca dgn tenang
- be positif
- luah ape yg korang xpuas ati tp be rasional
- percaya pd qada' & qadar>> da kaitan ngan n3 ke?? lantak la
- tutup je blog aku / klik X kat belah kanan korang.

Nota conteng:- 'aku bukan insan sempurna hanya cuba menjadi sempurna'

Thursday, October 28, 2010

Surat Cinta Untuk My Future Wife(s)

Salam..
N3 ini pasti sudah ramai yang membacanye.pasti sudah ramai tahu sape penulisnya.dan pasti sudah ramai meninjau blog empunya diri yang menulis N3 ini. jujur & ikhlas saya tertarik dengan hasil tulisan surat ini. ade yang marah?? ader yang bengang?? jgn risau, ade sbb knapa saya suke tp xperlu dijelaskan di sini nanti bila saya membebel pasti panjang & korang pasti akan borink..

sudah lame simpan n3 ni kat dlam draf & xberani untuk share sbb nanti da yang cakap ngaku kite puyer.. so, saya dah berusaha sedaya yg mungkin dan telah mendapat cap mohor dr empunya diri.. tanx & ini untuk tatapan sesiape yang berminat.
__________________________________________________________________

Assalamualaikum


Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.


Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

kredit: http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/10/surat-cinta-untuk-my-future-wifes.html

Mainan BukuMuka

Salam..
terlampau asyik dengan menjelajah ke blog2 yang baru aku temui sehingga idea untuk mencoret sesuatu buat simpanan aku sendiri telah hilang. sesungguhnye laman maya sekarang ini menjadi satu tembat untuk meluah suara hati, pendapat dan sebagainye.

okeh, dah lari topik nampaknyer. bila aku dah membebel maka akan mengarutlah segala isi kat sini. so, lebih baik aku control mind & focus tentang ape yang aku nak bagi tahu.

aku panggil BukuMuka.

dia panggil Facebook.

ank sedara aku panggil Pesbuk.

korang panggil??


pernah x korang try soklan2 yg da kat BukuMuka tu.. aku selalu layan bila ader soklan yang best & yang pasti jawapan dia mst menggelikan hati serta xmasuk dek akal. antara yg aku suka adelah:
cantik cincin??

 1- Bila tarikh anda kawin??
fuyoo0!!! da ahli nujun free la kat FB nie. disebabkan aku nk mencuba kepakaran nujun xpak belalang ni. aku pun 'klik' la. 1st, tahun 2018.. mak aii lame giler umo 33 baru kawin. xpe cuba lagi. 2nd, 2010. mengarut la, dah nak abis da 2010. 3rd, 2020. hahaha. penat aku nk kira umur brape so aku cuba lg. last try. P.Ramlee cakap bleh 3 kali je. tp aku yg keras kepala nk try gak. mane tau ok. huhuhu. and result dia 2011. yeah! tahun depan. dat means da kenduri la kat umah. tp mane tahu pengantin dia bukan aku tp akak aku.. hua3..
anak sape ni? yang pasti bukan aku.

2- Bagaimana ciri2 anak anda? camni la contoh soklan dia.
aku tertanya2 jugak cam ne rupe anak aku. keturunan aku. walaupun xda calon suami tp mane tahu bila dah tau ciri2 anak da same ngan list2 calon2 skung. hahaha. gurau jek k. yang ni aku hanya buat 1 cobaan sahaja. malas nk layan sbb dah tahu mengarut. yang pasti jawapan dia cam xlogik. layan~~~

Bila korang dapat anak??



3- bila aku dapat anak?? umur brape?
best soklan dia. pasti aku nk tahu bila aku nak dapat baby. dan jawapan bila aku dah 'klik' pada umur aku 38 tahun. aduh!! lame lagi. cubaan kedua 26 tahun, dat means tahun depan la. how? skung pun xkawin lg. masih xpuas hati aku try cubaan ketiga, 16 tahun. ayoyo00 dah lepas lak. sure dia salah check anak orang lain. last cubaan umur 31 tahun. layan je beb.. bukan betul pown~~

sape2 yang dah try mst tergelak kan & sure mata korang pusing2 tgk jawapan. dan korang pun sure tahu smua tu hanya satu mainan. jangan sampai percaya dah la..

p/s:- korang setuju ke dgn jwapan dorang??

Sunday, October 24, 2010

Selected poem from me



He Had Such Quiet Eyes

He had such quiet eyes
She did not realise
They were two pools of lies
Layered with thinnest ice
To her, those quiet eyes
Were breathing desolate sighs
Imploring her to be nice
And to render him paradise

If only she'd been wise
And had listened to the advice
Never to compromise
With pleasure-seeking guys
She'd be free from "the hows and whys"

Now here's a bit of advice
Be sure that nice really means nice
Then you'll never be losing at dice
Though you may lose your heart once or twice
By: Bibsy Soenharjo


Sonnet 18

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate
Rough winds do shake the darling buds of May
And summer's lease hath all too short a date
Sometime too hot the eye of heaven shines
And often is his gold complexion dimm'd
And every fair from fair sometimes declines
By chance, or nature's changing course, untrimm'd
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou ow'st
Nor shall Death brag thou wand'rest in his shade
When in enternal lines to time thou grow'st
So long as men can breathe, or eyes can see
So long lives this, and this gives life to thee.
By: William Shakespeare

nota conteng:- Sharing is caring??

Friday, October 22, 2010

DIA masih sayang kami

pic ni xda kaitan ngan kes AKU

Assalamualaikum..
entry ni tntang kejadian yg baru berlaku kurang dr 30minit yg lalu (jam 10.00 mlm). mo0d aku ketika itu adalah terkejut & bersyukur yang teramat. betul kata orang 'Malang Tak Berbau', masih ingat pepatah ini? xperlu jawab sbb xda hadiah k.

aku memandu kereta ke HUSM kubang kerian bersama 2 org budak kecik (anak sedara) nadia & najihah. tujuan utama untuk menjemput kepulangan cik Na ke rumah. kami tiba dengan girang & pulang juga dengan girang. (belum sampai umah lg sbb story xabis g..)

skung aku steady drive keta & tggu lampu ijau.. now lampu hijau. masuk gear. dan tekan minyak sedikit. kami di lorong kanan. tetiba ader lampu kelip2 kat depan aku. masih steady drive lg. 

p0om.

po0m.
p0om.

po0oomm...

*okeh aku xsempat bilang brape kali bunyi po0m2 itu..

OMG!! nasib dapat sedar yg da keta di jalan bertentangan.dan aku masih sempat mengelak. sangat syukur pada DIA. jika tidak, kami mungkin ke HUSM semula. rupe2nyer da AMBULANS kat belakang keta tu. sekelip mata je jadi. aku xsedar keta ape yg p00oomm2 tu, plat number brape, ambulans lak xperasan kat ner yg pasti bunyi dia aku dengar.. and yg pasti aku sempat 'hand's up' kat keta tu...(maap yer kami xperasan)

DIA masih sayang kami..ALHAMDULILLAH

nota conteng:- "give way to ambulans & save life"

Thursday, October 21, 2010

Selamat hari lahir Nur Ilham Izzah

selamat hari lahir buat kamu..
kamu hadir ketika kami memerlukan teman
kamu datang buat kami geram
kamu datang selalu meragam

kamu sudah besar
kamu pandai jeling-jeling
kamu buat kami runsing
kamu selalu minta wang
kamu keluar pergi shopping

kamu sekolah pagi petang
kini kamu sudah matang
selalu keluar lewat petang
senja baru kamu pulang
bawa balik goreng pisang
walau kamu bukan bulan
tapi kami mahu berteman
walau kamu bukan bintang
tapi kami tetap girang
kerna kamu bukan lalang
sebab kami semua sayang


nota conteng:- ader brape batang lilin kat kek itu??
 

PUNB & Nasi Ulam Kampung Kraftangan Kelantan

SALAM semua...


 ari ni mo0d aku hepie!!! tambah hepi bila dapat keluar jenjalan ngan member...
pic ari xda sbb xbwk kamera..ari ni aku g seminar PUNB..
Venue:- Hotel Raudah, Kota Bharu Kelantan
Time :- 8.30am - 2.00pm

kami keluar seawal mungkin sebab takut lambat & yang penting tak0t xda parking. seminar ni sesuai bagi sesiapa yang nk jadi usahawan muda.. aku sebagai penganggur 'terhormat' merebut peluang yang ader.. seminar ni bgs sgt sbb dia membantu siswazah menganggur yg nk belajar & yang paling penting minat seminat minatnya terhadap ilmu niaga.. ilmu?? okeh, sudah.. lupekan ilmu tp keinginan & kemahuan..

Positive comment:-
1) aku suke penceramah dia sbb ayat dia xformal cam g majlis VVVVVip la.. kelakar & senang nk faham.. ader negeri lain lg dia nk g tp aku lupe bila & dimana.. info ni aku dpt melalui member kpd member aku.. pelik bunyinye?? xpelik klo korang pandai..

2)seminar ni xda makan pagi or lunch or ape.. jimat belanje nanti klo kasi makan pasti melambatkan program atau lebih tepat lagi.. KO NAK TUNTUT ILMU OR NK MAKAN FREE??? senang kan?? ader faham??

3) seminar ni khusus tok org yg betul2 nk ilmu.. klo nk ilmu sedia la pengerasnyer.. maksud aku buku c0nteng2, buku 555, A4 paper, pen itam, pencil, pemadam & pe2 lg la... sadis klo aku tgk da yg menulis atas paper metro, kosmo dll.. nasib bukan kat tngan or kaki. xsesuai!!!


Negative Comment:-
1) KETEPATAN masa.. aku pantang pasal masa.. xnak komen bnyak sbb yg ni diconsidered sbg under unplanned problem sbb yg dtg melebihi dr yg dijangka..

2) management problems psl registration & interview session.. lagi better klo registration tu wat dua tempat & i/view tu jgn la sorg g tny smpai 15minit.. ramai lg ni.. klo wat group ke ok gak.. sbb tu la mase terbabas sampai ke petang.. adui~~~ yg pasti aku berjaya balik awal---->3pm
 
skung citer psl nasi ulam lak.. member aku yang x mengandung ngidam nk makan nasi ulam..so, seperti yg di rancang kami berjaya keluar dr seminar seawal yg mungkin then trus ke kampung kraftangan tu...
 pasal nasi ni aku xleh citer banyak nanti aku teringin lak nk makan lagi.. best.. jom tgk pic ni..
 nota conteng:- sape yg berminat check kat sini www.punb.com.my
sediakan pen itam, pencil 2b n note book..

Wednesday, October 20, 2010

Kelantan VS Kedah.. Juara??

Pic sponsor by www.yahoo.com


Assalamualaikum...
malam ni demam BOLA bg peminat kelantan (aku sendiri) dan kedah... aku hny lepak kat umah je coz gurl mane leh lepak kat kedai kopi & aku bukan peminat bola yg superb giler pown~~~
cam biase wanita da kemahiran melakukan banyak kerja dlm 1 mase, especially aku:-
1- Baca blog
2- layan MukaBuku yg aku tau xpenting pown..
3- online ngan Zana &.... (bnyk name mls nk type)
4- psg tlinga tntg bola tu..
5- Download citer Ketika Cinta Bertasbih..

ini mmg kegemaran aku... bnyak keje dlm 1 mase bleh wat aku xda mase nk rest sampai tensen 0tak...
klo da yg nk aju soklan psl perlawanan ni, aku mohon maap sbb xpandai nk komen nanti da lak yg BENGANG... "diam lebih baik dr bersuara" tul x??
result td 0-o... situasi tgk kat umah ni dah cam tgk kat kdai kopi.. xsempat nk menjerit aku dah dgr dr luar rumah.. punya fanatik sampai dorg psg kuat2 & da yg psg skrin layar... waw!!!!

aku xs0kong sape2
kalah mng adat perlawanan..
yang kalah jgn nangis
yang mng jgn berlagak
aku xkisah sape menang
sebab adiah tu bukan aku yang dapat...
hahahaha (gelak jahat tp kiut) kiut ker???
gudluck wat semua pemain.. aku nk layan citer aku lak
Title:- "Forensic Heroes II" 
Channel:- ntv7
Time:- 11pm -12pm
Days:- Isnin - Rabu

p/s:- jgn tanya psl pic sbb aku bernasib baik jumpe pic kat yahoo... tuannyer pic saya pinjam kat blog k!!!

Wajah Siapa Di Hati Mu

sesiape sahaja yang membaca tajuk entry ini pasti merasakan aku sedang keliru dlm bercinta... tp bila kamu membaca entry ini sampai habis pasti ader fikir aku sedang putus cinta.. kecewa dalam bercinta... atau adekah kamu xtahu ini adalah sebuah lagu nyanyian azlina aziz.. juara lagu 1986.. sesiape yg meminati drama Marhabbah De Laila pasti tahu lagu ini... aku yg mendengar pun dah terpikat dgn liriknyer... bunyinya syahdu,... tp jgn membuat penilaian yg -ve sbb aku bukan jatuh cinta.. bukan juga keliru dalam cinta.. yang pasti bukan kecewa dalam bercinta...

Wajah Siapakah Yang Dikau Cari Setelah Dikau Mengecewakanku Senyuman Siapakah Yang Masih Dikau Nanti Untuk Mengisi Kekosongan Jiwa

Lembutnya Lidah Mengucapkan Kata Melafazkan Dendammu Rindukanku Padamu Hanayalah aku Yang Dapat Menghiburmu dan Jua Melenyapkan Keresahan

Tapi Kini Tiada Lagi Senyuman Manis dan Tawa Mesramu Terbiar Aku

Keseorangan

Derita Melanda Mengganggu Hatiku Mengapa Begini Berakhirnya Dunia Cintaku

Sayang

Kembalilah Dikau Dalam Hatiku Terangilah Segala Kegelapan Nyalakanlan Semula Obor Cinta Kita Agar Damai Hatiku dan Hatimu

P/s:- awak, wajah siapa di hati mu??

Permata

morning... mata aku yg masih cerah.. otak yg penuh ngan idea.. tetiba terdengar la plak lagu ni... setelah aku memahami lirik dia.. cam best gak klo da guy yg faham lirik dia.. tetapi kenape bnyk lagu cam ni artis lelaki jer.. n kekadg penyampain yg nk bg tau xsame cam yg ditunjukkan.. mungkinkan sebab diorg (LELAKI) xsuka pamerkan kasih sayang?? atau malu pada yang memandang?? atau mungkin juga EGO yang menggunung?? pe2 pun penilaian yg kami (WANITA) buat.. xda siapa yg tahu.. melainkan mereka (LELAKI) sahaja... aku telah tukar lirik ni untuk simpanan aku je... sebab ape yang LELAKI mahu... itu juga yang WANITA harapkan.. seperti yang aku inginkan...
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi Dalam hati ini untuk kau isi sebagai SUAMI Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang LELAKI Untuk kau beri erti dengan kelembutan Untuk kau hargai dengan kasih sayang Ku ingin kau jadi LELAKI mulia Yang tahu harga budi dan hati Seorang WANITA bernama ISTERI Kerana engkau SUAMI Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini Tak semudah yang kita janjikan Yang kita janjikan Kerana kau SUAMIKU
~~BUATMU BAKAL SUAMI KU~~

Petua Mendapat Pasangan siri 2

~ Oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...